Wednesday, September 30, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah


Selepas kenduri kahwin abang saya yang sulung, keesokan harinya saya berangkat ke Melaka pada petang hari untuk merisik bagi abang saya yang ke-3. Dari Kelantan ke Melaka beberapa buah negeri kami tempuhi untuk hajat besar ini. Berangkat selepas maghrib dan tiba keesokan hari selepas subuh. Kelihatan Melaka merupakan kubu kuat UMNO. Solat subuh disana dan sempat berbual dengan beberapa orang tok siak yang melewati masjid itu. Sempat juga la menceritakan keadaan di Kelantan dan terselit juga nama Tok Guru Nik Aziz, tetapi nampaknya mereka itu tidak berminat. Rupa tok guru tapi tolak tok guru, macam mana ini. Tiba di rumah bakal kakak ipar tidurlah kami dengan nyenyak kerana sepanjang malam tidak tidur.
Solat Jumaat disana orangnya bagus-bagus dan peramah bersalaman setiap orang yang ada di masjid itu. Imam dan orang penting masjid itu juga gaya mukanya ganas-ganas dengan memakai jubah hitam dan mereka ini punyai hujah-hujah tertentu menolak Pas. Bagus juga ustaz-ustaz kawasan UMNO ni. Patutlah kelihatan bakal kakak ipar juga seorang yang pro kerajaan. Selepas solat Jumaat, tibalah masa untuk merisik. Rupanya budaya orang Melaka merisik ialah bertunang berbeza dengan budaya Kelantan merisik dahulu, kemudian bertunang, akad nikah dan bersanding. Di samping bertujuan merisik, kami mengambil kesempatan melancong ke tempat-tempat bersejarah seperti perigi Hang Tuah, Kota A Famosa, istana Melaka dan banyak lagi.
Jika kita imbas kembali sejarah pergelutan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Tuah dapat membunuh Jebat selepas Jebat memberikan keris taming sari kepada Hang Tuah. Makanya kekuatan Hang Tuah letaknya pada taming sari. Kekuatan UMNO letaknya pada keris apabila menteri pandai bermain keris. Jadi lambang UMNO adalah Hang Tuah. Lambang Pakatan Rakyat adalah Hang Jebat, raja adil raja disanjung, raja zalim raja disanggah. Terdapat juga taming sari (kekuatan Hang Tuah) yang dibina lebih tinggi dari eye on Malaysia dan terdapat juga muzium UMNO. Yah makanya Melaka merupakan kubu UMNO iaitu bandar memperingati Hang Tuah. Walaupun begitu, takkan Melayu lupakan Jebat!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment