Thursday, July 29, 2010

Langkah Bijak Membenarkan Mahasiswa Berpolitik


Cadangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saiffudin Abdullah membenarkan guru dan mahasiswa bergiat dalam politik adalah merupakan suatu perkara yang bijak. Ini bukan persoalan kerana kecendurangan generasi muda memihak kepada pembangkang tetapi atas dasar demokrasi dan hak istimewa mahasiswa yang sudahpun mencecah 18 tahun boleh dikenakan tindakan tidak kira di dalam Islam mahupun undang-undang negara. Sedangkan pada zaman Nabi dahulu pun kanak-kanak yang di bawah umur sudah pun diterapkan dengan politik apatah lagi mahasiswa yang sudah boleh berfikir baik buruknya dan mencampuri urusan negara. Langkah ini juga disokong oleh dasar Pakatan Rakyat yang membenarkan mereka yang berumur 18 tahun menjadi ahli dan dibolehkan mengundi. Ini merupakan hak-hak kebebasan pelajar universiti menentukan masa depan negara yang bakal mereka warisi.

Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini kerana merasakan berpolitik ini perlu ada pada jiwa setiap orang kerana ini melibatkan prinsip, kepimpinan dan jati diri. Dalam masa yang sama menangkis media yang lebih bersikap "mind of control". Jika dahulu saya ditempelak oleh rakan-rakan dan keluarga yang memandang negatif terhadap politik, tetapi sekarang siapa yang berani menafikan?