Friday, June 5, 2009

Benarkah Kiamat 21.12.2012?

Ramalan bahawasanya kiamat akan berlaku pada 2012 ini menjadi topik hangat dibincangkan di kalangan masyarakat antarabangsa dan menjadi perhatian para sainstis barat. Cerita ini yang merupakan ramalan oleh satu etnik purba yang digelar sebagai kaum Mayan sudah pun tersebar luas di internet dan Mastika juga ada menulisnya pada keluaran Jun 2009. Mengikut kalendar kaum Maya ini, pada 21.12.2012 segala carekawala bertembung antara satu sama lain. Suhu akan meningkat dan menyebabkan bongkahan ais akan mencair. Selain itu juga akan berlaku taufan dan tsunami. Persoalannya adakah ramalan ini benar?

Ramalan masyarakat Maya ini menjadi perhatian di kalangan bijak pandai dan para sainstis barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang falak. Masyarakat kuno ini amat terkenal dalam bidang astronomi, arkitektur, kejuruteraan, seni serta matematik. Mereka ini lebih mengetahui kejadian alam dan mempunyai kalendar sendiri. Bagi menguatkan ramalan ini, ada golongan bijak pandai barat yang menyokong ramalan ini. Selain itu juga terdapat gunung berapi di Amerika yang sudah meletus beribu tahun lamanya sedang menunggu masa untuk meletus kembali pada 2012. Melalui kitab kuno dari China turut menyatakan bencana besar akan berlaku pada 2012. Melalui sumber-sumber dan pakar-pakar, adakah anda percaya? Kiamat itu adalah bencana yang amat mustahil untuk manusia mengetahui dan meramalkannya kerana kedatangannya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan pada waktu kedatangannya kerana kiamat berlaku dengan secara mengejut.

Apa yang berlaku sekarang ini, belum sempat 2012 pun sudah ada bencana alam. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina pada Mei 2008 telah runtuh. Kerajaaan UMNO sekali lagi telah memalukan negara. Seluruh dunia menyaksikan bagaimana bangunan yang siap dibina boleh runtuh. Adakah ini berpunca dari kecuaian kerja-kerja kontraktor atau sebab lain seperti bencana alam? kejadian ini menjadi tanda tanya semua pihak dan digesa untuk menyiasat bumbung runtuh yang bernilai RM292 juta itu. Jika ini bencana alam yang dari Allah, maka tidak hairanlah ianya berlaku akibat rasuah yang semakin banyaknya dewasa ini dan mungkin juga ia tanda-tanda awal hari kiamat.

Wallahualam.

2 comments:

  1. ini mengikut kalendar kaum maya.. tapi diminta tidak mempercayainya kerana kiamat ini hanyalah rahsia allah...

    ReplyDelete