Sunday, September 13, 2009

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 1)

16/06/2009
Kira-kira jam 5 pagi bertolak dari Tanah Merah ke Picked Up Point Dataran Kesedar Gua Musang. Melapor diri sebagai pelatih PLKN Siri 6 Kumpulan 3, 2009 jam 9.30 pagi dan tiba kira-kira jam 1.00 petang di Kg. Sungai Ulu Gali, Raub Pahang. Masa ni boleh tengok masing-masing panjang perang, betis putih, muka sedih, seronok semua ada. Beberapa taklimat ringkas oleh ketua jurulatih dan pemeriksaan beg pakaian. Aku kompeni Charlie.

25/06/2009
Kelas pembinaan karakter modul 1. Sepanjang beberapa minggu itu belajar bagaimana menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Setiap pagi melakukan gerak ceria seperti kanak-kanak Tadika bertujuan membina kreativiti. Di dalam kelas inilah bermulanya konsep 1Malaysia apabila setiap kumpulan kecil mesti ada India, Cina dan Asli supaya masing-masing dapat bergaul. Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat ooo... Kita satu bangsa, satu negara, kita satu Malaysia.

01/07/2009
Ramai yang demam dan batuk-batuk. Yela tiap-tiap hari berkawad panas siang panas malam. Air sedut atas bukit. Pastu kejap ada kejap tak ada. Ini sangat tidak memuaskan. Petangnya membuat perbincangan Kontrak Kita Janji (KKJ). Hasilnya kompeni Charli menang isi kandungan terbaik, bendera terbaik, penyampaian terbaik dan menang keseluruhannya. Cuma kerjasama sahaja tewas di tangan Bravo. Mana tidaknya dalam masa itu dah dua kali Charlie terlibat dengan pergaduhan dan rokok.

06/07/2009
Kelas pembinaan karakter modul 2. Sepanjang beberapa minggu itu belajar menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain. Pentingnya berkongsi dengan orang lain. Latihan berkawad, ada la juga jurulatih rasa bersalah apabila salah seorang seorang wirawati terjatuh dari atas bukit setelah disuruh naik dan mencium batu. Kompeni Alfa pulak bergaduh dua kali antara Cina dan Melayu. Malamnya denda pakai celoreng penuh di padang kawad dan dalam masa 10 minit tukar pakaian kelas pulak. Sedikit suara bantahan, tambah lagi tuala ikat kat pinggang. Memang letih!

18/07/2009
Ada la beberapa orang manusia ni pergi ceroboh kawasan wirawati selepas minum malam. Ini sangat membangkitkan kemarahan komandan sehingga tidak ada minum malam selepas itu. Habis malam itu kecoh siap dengan mesyuarat lagi 'siapakah yang menceroboh?'. Ada yang nak bertumbuk dan belasah kalau dapat tau. Aku tengok pun nak tergelak je gelagat masing-masing sehinggakan sidang mesyuarat sendiri pun nak bergaduh oleh hal itu. Tak bersungguh pun tak apa la tapi bagus kerjasama tu ada.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment