Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Eidul-Fitri


Salam Eidil - Fitri diucapkan kepada kedua ibu bapa saya, rakan - rakan yang mengenali mahupun tidak dan seluruh warga Malaysia. Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kiranya terkasar bahasa, terlanjur bicara, perbezaan fahaman. Di hari raya yang mulia, umat Islam tidak harus mewujudkan parti perkauman sebagaimana yang berlaku politik kita hari ini. Umat Islam harus bijak untuk menangani masalah politik yang lebih ke arah propoganda, retorik tanpa memikirkan isu yang lebih besar iaitu mendekatkan dengan Islam, ihsan, dan mewujudkan sikap harmoni di antara satu sama lain.

Selamat Hari Raya Eidil-Fitri. Maaf zahir dan batin daripada Abe Qim sekeluarga..

Thursday, July 29, 2010

Langkah Bijak Membenarkan Mahasiswa Berpolitik


Cadangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saiffudin Abdullah membenarkan guru dan mahasiswa bergiat dalam politik adalah merupakan suatu perkara yang bijak. Ini bukan persoalan kerana kecendurangan generasi muda memihak kepada pembangkang tetapi atas dasar demokrasi dan hak istimewa mahasiswa yang sudahpun mencecah 18 tahun boleh dikenakan tindakan tidak kira di dalam Islam mahupun undang-undang negara. Sedangkan pada zaman Nabi dahulu pun kanak-kanak yang di bawah umur sudah pun diterapkan dengan politik apatah lagi mahasiswa yang sudah boleh berfikir baik buruknya dan mencampuri urusan negara. Langkah ini juga disokong oleh dasar Pakatan Rakyat yang membenarkan mereka yang berumur 18 tahun menjadi ahli dan dibolehkan mengundi. Ini merupakan hak-hak kebebasan pelajar universiti menentukan masa depan negara yang bakal mereka warisi.

Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini kerana merasakan berpolitik ini perlu ada pada jiwa setiap orang kerana ini melibatkan prinsip, kepimpinan dan jati diri. Dalam masa yang sama menangkis media yang lebih bersikap "mind of control". Jika dahulu saya ditempelak oleh rakan-rakan dan keluarga yang memandang negatif terhadap politik, tetapi sekarang siapa yang berani menafikan?

Wednesday, June 9, 2010

Lari Rumah Ikut Kekasih

Pada awalnya saya keliru sama ada betul atau tidak gambar Nur Laili yang disiarkan di TV3 dalam iklan Remaja. Akibat dek lupa tentang rancangan itu, maka saya terlepas menontonnya dan saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu. Tetapi saya bernasib baik kerana dapat mengikuti siaran ulangannya pada jam 1 pagi. Memang betullah gambar yang disiarkan itu adalah Nur Laili. Isunya ialah lari dari rumah kerana mengikut kekasih.

Nur Laili ialah sahabat saya di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bersama-bersama berkerjasama dalam kompeni Charlie. Sungguh tidak disangka seorang yang baik akhlaknya, dipuji oleh mana-mana jurulatih, mempunyai suara yang merdu dan sentiasa memberikan pandangan yang positif dalam perbincangan kumpulan, terlibat dalam keruntuhan moral ini. Saya berasa sangat terkilan dan amat malang sekali kerana apa mesej yang hendak kerajaan sampaikan melalui PLKN ini, tak sampai dekat dia atau lebih tepat bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Memang tidak dinafikan program PLKN ini adalah program yang baik dan berfaedah kepada generasi muda. Walaupun suatu ketika dahulu saya membangkang kerajaan dengan kewujudan program ini, dengan kes kematian, dengan memaksa, kalau tak pergi akan dikenakan denda dan penjara, dan ketidak cenderungan remaja mengikuti program ini. Tetapi usaha kerajaan ada baiknya. Tapi usaha sebegini sahaja tidak cukup sekiranya tidak ada program-program keagamaan atau meletakkan agama di hadapan. Maka lahirlah generasi yang sia-sia. Saya berharap agar saudari Nur Laili kembali ke pangkuan keluarga. Ingatlah ada orang yang lebih menyayangi anda menanti di rumah.

Monday, May 31, 2010

Menghadiri Ceramah Perdana Oleh Pimpinan Besar Pakatan Rakyat Di Padang Majlis Daerah Tanah Merah

28 Mei 2010 (Jumaat)

9.00 – 12.00 Malam

:

Tempat – Padang Majlis Daerah Tanah Merah

Penceramah:

YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Sian

29 Mei 2010 (Sabtu)

9.00-12.00 Malam

Tempat – Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam

Penceramah:

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
YAB Lim Guan Eng

Apa yang hangat diperkatakan ialah isu APCO, malaysia bakal menjadi negara yahudi.. sebab tingkat 2 dan 3 balai polis bukit aman dah ada 2 orang yahudi yg menjadi penghubung kepada syarikat APCO dan najib.. idea 1 malaysia itu bukan dari najib sebenarnya sebaliknya idea daripada yahudi yang menjadi penasihat kepada Najib sepertimana yang telah diuar-uarkan 1malaysia ialah 1Israel.

Isu judi bola, negara islam di sebelah arab sana tu hairan dan masih tidak faham dngan kelulusan judi sukan itu.. lain2 ialah utusan malysia, tv3 berita penipu... berita fitnah.. yang apa semua yang diperkatakn mereka meengenai lompat parti, kelantan mundur, Pas jadi alat DAP, dijawab oleh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz..

Kelantan yang dianggap negeri kotor dan mundur, kini diyakini oleh beberapa cawangan keADILan dari Sarawak yang mengunjungi Kota Bharu Bandaraya Islam dengan kemajuan pembangunan tidak seperti mana yang dilaporkan media arus perdana. Apa yang paling mengejutkan mereka ialah harga nasi yang dimakan ialah RM1.80 sahaja tetapi rakyat berada dalam kesejahteraan. Selain itu juga, Pas yang dikatakan menjadi alat DAP, dipetik oleh Tok Guru Nik Aziz dalam kisah Nabi bagaimana nabi dibesarkan oleh Abu Talib yang juga kafir.. Banyak lagi kisah nabi yang bersama orang-orang kafir dalam melindungi diri baginda dari sebarang ancaman.

Jadi tidak perlu dipersoalkan Pakatan Rakyat bersama DAP iaitu orang-orang Cina kerana UMNO juga mempunyai MCA. Bezanya Pakatan Rakyat bersama DAP dengan asas apa yang berlaku pada Nabi. Tetapi UMNO ?? Anwar Ibrahim yang dikatakan agen yahudi, tetapi sekarang apa yang jelas berlaku Najib itu sendiri merupakan agen yahudi dalam isu APCO.

Tidak dinafikan memang ada berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam KeADILan, maka orang-orang seperti ini harus dipecat kerana kita tidak mahu pemimpin seperti ini, tapi besok keluar TV3, lompat parti, "saya hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan". Inilah media pengampu yang selama ini rakyat diperbodohkan.

Tuesday, May 25, 2010

Teori 21.12.2012



Masih ingat tarikh 21.12.2012 yang cukup gempar diperhangatkan oleh para saintis barat? Tarikh itu merupakan tarikh dimana mengikut kalendar masyarakat mayan, ia merupakah alam kebinasaan iaitu hari kiamat. Sudahkah anda menonton filem 2012?

Apakah sebenarnya yang ada pada tarikh itu? Alam kebinasaan atau pemerintahan baru? Ada yang percaya dan ada yang tidak. Ada yang mengatakan hari itu adalah umat Islam dimatikan dan yang tinggal hanya orang-orang kafir. Sebilangan kecil sahaja umat Islam yang terselamat. Ada juga yang berpegang teguh pada kata-kata ini, "Kiamat itu adalah bencana yang amat mustahil untuk manusia mengetahui dan meramalkannya kerana kedatangannya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan pada waktu kedatangannya kerana kiamat berlaku dengan secara mengejut."

Jika kita imbas filem 2012, pada hujung filem itu, tidak berlakunya hari kiamat sebaliknya menjadi Tahun 0. Mesejnya jelas bahawa 2012 adalah merupakan PEMERINTAHAN KERAJAAN BARU. Ia bukan hari kiamatnya dunia tetapi hari kebinasaan kerajaan UMNO Barisan Nasional. Tarikh 21.12.2012 adalah merupakan tarikh yang sangat istimewa. Teori pada tarikh ini mengatakan pada tahun 2012 adalah bersempenanya Pilihan Raya Umum yang ke-13.

Teori ini bagi pengundi baru khususnya yang lahir pada tahun 1991. Istimewanya mereka yang lahir pada tahun 1991 ni (termasuklah saya sendiri), kerana masa nak mengundi, mereka dah boleh mengundi. Sebabnya pada tahun 2012 umur mereka sudah pun mencapai 21 tahun dan ini diwajibkan mengikut dasar kerajaan iaitu mengundi pada umur 21 tahun. Melalui tarikh ini, jelaslah bahawa 21 merupakan umur yang dibolehkan mengundi dan 2012 adalah pilihanraya umum ke-13.. maka jadilah 21.12.2012. PEMERINTAHAN KERAJAAN BARU..

Nota: Mengapa mesti mereka yang lahir pada tahun 1991? Kerana kajian menunjukkan, mereka ini lebih cenderung menyokong Pakatan Rakyat. Generasi ini yang bakal mengubah negara kelak.

Anwar Perdana Menteri Ke-7


Dulu kita semua ikut teori RAHMAN iaitu

R=RAHMAN
A=ABDUL RAZAK
H=HUSSIEN ON
M=MAHATHIR
A=ABDULLAH (yang sepatutnya Anwar)
N=NAJIB

Tetapi adakah teori ini terhenti setakat ini sahaja? Ada yang mengatakan nama Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu simbol P selepas Rahman yang bermaksud Pakatan Rakyat? Anda setuju? Tapi kenapa nak ambil nama Putra jugak sedangkan nama beliau sebenar Abdul Rahman tetapi dimulakan dengan Rahman sahaja? Tapi mungkin benar juga P bermaksud Pakatan Rakyat iaitu bentuk baru di mana peralihan kuasa berlaku, teori ini bertukar kepada Abdul Razak pula.. Jadi disebabkan nama Razak dalam teori RAHMAN dimulakan dengan Abdul, maka kita guna teori ABDUL..

A=ANWAR?? atau ABDUL HADI??
B
D
U
L

Dalam kontroversi 16 September, mereka berdualah yang seperti dilanda krisis kempimpinan. Siapa yang layak bergelar pemimpin Malaysia ke-7?? Anwar atau Abdul Hadi?

Nota: Bukanlah untuk memesongkan akidah anda dengan ramalan seperti ini.. Sekadar membuka minda dan berfikir sahaja..

Friday, May 14, 2010

Majlis Perasmian Pusat Islam PTSS


Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin hari ini selamat dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail D.K.,S.P.M.P. Pusat Islam yang dinamakan Pusat Islam Luqman Al Hakim turut dihadiri media RTM dan Sinar Harian dan sumbangan pemberian zakat oleh Bank Rakyat. Turut hadir ialah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menjadi khatib dan mengimamkan solat Jumaat.

Friday, May 7, 2010

RAPI

Rakan Pusat Islam (RAPI) telah menganjurkan kem organisasi Islam bertujuan membentuk masyarakat berorganisasi selama 3 hari 2 malam. Malangnya apabila muslimat lebih ramai daripada muslimin, program itu menjadi hancur. Mereka datang adalah untuk bergelak dan berseronok tanpa sedari asas matlamat program itu sebenarnya. Jadi, kem pembentukan itu akan dibuat semula bagi memperkukuhkan lagi gerakan Islam pada 28, 29, 30 mei 2010.. Terbuka kepada semua pelajar semester 1 dan 2.. Kali ini ialah kem ,penghayatan Islam... Selain itu juga RAPI menganjurkan solat hajat sempena final exam pada minggu hadapan...

Thursday, April 22, 2010

Bila Tiba Pilihanraya!!!




Muka depan utusan malaysia hari ini

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Friday, April 16, 2010

Bentuk Jemaah


Rakan Pusat Islam PTSS hari ini telah menetapkan petang Jumaat adalah program ziarah antara blok ke blok bertujuan memberikan kesedaran kepada penghuni kamsis dalam mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar. Aktivi yang mencontohi nabi dalam meneruskan kegiatan dakwah ini menekankan bahawa kepentingan bersatu untuk keamanan sejagat. Kita umat Islam adalah mulia di antara kaum bangsa-bangsa kafir. Tidak ada rendah diri serta alasan dalam mengukuhkan umat. Selain itu juga, kita harus kembali kepada Islam. Sebagai contohnya, mengapa pelajar sekolah dibuang sekolah hanya kerana memakai serban? Kita adalah Islam dan memakai serban adalah imej Islam. Mengapakah wujudnya perspektif sebegini sedangkan orang singh tidak diberikan apa-apa sekatan? Inilah pemikiran yang negatif yang seharusnya kita kembali kepada Islam semula dan menegakkan daulah khifalah!

Friday, April 2, 2010

Mengapa Keadilan? (Response To Kak Nora)

Persoalan pertama , sedih sebab apa? Kekecewaan bererti bukan pejuang.Perjuangan bukan dengan emosi, nampak sangat erti perjuangan itu amat cetek sekali.

Dalam kita berusaha melakukan perubahan kita perlu menjalankan dengan betul,bukan dengan mengkritik tanpa ilmu. Kita mesti tahu bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej.
Ada hukamak yang mengatakan bahawa: "unzur ma qal wala tanzur man qal".

Kita jangan hanya melihat siapa yang berkata tetapi kita juga harus menilai apa yang dikata.

Ini bermakna, ada ketika yang perlu kita sebagai orang Islam mendengar dan menilai apa yang dikatakan oleh orang lain jika perkara itu adalah idea dan pandangan yang baik. Jangan kita hanya disebabkan oleh pakaian luaran orang lain maka kita terus langsung tidak mahu mendengar pandangan orang itu apatah lagi memperkecilkan sumbangan ke arah perubahan reformasi dan menuntut keadilan.

perjuangan mesti menyeluruh, berani dan tidak menyorok muka dan identiti dibelakang komputer seperti seorang yang bacul. Saudara/saudari harus lebih berani, jelas dan mempamerkan identiti sebenar saudara supaya perbincangan kita berada pada larasnya.Maksudnya anda menyamar, tidak diketahui personaliti sama ada laki/p'puan. Anda baru berumur 18thn, pada tahun 1998 anda baru berumur 8 tahun, moralnya ertikan perjuangan itu secara menyeluruh. Hargai perjuangan orang lain tidak kira siapapun. Jangan memperkecilkan sumbangan seseorang sebelum kita kenal, kita tahu peranan yang telah dimainkan.

Hatta kalau cina sendiripun nak kembangkan agama Islam, kita patut alu-alukan dan iktiraf peranan atau sumbangannya. Kalaupun kafir yang perjuangkan keadilan apa salahnya. Setelah berjaya, kamu boleh laksanakan dakwah agama Islam terhadap mereka. Jangan disebabkan mereka kafir, kamu halang mereka nak perjuangkan soal keadilan.

Nabi Muhammad SAW pun tidak menolak dan memperkecilkan peranan bapa saudaranya iaitu Abu Talib yang tidakpun memeluk Islam sehingga akhir hayatnya. Maka anda juga perlu terbuka jika anda benar-benar memahami agama dan perjuangan. Saya tidakpun pernah mengatakan bahawa tidak perlu pakai tudung, jadi isu keterbukaan Rasulullah terhadap bapa saudaranya itu lebih besar berbanding tuduhan yang saudara lemparkan terhadap saya.

(Untuk pengetahuan anda, saya telahpun sekarang bertudung sebelum daripada lemparan tuduhan saudara). Saya bersyukur kerana muslimat-muslimat PAS banyak mengajar saya dan mendorong saya ke arah maaruf.

Saya adalah ahli tetap PAS selama 4 tahun. Saya doakan anda terus istiqamah berjuang dan sama-samalah kita saling menghargai peranan, sumbangan dan jerit perih orang lain dalam berjuang di jalan Allah.

Wamakaru wamakarullah, wallahhukhairulmakiriin. Jazakallahukhairan jaza'

Mengapa keadilan? Bukan hanya sekadar parti, tetapi kebenaran, kebaikan, ketelusan, kebebasan, keamanan, kesejahteraan dengan berlandaskan syariat Islam. Semua manusia dijadikan baik dan mahukan kebaikan. Tetapi mengapa mereka ditentang? Kerana disebalik kebaikannya itu ada terselit kefasikannya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu mengenainya, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujarat 49:6)

Mempamerkan identiti yang sebenarnya itu bukan persoalannya. Adakah sikap sebegini dikira sebagai bacul, pengecut? (Ini dinamakan cerdik). Sedangkan kita jangan menilai siapa yang berkata, tetapi harus menilai apa yang dikata. Adakah dengan menjadi seorang bekas banduan beberapa kali itu adalah satu perkara yang bijak? Dengan melakukan demonstrasi ikut-ikutan yang entah kemana sehingga akhirnya bertukar kepada Pas. (memang ler masuk Pas tu bagus, cuma nak habaq mai tentang prinsip).

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hari ini lebih baik dari semalam. Dari baik ke lebih baik. Tetapi kenapa dikenang-kenang budaya semalam? Anda sekarang sudahpun bertudung sebelum tuduhan itu dilemparkan?? Nak tanya saudari tingkatan berapa mula pakai tudung?Laaa baru belajar pakai tudung rupanya. Menutup aurat sudah tapi gambar-gambar masih ditonjolkan yang menunjukkan kejelikan, taraf maruah sebagai seorang wanita Islam, dan yang paling penting, 4 tahun dah jadi ahli tetap Pas. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Takbir!

Nabi Muhamad SAW adalah pembimbing kepada kita. Jadi kita harus jadikan baginda sebagai contoh. Sebelum baginda wafat, baginda berpesan supaya berpegang teguh kepada Al Quran dan sunnah, Insya Allah selamat dunia akhirat. Dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, baginda sempat menyebut ummati, ummati, ummati.. iaitu umatku, umatku, umatku... Bukannya Abu Talib, Abu Talib, Abu Talib.. Baginda jaga kita lebih, tapi kita?? sendiri mau ingat la. Tuduhan saya lebih besar dari isu keterbukaan Nabi dan saudari melanggar perintah Allah dan melanggar apa yang disampaikan oleh nabi lebih besar dari isu keterbukaan nabi.

Kita serupa....

Nota:
bangga melihat pengorbanan dan kesungguhan anda dalam gerakan reformasi. Tetapi ia kelihatan agak bersosial. Seharusnya foto-foto itu tidak dipaparkan supaya mengelakkan fitnah bagi mereka yang memandang kepada aspek agama. Harus diingat, perjuangan kita adalah wadah Islam. Anda juga anak kelahiran negeri kelantan. Negeri serambi mekah.

Friday, March 26, 2010

Mengapa Keadilan? (Edisi Khas) Wahai Saudaraku!

Apa yang membezakan perjuangan kita ini ialah bersih dari segi moral dan akhlaknya. Tok guru Nik Aziz adalah seorang pejuang Islam. Anwar Ibrahim juga seorang pejuang Islam. Jadi penyokongnya juga harus faham dan ubah diri. Ramai yang tidak faham dan ego tanpa sedari prinsip perjuangan yang sebenarnya. Lebih baik menegur ahli sendiri yang melakukan kesilapan dari terus menerus menghentam pihak lawan. Kita tidak mampu membaca hati seseorang. Jadi hanya dengan pandangan mata kasar sahaja kita dapat menilai seseorang. Menilai wanita adalah lebih jelas untuk kita tahu keburukan kerana syaitan tidak akan pergi kepada kaum lelaki. Syaitan akan membinasakan kaum lelaki ialah dengan melalui perempuan. Saya ini sebagai mengambil langkah tok guru dalam menyampaikan dakwah kepada ahli-ahli reformis sangat menekan apa itu nilai wanita sejajar dengan perjuangan Pas dalam membanteras kemaksiatan.

Mengapa wajib menutup aurat? Kerana:

"Orang perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, berdiri tegaklah syaitan padanya" (riwayat Imam Turmudzy)

"Hai Nabi (Muhammad) katakanlah olehmu kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuanmu dan orang-orang perempuan mukmin, hendaknya mereka mengulurkan tudung sarung mereka atas muka-muka mereka. Yang demikian itu sekurang-kurangnya cara untuk mereka diketahui orang, agar mereka itu tidak disakitkan orang." (surah Al Azhab ayat 59)

"Dan orang-orang perempuan tua yang telah berhenti (dari haidh dan nifas), yang tidak ada harapan kahwin lagi, maka tidak mengapa atas mereka itu meletakkan pakaian (tutup) mereka, dengan tidak memperlihatkan perhiasan-perhiasan mereka, dan jika hendak memelihara (kehormatan) mereka, lebih baik bagi mereka itu (tidak membuka tudung itu)." (surah An Nur ayat 60)

"Apabila seorang perempuan itu telah sampai dewasa (sudah remaja puteri), tidak halal baginya jika menampakkan dirinya, melainkan mukanya dan melainkan apa yang dibawahnya". (riwayat Imam At Thabarany)

"Dan hendaklah perempuan-perempuan mukmin itu mengulurkan kain tutup mereka atas dada dan leher mereka." (riwayat Imam Bukhari)

"Allah tidak akan terima solat dari seorang perempuan hingga ia tutup perhiasannya, dan tidak terima solat dari seorang anak perempuan yang telah dewasa hingga ia bertudung kepala". (riwayat Imam At Thabarany)

"Dua macam golongan manusia dari ahli neraka yang aku tidak akan sudi melihat kedua-duanya nanti: 1. golongan orang-orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang menarik-narik dan mengangguk-anggukkan kepala seperti punuk unta yang menggeleng-geleng kepalanya, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedikitpun, 2. golongan orang-orang lelaki yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang dipergunakan untuk memukul orang." (riwayat Imam-Imam Ahmad)

"Tidakkah dari seorang perempuan yang melepaskan tudungnya di tempat yang lain dari rumah suaminya, melainkan pastilah terbuka tirai yang ada di antaranya dan antara tuhannya." (riwayat Imam Thabarany)

Berdasarkan Al Quran dan hadis ini, memperlihatkan betapa jelas dan seriusnya tuhan memerintahkan kita dalam berpakaian sopan dan menutup aurat. Siapakah pembimbing pelapis generasi baru kalau bukan kita wahai pejuang Islam dan rakan reformasi?? Kalau imej kita sama, tidak ada bezanya kita dengan pihak lawan. Bila tegur sikit, cakap mulut takdak insurans, kurang ajar, budak hingusan, dalam masa yang sama degil dan keras kepala. Sedih...

PELURU HIDUP TO http://nnora75reform.blogspot.com/

Ni Kereta Kebal Ke Kapal?

In my shoes, just to see
What it's like, to be me
I'ill be you, let's trade shoes
Just to see what I'd be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each's other mind
Just to see what we find
Look at s*** through each other's eyes...

Friday, March 19, 2010

Jom Lompat Parti!


Inilah salah satu sifat binatang yang ada dikalangan pimpinan PAS,bodoh dan jahil ,tetapi berasakan tahu segalanya,berasakan hebat segalanya hanya kerana menyembah bendera bulan seolah olah mendapat lesen besar untuk berbicara apa saja demi kepuasan politik banjingan mereka.Contoh lacuran sebeginilah yang jelas menunjukan mereka ini jalang politik sebenar.Jalang tidak akan berasa malu untuk menadah diri habuan selingkohan mahram bersama DAP hatta mengadai apa saja demi mencapai kepuasan kebersamaan.
Persoal pulak benda macam ni. Memang haram pun. Selagi kita menyokong, bersubahat mereka yang melakukan kemungkaran ini tetap haram dan berdosa. Pemimpin Be End ni jelas-jelasnya fasik. Buktinya, bini mereka tak bertudung sejak kecik sampai tua nk mamposs. Bukankah tidak menutup aurat ini boleh jadi jatuh ke dosa besar?
"Sesungguhnya, Allah tidak menerima solat seseorang wanita itu melainkan dengan memakai tudung".
Masuk Be End jadi haram bila, menyokong pemimpin yang menolak hukum Islam, dalam masa yang sama menubuhkan pusat maksiat, kelab-kelab disko, pusat-pusat judi, peranan media yang berpengaruh barat, mengamalkan sistem kapitalis, kezaliman, riba, rasuah, yang boleh menyebabkan lahirnya generasi pelacur, buang bayi, zina, punk, skinhead, dadah, mat rempit, hiburan mistik, seram, rogol, yang boleh menghancurkan akhlak remaja masakini. Sebab itulah masuk UMNO adalah haram dan tetap haram seharam haramnya. Sudah terang lagi bersuluh!

Thursday, March 18, 2010

Orang Muda Geng Kita!

Dewan pemuda PAS kawasan kuantan baru-baru ini telah menganjurkan program "Orang Muda Geng Kite". Program itu telah dilangsungkan di Taman Esplanade berhadapan dengan Hospital Tg.Ampuan Afzan dekat sini. Program yang bermula dari jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 malam itu telah mengejutkan anak-anak muda yang melepak di sekitar taman itu. "Kita juga menyebarkan risalah larangan zina dan melatih petugas-petugas yang terlibat memberi penerangan secara berkhemah serta menyantuni golongan ini".

Pas bukan sahaja parti politik tetapi juga parti dakwah. Di dalam kesibukan dengan arus politik baru yang mencabar ini, Pas adalah parti yang dilihat sebgai kukuh dengan prinsip perjuangannya. Inilah yang kita mahukan!

Wednesday, March 17, 2010

Carta Organisasi RAPI Sesi Jan 2010


AMIR: ANDREPUTRA BIN BAMBANG (DKM 2B)
TIM. AMIR: MOHD FARID B. MAHASAN (SHK 1)
BENDAHARI:WAN MUSTAQIM B. WAN HANAFI (DOE 1)
SETIAUSAHA: MOHAMAD IKHRAM B. SAFI’IN (SHK 1)

BIRO SUKAN & REKREASI:
MUHAMMAD FIRDAUS B SAARIN (DKM 2B)

BIRO USRAH & DAKWAH:
WAN NAQIUDDIN NADY B WAN ZAINUDDIN (DDS 6)

BIRO PENERANGAN:
MOHAMAD SHAFIQ B OMAR RASHID (SUP 1)

BIRO AKADEMIK:
MUHAMMAD LOKMAN B HASHIM (DHK 1)

BIRO KEBAJIKAN:
AHMAD AFIF B AHMAD MUSTAFFA (DDS 2)

BIRO PERHUBUNGAN:
MUHAMAD AMIRUL QAYYUM B DAUD (DDS 2B)

BIRO EKONOMI:
ABDULLAH B YUSOF (SHK 1)



AMIRAH: NORAIN AKMAR BT ISMAIL (PUP 5)
TIM. AMIRAH: NURHANANI BT AHMAD (DKM 2A)
BENDAHARI: NOR AZILA BT MAT LAZIN (SHK 1)
SETIAUSAHA: NOR AINA LYANA BT OTHMAN (DHK 1A)

BIRO SUKAN & REKREASI:
NOOR LYANA BT NORSERI (SHK 1)

BIRO USRAH & DAKWAH:
SYAZWANI NAJWA BT SHAARI ( DPM 2B)

BIRO PENERANGAN:
NOR AZIFAH BT SUDIN (DIP 1)

BIRO AKADEMIK:
ANNUR MADINAH BT ABD AZIZ (DUP 2B)

BIRO KEBAJIKAN:
RABIATUL ADAWIYAH BT MOHD FARID (SHK 1)

BIRO PERHUBUNGAN:
SYAZWANI NAJMINA BT SHAARI (DPM 2B)

BIRO EKONOMI:
FASIHAH BT NIK AZIZ SUHAIMI (SUP 2)

Teguh Mempertahankan Anwar

Sidang dewan rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bekas ahli PKR yang cuba membongkarkan keburukan parti itu dan memburukkan ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim. Lebih ramai lagi yang keluar PKR. Siapakah mereka itu? Lihat gambar di atas. Itulah mereka!

Sunday, February 14, 2010

Zambry Menteri Besar Perak





















-Keputusan mahkamah menyebelahi Zambry (BN).


-Kemenangan jangka pendek yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat terhakis.


-Nizar dilucutkan jawatan kerana tiada sokongan majoriti berikutan beberapa orang ahlinya keluar dari PKR dan masuk bebas bukan kerana tiada sokongan dari rakyat.


-Dimanakah slogan 'rakyat didahulukan'?

Fitnah Atau Kebenaran?









VS









-Dakwaan Saiful yang menunjukkan bukti seluar dalam, air mani Anwar, kondominum, tarikh, masa dan sebagainya itu adakah benar?
-Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Friday, January 8, 2010

Cilaka Si Azwan Ali

DAN JOM LAYAN KES.....'BLOG CILAKO....NIK AZIZ WEIIIII' !!!! NAMPAK NYA TOK GURU WORLD NO 1 NI.....TETAP GHAIRAH BUAT STATEMENT STATEMENT MAUT....YANG BIKIN PANASS BERBILLION BILLION UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN DUNIA !!!! BELUM PUN REDA......NIK AZIZ DOA KAN PM MISAI PUTIH HANCUR LEBUR GARA GARA TAK NAK APPROVE ROYALTI MINYAK.....NIK AZIZ SIAP KATA DALAM BULETIN UTAMA TV3???? 'CILAKO....CILAKO.....CILAKO ' !!!!!

' OOO......TIDAK TOK GURU OOI.....KAMU PAHAM TAK MAKNA CILAKA?? KAMU TU TOK GURU NO 1...KELUAR TV3.....KATA CILAKA CILAKA CILAKA ! BUDAK BUDAK YANG TENGOK? ASYIK TIRU KAMU.....CILAKA CILAKA CILAKA !!! KENAPA KAMU? SAPA YANG CILAKA NI?? KAMU KATA ORANG CILAKA? ORANG PUN BOLEH KATA KAMU CILAKA? HABIS? SAPA YANG CILAKA? KAMU PATUT SEDAR LAH.....AYAT AYAT MAKI HAMUN ORANG NI....TUHAN MURKA !!! SILAP SILAP....KITA SEMUA...MASUK NERAKA !!! OOO....TIDAK NIK AZIZ !!!! '

Selanjutnya klik disini

Kurang ajar dan biadab sekali nampaknya Si mulut laser azwan ali ni.. mungkin kerana senang hidup dan mewah sekarang ni. woit gay... janganlah nak cari publisiti dengan melibatkan ahli-ahli politik dan ulamak. Tambah-tambah pulak nik aziz ni ulama yang tersenarai di antara 500 ulama yang berpengaruh di dunia.. mu sapa nak kata gitu?? Ngko hidup dengan dunia hiburan ko sudah la. Ngko tu cermin diri dulu. Dah la gay, bela anak ayam pulak tu, nyah pulak tu. Dengan selamba membahasakan diri sebagai akak, mcm bagus jer nk kata orang gitu. Lu cakap nanti budak2 tiru nik aziz kata cilako, habis yang tv3 (penyebar berita fitnah) duk pergi siar apa pasal takdak otak ka?? Lu pergi sound tv3 la dulu. habis lu punya mulut laser tu budak2 tak tiru ke? takdak otak punya mu. Nanti aku jumpa ko turun tanah merah jaga la mu. @#$%^&


Thursday, January 7, 2010

Kereta Nizar Terbalik


Apakah ada sebarang petanda disebalik musibah yang menimpa Nizar ini..?? Mengikut cerita rakan rakan dari Perak, sepanjang dua minggu ini Nizar dikatakan sering bersumpah dalam ceramah ceramahnya bahawa dia bukan BONEKA parti DAP. Padahal kalau disingkap diatas kertas sudah jelas terbukti bahawa wakil rakyat DAP adalah majoriti dinegeri itu.

Woit... Janganlah nak mempolitikkan pulak benda2 macam ni.. Ini semua kerjaan tuhan.. Orang yang mulia itulah yang sering diuji oleh tuhan.. Ini pun alhamdulillah dia hanya cedera ringan.. Yang rosak teruk hanya kereta mewah.. mungkin tuhan nak bagi petunjuk.. Nanti besok2 ngko mati kena pijak lori baru tau..

Selamat Tahun 2010

Tahun baru, azam baru, semangat baru.. Beberapa minggu ini letih dan tak bermaya.. 11/01 ini melapor diri ke Politeknik Arau.. Masa berganti masa, tahun berganti tahun. Selamat tinggal 2009..