Wednesday, January 11, 2012

Merealisasikan 2012 : Hari Kehancuran UMNO Barisan Nasional


Seperti yang sudah kita semua sedia maklum bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan selepas sekian lamanya perbicaraan berlangsung... Ini adalah merupakan kemenangan kepada kita untuk terus mara ke hadapan melawan kerajaan UMNO Barisan Nasional.. Walaupun ramai yang menduga, sebarang kemungkinan boleh berlaku di mana hakim akan menerima rayuan pihak pendakwa dan merubah keputusan sebagaimana krisis Menteri Besar di Perak suatu masa dahulu.. Tapi saya tidak menjangkakan semua ini akan berlaku..

Saya yakin, tahun 2012 adalah tahun keramat di mana kita akan menyaksikan tumbangnya sebuah kerajaan zalim yang bernama UMNO Barisan Nasional menjelang PRU-13 yang dijangkakan Mac atau Jun ini..  Sebelum ini juga saya pernah menulis tentang tahun 2012, Benarkah Kiamat 2012?.. Saya juga menulis mengenai Teori 21.12.2012 dan menjangkakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-7.. Ramai juga yang telah menjangkakan hal ini bahawa 2012 hari kebangkitan Islam, kebangkitan rakyat dan kebangkitan anak-anak muda..

Kenapa mesti Anwar Ibrahim perdana menteri Malaysia? Ramai yang kata Anwar bukan pejuang Islam, parti sekular sama macam UMNO dan berbagai tohmahan yang dilemparkan.. Pluralisme, agen yahudi, pengkhianat, peliwat, sehingga pada tahap seorang budak UMNO tu yang merupakan pengikut Al-Habib dari Majlis Ta'lim, percaya dengan kata habibnya bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks dan liwat mengikut pandangan kasyaf... Kasyaf adalah kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada seorang mukmin itu seperti mana disebut di dalam hadis, takutlah kamu dengan pandangan orang mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya Allah..

Tapi perkara ini sudah dibahaskan, walaupun tidak mustahil tetapi kebanyakan di antara manusia ini adalah pembohong semata-mata demi menjaga kepentingan politik.. Sedangkan Nabi sudah berpesan, ikutlah Quran dan Sunnah supaya kamu tidak sesat dunia dan akhirat.. Selagi mana puak-puak UMNO belum bertaubat dan mengikut landasan Islam yang sebenar, saya sama sekali tidak percaya dengan segala tuduhan ini.. Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin Islam yang dihormati di seluruh pelusuk negara, merupakan tokoh Islam, pemimpin yang berkaliber, berjiwa rakyat, dan seorang pemimpin yang adil dan amanah.. Beliau juga berjaya menyatukan kaum Melayu, Cina dan India dengan baik tidak sepertimana 1 Malaysia yang dicanang Najib, Cina, India dan Melayu adalah 1 tetapi hidup Melayu! Hidup Melayu! Hiduip Melayu sampai ke sudah...

Di Afganistan, Tunisia, Marocco, Mesir dan beberapa negara lagi, kerajaan Islam telah menang dalam pilihanraya yang menggugat kuasa Amerika dan Israel.. Seluruh dunia ini, parti kerajaan adalah sekutu kepada Barat termasuklah kerajaan UMNO Barisan Nasional... Walupun kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan Islam tetapi mereka pendokong Islam Liberal.. Minda kita telah pun dijajah... Segala bentuk kehidupan kita telah terpesong dari landasan sebenar.. Di saat ini hadis akhir zaman mula dibacakan di mana-mana kerana kita telahpun meyedari dunia ini adalah sepertimana yang Rasulullah beritahu ianya merujuk kepada zaman ini..

KDC : Sebenarnya panjang lagi aku nak cakap.. Tapi aku tahu korang bukan minat membaca pun.. Jadi aku perabih jelah.. Hari kiamat 2012 adalah konpirasi yahudi.. New World Order  sebenarnya memang sudah berlaku pun sekarang ni.. Budak-budak UMNO pun bagus jugak percaya dengan agenda Barat.. Tapi dunia baru bukan pada kerajaan baru.. Tapi telah meresap masuk pun dalam politik UMNO Barisan Nasional.. Jadi sekarang ni New World Order la ni.. cuma korang jer yang tak perasan.. Bak kata pepatah, kalau dah bengap tu bengap juga.. wslam..