Thursday, April 22, 2010

Bila Tiba Pilihanraya!!!




Muka depan utusan malaysia hari ini

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Friday, April 16, 2010

Bentuk Jemaah


Rakan Pusat Islam PTSS hari ini telah menetapkan petang Jumaat adalah program ziarah antara blok ke blok bertujuan memberikan kesedaran kepada penghuni kamsis dalam mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar. Aktivi yang mencontohi nabi dalam meneruskan kegiatan dakwah ini menekankan bahawa kepentingan bersatu untuk keamanan sejagat. Kita umat Islam adalah mulia di antara kaum bangsa-bangsa kafir. Tidak ada rendah diri serta alasan dalam mengukuhkan umat. Selain itu juga, kita harus kembali kepada Islam. Sebagai contohnya, mengapa pelajar sekolah dibuang sekolah hanya kerana memakai serban? Kita adalah Islam dan memakai serban adalah imej Islam. Mengapakah wujudnya perspektif sebegini sedangkan orang singh tidak diberikan apa-apa sekatan? Inilah pemikiran yang negatif yang seharusnya kita kembali kepada Islam semula dan menegakkan daulah khifalah!

Friday, April 2, 2010

Mengapa Keadilan? (Response To Kak Nora)

Persoalan pertama , sedih sebab apa? Kekecewaan bererti bukan pejuang.Perjuangan bukan dengan emosi, nampak sangat erti perjuangan itu amat cetek sekali.

Dalam kita berusaha melakukan perubahan kita perlu menjalankan dengan betul,bukan dengan mengkritik tanpa ilmu. Kita mesti tahu bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej.
Ada hukamak yang mengatakan bahawa: "unzur ma qal wala tanzur man qal".

Kita jangan hanya melihat siapa yang berkata tetapi kita juga harus menilai apa yang dikata.

Ini bermakna, ada ketika yang perlu kita sebagai orang Islam mendengar dan menilai apa yang dikatakan oleh orang lain jika perkara itu adalah idea dan pandangan yang baik. Jangan kita hanya disebabkan oleh pakaian luaran orang lain maka kita terus langsung tidak mahu mendengar pandangan orang itu apatah lagi memperkecilkan sumbangan ke arah perubahan reformasi dan menuntut keadilan.

perjuangan mesti menyeluruh, berani dan tidak menyorok muka dan identiti dibelakang komputer seperti seorang yang bacul. Saudara/saudari harus lebih berani, jelas dan mempamerkan identiti sebenar saudara supaya perbincangan kita berada pada larasnya.Maksudnya anda menyamar, tidak diketahui personaliti sama ada laki/p'puan. Anda baru berumur 18thn, pada tahun 1998 anda baru berumur 8 tahun, moralnya ertikan perjuangan itu secara menyeluruh. Hargai perjuangan orang lain tidak kira siapapun. Jangan memperkecilkan sumbangan seseorang sebelum kita kenal, kita tahu peranan yang telah dimainkan.

Hatta kalau cina sendiripun nak kembangkan agama Islam, kita patut alu-alukan dan iktiraf peranan atau sumbangannya. Kalaupun kafir yang perjuangkan keadilan apa salahnya. Setelah berjaya, kamu boleh laksanakan dakwah agama Islam terhadap mereka. Jangan disebabkan mereka kafir, kamu halang mereka nak perjuangkan soal keadilan.

Nabi Muhammad SAW pun tidak menolak dan memperkecilkan peranan bapa saudaranya iaitu Abu Talib yang tidakpun memeluk Islam sehingga akhir hayatnya. Maka anda juga perlu terbuka jika anda benar-benar memahami agama dan perjuangan. Saya tidakpun pernah mengatakan bahawa tidak perlu pakai tudung, jadi isu keterbukaan Rasulullah terhadap bapa saudaranya itu lebih besar berbanding tuduhan yang saudara lemparkan terhadap saya.

(Untuk pengetahuan anda, saya telahpun sekarang bertudung sebelum daripada lemparan tuduhan saudara). Saya bersyukur kerana muslimat-muslimat PAS banyak mengajar saya dan mendorong saya ke arah maaruf.

Saya adalah ahli tetap PAS selama 4 tahun. Saya doakan anda terus istiqamah berjuang dan sama-samalah kita saling menghargai peranan, sumbangan dan jerit perih orang lain dalam berjuang di jalan Allah.

Wamakaru wamakarullah, wallahhukhairulmakiriin. Jazakallahukhairan jaza'

Mengapa keadilan? Bukan hanya sekadar parti, tetapi kebenaran, kebaikan, ketelusan, kebebasan, keamanan, kesejahteraan dengan berlandaskan syariat Islam. Semua manusia dijadikan baik dan mahukan kebaikan. Tetapi mengapa mereka ditentang? Kerana disebalik kebaikannya itu ada terselit kefasikannya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu mengenainya, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujarat 49:6)

Mempamerkan identiti yang sebenarnya itu bukan persoalannya. Adakah sikap sebegini dikira sebagai bacul, pengecut? (Ini dinamakan cerdik). Sedangkan kita jangan menilai siapa yang berkata, tetapi harus menilai apa yang dikata. Adakah dengan menjadi seorang bekas banduan beberapa kali itu adalah satu perkara yang bijak? Dengan melakukan demonstrasi ikut-ikutan yang entah kemana sehingga akhirnya bertukar kepada Pas. (memang ler masuk Pas tu bagus, cuma nak habaq mai tentang prinsip).

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hari ini lebih baik dari semalam. Dari baik ke lebih baik. Tetapi kenapa dikenang-kenang budaya semalam? Anda sekarang sudahpun bertudung sebelum tuduhan itu dilemparkan?? Nak tanya saudari tingkatan berapa mula pakai tudung?Laaa baru belajar pakai tudung rupanya. Menutup aurat sudah tapi gambar-gambar masih ditonjolkan yang menunjukkan kejelikan, taraf maruah sebagai seorang wanita Islam, dan yang paling penting, 4 tahun dah jadi ahli tetap Pas. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Takbir!

Nabi Muhamad SAW adalah pembimbing kepada kita. Jadi kita harus jadikan baginda sebagai contoh. Sebelum baginda wafat, baginda berpesan supaya berpegang teguh kepada Al Quran dan sunnah, Insya Allah selamat dunia akhirat. Dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, baginda sempat menyebut ummati, ummati, ummati.. iaitu umatku, umatku, umatku... Bukannya Abu Talib, Abu Talib, Abu Talib.. Baginda jaga kita lebih, tapi kita?? sendiri mau ingat la. Tuduhan saya lebih besar dari isu keterbukaan Nabi dan saudari melanggar perintah Allah dan melanggar apa yang disampaikan oleh nabi lebih besar dari isu keterbukaan nabi.

Kita serupa....

Nota:
bangga melihat pengorbanan dan kesungguhan anda dalam gerakan reformasi. Tetapi ia kelihatan agak bersosial. Seharusnya foto-foto itu tidak dipaparkan supaya mengelakkan fitnah bagi mereka yang memandang kepada aspek agama. Harus diingat, perjuangan kita adalah wadah Islam. Anda juga anak kelahiran negeri kelantan. Negeri serambi mekah.