Sunday, September 13, 2009

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 3)

01/08/2009
Program komuniti derma darah. Aku pun nak derma jugak tapi tak cukup syarat. Ada sorang wira tu derma darah pengsan dua jam. Kita pulak derma kat dia bukan dia derma kat kita. Beberapa minggu itu belajar kelas kenegaraan 'aku Yang Berhormat'. Maing-masing jadi YB. Kerana mulut badan binasa, kerajaan vs pembangkang, perancangan saya, hancurkan negara musuh, pertahankan negara Malaysia. Petangnya adalah tali tinggi bertujuan membina keyakinan dalam diri dan ceramah kraf hutan.

08/08/2009
Sesi pengambaran kompeni dan kelas kenegaraan. Tayangan video 'aku cinta PLKN'. Terbahagi kepada empat modul, modul pembinaan karakter, modul fizikal, modul kenegaraan dan khidmat komuniti. Ceramah kolej-kolej seperti JTM, Kolej Negeri, Olympia Collage. Ramai-ramai berkempen ajak masuk kolej dia orang. Dulu kita yang cari kolej, sekarang dia yang cari kita. Turut berkempen Mizumi Beauty Academy iaitu kursus kecantikan professional. Dia punya model bukan cantik pun. Dah tu pulak siap ada demo lagi. Pergi ambik sorang wirawati amoi untuk di makeup kan. Ambik ler orang asli. Amoi tu tak makeup pun dah cantik itu anak.

11/08/2009
Pertandingan kawad. Charlie dapat nombor tiga tapi untuk ketua platun dapat nombor satu. Charlie adalah kompeni yang terbaik setakat ini kerana banyak menang dan belum pernah tempat terakhir. Hadiah yang paling banyak adalah kompeni Charlie berbanding kompeni Alfa, Bravo dan Delta. Tetapi kerana kerap bergaduh markah akan dipotong dan ia menyukarkan kami untuk menjadi kompeni yang terbaik. Sebagai menebus maruah, kami buktikan pada kembara halangan. Hasilnya Charlie wira dan wirawati dapat nombor satu. Charlie The Power!

13/08/2009
Beberapa minggu itu adalah Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB). Masing-masing terlibat dengan aktiviti persembahan. Sukaneka juga turut diadakan. Apa yang best sekali ialah tarik tali. Berjuang sampai pengsan menyebabkan Charlie menang. Aktiviti wirajaya adalah kesukaan semua orang iaitu berkhemah di dalam hutan. Pergerakan masuk hutan memang jauh tetapi pusing-pusing masuk kat kembara halangan jer. Hampeh! Malamnya wira tidak ada jalan malam tetapi persembahan tanpa suara. Tamatnya wirajaya, ada pergaduhan lagi. Ada sorang tu melalak macam tak sedarkan diri. Kali ini bergaduh secara besar-besaran. Ramai yang terlibat macam pesta pulak.

19/08/2009
Ceramah PDRM. Polis ler datang sini memberi ceramah jenis-jenis jenayah antaranya rogol, ragut, mencuri, bunuh. Jenayah yang paling popular adalah jenayah rogol. Bagaimana mengelakkannya? Pastikan tidak ada orang lain dalam kereta, waspada melihat orang yang mencurigakan, nak guna kenderaan awam mesti ada wanita lain dan berteman bila nak guna lif. Tapi dia lupa ada seperkara lagi iaitu pakai tudung labuh dan pakaian sopan! !#$*&%. Penutup kenegaraan.

21/08/2009
Ceramah kesihatan. Pengenalan tentang penyakit HIV dan H1N1. Ada gambar panas turut ditunjuk bagaimana !#$%^&* yang telah terkena penyakit. Hilang terus nafsu aku kat wirawati. Ceramah AADK. Tayangan video kisah Ina seorang pesakit HIV. Kemudian ada urine test. Malamnya adalah makan besar bagi kompeni Charlie. Esok kan nak puasa, semua hamper yang diperolehi dijadikan pra sahur. Cara makannya adalah siapa cepat dia dapat. Belum sempat dua saat habis meja kosong. Aku sempat makan dua butir kuih yang disediakan oleh jurulatih. Kek dan kuih yang lain habis berkecai jatuh ke tanah di lontar ke muka-muka pelatih. Terkebil-kebil jurulatih wanita melihat kuih yang dibuat penat-penat hancur. Apa lagi menangislah cikgu tu. Rakyat Malaysia memang mewah makan.

30/08/2009
Program integrasi. Beberapa minggu itu belajar tentang kebudayaan, keagamaan masing-masing Cina, Melayu, India dan Asli. Belajar juga peranan lelaki dan wanita. Kaum India yang keluar sembahyang mengambil kesempatan minum arak. Baliknya mabuk-mabuk seperti kanak-kanak rebena. Gaduh lagi antara Cina dan Melayu. Semakin hampir nak balik, semakin menjadi-jadi anak-anak bangsa kita ini. Terguris perasaan Ketua Jurulatih (KJ) sehingga berkurung bilik beberapa minggu akibat sikap pelatih yang tidak ada kerjasama. Hari-hari kami disana sangat tidak bermakna tanpa dia. Dialah jurulatih yang paling aku suka. Malamnya adalah sambutan hari kemerdekaan yang ke-52. Sambut kat padang kawad jer sebab tak dibenarkan keluar kerana H1N1. Tengok ler bunga api.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment