Friday, June 5, 2009

Benarkah Kiamat 21.12.2012?

Ramalan bahawasanya kiamat akan berlaku pada 2012 ini menjadi topik hangat dibincangkan di kalangan masyarakat antarabangsa dan menjadi perhatian para sainstis barat. Cerita ini yang merupakan ramalan oleh satu etnik purba yang digelar sebagai kaum Mayan sudah pun tersebar luas di internet dan Mastika juga ada menulisnya pada keluaran Jun 2009. Mengikut kalendar kaum Maya ini, pada 21.12.2012 segala carekawala bertembung antara satu sama lain. Suhu akan meningkat dan menyebabkan bongkahan ais akan mencair. Selain itu juga akan berlaku taufan dan tsunami. Persoalannya adakah ramalan ini benar?

Ramalan masyarakat Maya ini menjadi perhatian di kalangan bijak pandai dan para sainstis barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang falak. Masyarakat kuno ini amat terkenal dalam bidang astronomi, arkitektur, kejuruteraan, seni serta matematik. Mereka ini lebih mengetahui kejadian alam dan mempunyai kalendar sendiri. Bagi menguatkan ramalan ini, ada golongan bijak pandai barat yang menyokong ramalan ini. Selain itu juga terdapat gunung berapi di Amerika yang sudah meletus beribu tahun lamanya sedang menunggu masa untuk meletus kembali pada 2012. Melalui kitab kuno dari China turut menyatakan bencana besar akan berlaku pada 2012. Melalui sumber-sumber dan pakar-pakar, adakah anda percaya? Kiamat itu adalah bencana yang amat mustahil untuk manusia mengetahui dan meramalkannya kerana kedatangannya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan pada waktu kedatangannya kerana kiamat berlaku dengan secara mengejut.

Apa yang berlaku sekarang ini, belum sempat 2012 pun sudah ada bencana alam. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina pada Mei 2008 telah runtuh. Kerajaaan UMNO sekali lagi telah memalukan negara. Seluruh dunia menyaksikan bagaimana bangunan yang siap dibina boleh runtuh. Adakah ini berpunca dari kecuaian kerja-kerja kontraktor atau sebab lain seperti bencana alam? kejadian ini menjadi tanda tanya semua pihak dan digesa untuk menyiasat bumbung runtuh yang bernilai RM292 juta itu. Jika ini bencana alam yang dari Allah, maka tidak hairanlah ianya berlaku akibat rasuah yang semakin banyaknya dewasa ini dan mungkin juga ia tanda-tanda awal hari kiamat.

Wallahualam.

Thursday, June 4, 2009

Menanti Kelahiran Pertama

Kebanyakan mereka yang lahir anak luar nikah ini biasanya dari kalangan bawah umur. Mereka hanya bersuka-suka tanpat berfikir akibat atau kesan buruk. Mereka ini kalau mengikut hukum hudud, berzina dikenakan 100 sebat bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Malangnya hudud ditolak oleh kalangan pemimpin yang jahil. Kerana apa? Kerana kerajaan sekarang ini dia takut dengan kebenaran. Mereka mahu maksiat berleluasa, mereka mahu jenayah meningkat, mereka mahu rasuah, mereka mahu bom orang, mereka mahu buat zalim dan berkuasa melebihi hudud.

Di saat kebanyakan remaja ini membuang bayi tetapi masih ada yang memerlukan. Alangkah malang bagi mereka yang membunuh anak sendiri. Mereka ini adalah orang-orang yang zalim. Hari ini, perut semakin membesar, bukan perut saya, tetapi perut kakak saya yang telah mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun. Dia yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) terpaksa mengambil cuti bersalin selama dua bulan dan dijangka akan melahirkan anak pada 07/06/2009 ini. Kelahiran anak sulung amat dinantikan terutama bagi saya sebagai bakal bapa saudara. Maklumlah saya belum pernah ada adik sudah semestinya ingin merasainya walaupun anak saudara.

Jika saya ada adik, sudah tentunya saya akan didik dia dengan baik. Kita mahu jaga generasi muda ini supaya berakhlak. Sangat tidak wajarlah jika kita berkelakuan kasar terhadap adik-adik. Saya tidak kata juga anak-anak perlu dimanjakan. Kasih sayang ibu bapa amat berbeza dengan ahli keluarga yang lain tidak kiralah adik beradik, pakcik makcik dan lain-lain. Biarlah ibu bapa sahaja yang menghukum. Kita sebagai abang, kakak lain pula peranan. Kadang-kadang kita tidak pernah fikir perasaan mereka. Kita menggunakan kuasa dan pangkat untuk menindas mereka. Kalau kita bertindak kasar bertujuan mengajar tidak mengapa. Mungkin di usia masih kecil itu wajar kita bertindak kasar tetapi bila meningkat remaja, kaedah ini tidak boleh dipakai lagi. Mereka ada ilmu dan boleh berfikir baik buruknya. Masalahnya kita yang seakan-akan mahu membuli dan mempermainkan mereka. Bila mereka melawan dan bersuara, kita kata dia kurang ajar seperti tidak ada kebebasan bersuara. Biasanya yang selalu ditindas ialah anak bongsu sahaja. Kita mungkin merasakan mereka ini tidak penting dan tidak boleh dibawa berbincang. Tetapi mereka bukan binatang yang tidak mempunyai perasaan. Binatang pun ada perasaan. Mungkin kita cemburu dan iri hati dengan mereka ini kerana selalu diberi kelebihan oleh ibu bapa. Hal ini sangat saya simpati.

Kita harus sedar walaupun kita ini seorang doktor ke, polis, bomba, jurutera, guru disiplin, guru kaunseling atau kerani seharusnya berfikiran positif. Kalau waktu kecil kita sering marah dan pukul mereka, di waktu mereka meningkat remaja juga kita melakukan hal yang sama, kamu fikir dia akan salut pada kita? Lawan tetap lawan!

Monday, June 1, 2009

Belum Lawan Dah Banyak Alasan

Seperti biasalah pilihanraya kecil Penanti kemenangan bagi Pakatan Rakyat. Kita semakin bangkit dan memecut untuk menghadapi arus pembaharuan perubahan. Tetapi kemenangan kita sangat tidak dirasai kerana UMNO tidak meletakkan calon kerana dengan sebab tidak mahu terlibat dengan permainan politik dari pihak pembangkang. Sepatutnya mereka rebut peluang ini. Makanya kerana takut dan sudah meramalkan akan kekalahan jadi tidak mahu bertanding. Tetapi UMNO masih lagi tidak malu kerana tidak kalah cuma boleh dikatakan 'takdak teloq'.

Oleh sebab UMNO tidak meletak calon jadi PKR ditentang tiga calon bebas. Kita sedia maklum bahawa parti yang kuat adalah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sahaja. Jadi yang bebas ni mahu apa? Masuk bebas tapi sokong Barisan Nasional buat apa? Membazir masa, membazir wang dan membazir tenaga. Kita ini berjuang untuk jaga rakyat. Daripada hilang deposit mudah-mudah lebih baik sedekah kat anak yatim atau fakir miskin.

Najib mengatakan Pilihanraya Kecil Adun Penanti adalah satu permainan politik dari pembangkang berikutan perletakan jawatan Fairuz (PKR) yang dikatakan terlibat dalam rasuah berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang. Dalam kes Perak itu pula permainan siapa? Kita senang sahaja, tak puas hati buat pilihanraya, biar rakyat yang tentukan. Tetapi mereka tidak mahu. Mereka mahu rasuah, mereka mahu cipta sejarah dimana ada speker dua orang dan menteri besar dua orang yang belum pernah berlaku sebelum ini. Raja selama ini disanjung tetapi sekarang dihina, ini permainan siapa?

Pilihanraya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Julai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai setelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Nah! Kita tengok di Manek Urai pula. Mahu Malu ke atau 'Takdak Teloq'?