Saturday, July 9, 2011

Bersih 2.0 Semangat Baru Untuk Merubah Malaysia

Perhimpuanan Bersih yang berlansung kira-kira tengah hari tadi adalah merupakan sejarah yang tercipta khususnya buat golongan muda-mudi yang belum mengerti apa itu demontrasi.. Berpuluh-berpuluh ribu termasuklah remaja bawah umur juga yang hadir untuk menyokong perhimpunan ini..

Malangnya perhimpuanan ini meskipun pihak pemimpin kerajaan mengatakan ia boleh menggugat keamanan negara dan akan berlakunya provokasi, tetapi apa yang dapat kita lihat sekarang ini adalah sikap tiada toleransi penguatkuasa yang berlaku zalim terhadap rakyat.. Keamanan negara tergugat disebabkan polis tetapi bukan kepada penyokong Bersih itu.. Sepatutnya, polis mengawal keadaan sekiranya berlaku kekecohan apabila kumpulan Patriot yang diketuai Khairy Jamaludin turut sama turun padang menentang arus..

Sikap kasar polis yang menahan ratusan rakyat termasuklah pimpinan tertinggi pembangkang adalah sangat keterlaluan dan tidak memainkan peranan yang baik dalam mengawal sistem demokrasi di negara ini.. Sebaliknya, polis bukan menjaga keamanan tetapi berperang dengan rakyat.. Apa yang sangat melucukan, polis menerima arahan dari pemimpin UMNO tetapi pemuda UMNO Khairy Jamaludin juga turut ditahan menunjukkan bebalnya si Khairy ini.. Mulanya kumpulan Patriot itu dilihat akur untuk tidak turun berdemo apabila Agung tidak merestui Bersih tetapi sekarang Perkasa pula dilihat lebih baik kerana hanya menerima khabar daripada stesen televisyen sahaja walaupun berkeras akan turun mengadap Bersih sekiranya Bersih berjalan..

Ibrahim Ali pula tidak dikesan mungkin terkecut perutnya sedikit melihan puluhan ribu yang hadir.. Dimanakah keris Perkasa Ibrahim Ali itu? Hujan rahmat telah turun mencurah Kuala Lumpur memadamkan gas-gas pemedih mata yang akhirnya memorandum kepada sultan berjaya diserahkan.. Tetapi kecederaan terhadap rakyat dan dimaklumkan ada berlaku kematian seorang sangat dikesali.. Ini hanyalah satu tanda untuk rakyat bangkit menjelang pilihanraya ke 13 akan datang.. Rakyat semakin melihat kerajaan yang ada ini jelas menzalimi rakyat dan menyekat kebesan rakyat untk bersuara..

Peringatan : Tidak perlulah untuk sembur air dan menutup pintu-pintu jalan.. Tidak adanya provokasi yang dicetuskan oleh Bersih sesama Bersih sebaliknya yang mencetuskan huru hara itu ialah Patriot... Tetapi apa yang dilihat sekarang ini, penguatkuasa yang mencetuskan huru hara.. Penyokong Bersih adalah rakyat dan bukannya penjenayah.. Jadi polis harus resign balik dan ambik kursus semula untuk menjadi polis yang berwibawa... Saya turut mengecam tindakan seperti ini!

Monday, July 4, 2011

Himpunan Bersih Tidak Salah Malahan Amat Wajar

Sekarang ni hangat pula membicarakan isu Bersih.. Bila raja bersuara yang tidak menyokong himpuanan Bersih, maka menghangatkan lagi situasi ini... Sebagai Agung di negara ini, wajarlah kena tahu mengapa parti pembangkang menganjurkan Bersih.. Kalaulah media di negara ini bersikap adil dan bebas, sudah pasti kita tidak buat himpunan ini.. Sampai bila rakyat nak sedar dan tahu selama ini pilihanraya yang diadakan tidak telus.. Meskipun majoriti yang menyokong BN itu lebih dari pakatan pembangkang, tapi ketidaktelusan itu masih ada di dalam pilihanraya..

Bersih itu tidak salah.. yang salahnya bila ada Perkasa, bila ada Patriot, ini apa ini? Negara ini masih belum bebas... Bersih tidak ada pun yang menggugat negara, sebaliknya yang menyebabkan negara tergugat kerana adanya beberapa parti komponen BN yang tutut sama turun padang.. Sebagai kerajaan pusat, wajar akur dengan kehendak rakyat... Tapi suara Agung yang nampaknya tidak mempersetujui himpunan ini diadakan maka makin bermaharajalela lah puak-puak UMNO ini.. Dimanakah Raja yang berjiwa rakyat? Dimanakah Raja yang adil? Ramai yang mempertikaikan bila Raja bersuara.. Walaupun sudah dihina dengan perkataan 'natang' oleh juak UMNO, tapi masih tidak mengerti bahawa juak UMNO itu lebih teruk lagi daripada Bersih..

Peringatan : Raja di negara ini dilihat semakin tidak relevan sebagai ketua negara selepas dari isu Perak yang tidak mengamalkan demokrasi yang adil.. Sebaiknya raja harus meniliti usaha kerajaan yang masih belum sempurna.. Terlalu banyak ruang-ruang keburukan yang menyebabkan rakyat bangkit bersuara.. Inilah yang harus diteliti tetapi bukannya menyekat kebebasan!