Friday, May 29, 2009

Islam Hadhari

Lagi kisah buang bayi. Lagi satu, satu kes seperti ini berlaku. Remaja semakin berani, dosa pahala dia tolak ke tepi. Masa sekolah bukan untuk belajar lagi tapi masa untuk cari pasangan. Ibu bapa sibuk mengejar wang dan pangkat. Macam cerita 'anak halal' la. Saudara pernah tengok? Kalau belum mari kita pakat-pakat tengok. Kelmarin kita dikejutkan dengan kes buang bayi. Bayi yang ditemui dalam keadaan tebungkus dengan selendang putih tidak bernyawa lagi. Ibu yang tidak berperikemanusiaan ini telah membuang mayat lelaki ini di perkarangan rumah pekerja yang menemui mayat tersebut. Selain itu juga terdapat satu nota terselit di pintu pagar rumah pekerja berkenaan. Dalam nota itu tertulis:

"tolong kebumikan, terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian. Saya hargai pertolongan anda"

Hari ini kita dikhabarkan bahawa ibu kepada bayi tersebut ialah seorang remaja yang berusia 16 tahun. Berani ini anak mengaku. Dah la maruah tergadai, mengaku pulak tu. Nah! inilah generasi yang dilahirkan Islam Hadhari di mana puak-puak UMNO dok pertahankan sangat. Mengikut keterangan remaja ini iaitu ibu kepada bayi tersebut, beliau telah dirogol sehingga mengalami kehamilan. Tetapi kandungan ini dirahsiakan. Dah tak mau kena rogol macam mana kalau kita bergaul bebas dengan bukan muhrim. Pegang tangan macam pemimpin UMNO sorang tu la. Buka aurat macam bini pemimpin hak tu la. Alangkah bagus kiranya anak gadis berkurung di dalam rumah bagi mengelakkan kejadian rogol atau zina dan sebagainya dari berlaku. Tetapi apa yang menjadi contoh Islam Hadhari ini tidak boleh dipakai. Dan ini sering menjadi pertikaian para ulama. Mengapa harus ada Islam Hadhari? Islam moden? Islam baru? Adakah Islam pada zaman Nabi dahulu sudah lapuk dan ketinggalan dek zaman? Jika itu benar, mengapa UMNO tidak jadikan solat tiga kali sehari? Kenapa tidak jadikan puasa dibenarkan minum secawan air? Dengan alasan dan hujah-hujah tertentu.

Thursday, May 28, 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi

Selamat bercuti abang ucapkan buat adik-adik kanak-kanak rebena. Maklumlah cuti ini sudah menjadi kegembiraan buat anak-anak kita. Bagi mereka, cuti ini adalah masa untuk bermain. Tak ada cuti pun main jugak. Biasa ler tu. Teringat pada masa abang sekolah dulu-dulu, bila sekolah jer mesti nak cuti, bila cuti jer mesti nak cuti jugak. Apa tidaknya, masa sekolah rendah dulu kerja cikgu bagi banyak. Tak buat kena marah berbeza dengan sekolah menengah. Dulu masa sekolah rendah rasa dah besar jer walaupun darjah tiga. Sekarang dah naik tingkatan 6, tengok kanak-kanak ni kesian jer. Bawa beg besar-besar. Cikgu bila dah marah macam nak lawan tomoi jer dengan budak-budak ni. Ada ke patut? Nak ajar tengok orang la sikit. Tu kan budak kecik. Semakin negara mengalami kemajuan, semakin kerdil budak-budak ini. Lihat saja pelajar tingkatan satu, macam darjah dua jer. Kalau dulu kita tengok pelajar tingkatan satu sudah besar dan matang tapi sekarang macam siput sedut. Apakah puncanya? Mungkin juga faktor pemakanan mereka. Dewasa ini banyak pengeluaran makanan segera yang diragui kehalalannya. Kita perlu bijak memilih. Kalau semak kat JAKIM terlalu banyak makanan yang disenaraikan yang boleh memudaratkan. Persoalannya mengapakah makanan ini masih dikeluarkan?

Ayam yang kerap kita makan hari-hari juga dicurigai. Hal ini kerana ada ayam yang mengandungi enzim babi. Pihak yang tidak bertanggungjawab memberikan makanan kepada ternakan ayam ini yang diperbuat daripada lemak babi supaya ayam menjadi gemuk dan segar. Para pengguna dinasihati memilih barangan dengan berhati-hati terutama bagi makanan segera. Kita juga tidak boleh menolak ini adalah salah satu perbuatan yahudi kafir untuk merosakkan umat Islam khususnya. Tidak hairanlah jika dunia sekarang mengalami kehancuran. Umat Islam semakin mundur dan ditindas. Minda generasi baru dipengaruhi budaya kuning mereka. Yahudi sedikit demi sedikit mengalami kemenangan.

Wednesday, May 27, 2009

Permintaan Terakhir

Atas permintaan Si Ngok Ngek itu sendiri, saya terpaksa jugalah menulis lagi cerita mengenainya. Suara rakyat suara keramat. Oleh itu kita kena bersikap adil. Remaja ini meminta untuk menyiarkan lagi kisah hidup dia, saya akan memenuhi permintaannya di samping ingin membuat sedikit pembetulan berikutan penafian beliau tentang kenyataan yang saya tulis baru-baru ini. Apa yang remaja ini nafikan ialah mengenai hubungan seksual. Mereka tidak melakukannya kerana masing-masing tidak mahu lakukannya. Remaja perempuan ini menolaknya kerana faktor usia yang masih muda, tidak bersedia menjadi ibu dan mempunyai hala tuju yang masih panjang. Manakala suaminya menolak kerana faktor masih belajar dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Selain itu kerana tidak ada nafsu. Memang la, bersama orang yang tidak kita cinta masa bila nak ada nafsu. Lagi pula, remaja perempuan ini tidak menunjukkan sebarang keghairahan di mata suaminya. Apa yang menarik bagi saya, si suami ini sudah berani membawa balik perempuan ke rumahnya. Kita jaga bagai 'menatang minyak yang penuh' dan di anak emaskan, berani dia buat macam ni. Belakang parang. Sudah tentunya perempuan itu adalah kekasihnya. Perbuatan ini boleh membuatkan mana-mana isteri berang atau sedih. Tetapi Si Ngok Ngek pelik sedikit dan tidak seperti wanita normal yang lain. Salah ibu mengandungkah? Dia tidak marah atau sedih sebaliknya rileks dan cool sahaja. Dia lari meninggalkan mereka berduaan seperti menggalakkan perlakuan sumbang di antara mereka.

Kami remaja bencikan maksiat. Perbuatan suami dan kekasihnya serta juga remaja perempuan ini amat dikesali buat saya sebagai rakan reformasi. Kami di kelab reformis mentang keras kemaksiatan yang semakin menular di kalangan generasi muda dewasa ini. Apa yang dilakukan mereka kita tidak tahu. Tetapi saya tidak buruk sangka, si suami hanya mahu berbual-bual dan minum-minum kopi bersama temannya sahaja barangkali. Sebelum itu juga, remaja ini telah meluahkan kepada saya bahawa dia langsung tidak cinta pada suaminya. Dia hanya menjadi mangsa keadaan. Memang betul dia lahir dengan kemewahan. Bapa dia seorang menteri. Ibunya pula seorang pensyarah. Tetapi ini semua sangat tidak bermakna buat dirinya kerana harta yang banyak tapi nak topup pun tak boleh. Kata ibunya, jangan kita membazir. Sudah ada suami mau apa lagi kredit telefon. Remaja perempuan ini hanya mahukan kasih sayang yang sebenarnya. Dia tidak faham mengapa hidup dia penuh dengan dugaan. Pada pemerhatian saya, remaja ini hanya menjadi alat spanar oleh keluarganya sahaja demi kepentingan peribadi. Tetapi sangat padanlah dengan dirinya. Nak kata kesian, tak jugak. Hanya iman dan akhlak yang baik sahaja dapat bawa kita kemana-mana. Tetapi kepada Si Ngok Ngek, saya tak rasa begitu.

Kah kah kah.

Tuesday, May 26, 2009

Tragedi

Hari ini seperti biasa awal jam 7.00 pagi, sahabat saya akan datang ke rumah menjemput saya bersama-sama ke sekolah. Kali ini kami ditemani seorang lagi sahabat yang baru sahaja untuk memasuki tingkatan 6 buat kali pertamanya. Jarak dari rumah ke sekolah kira-kira 27KM. Kami bertolak kira-kitra jam 7.15 pagi. Langit sudah membiru, matahari mula menegak, perjalanan kami agak perlahan, penuh kesabaran dan jiwa yang tenang. Hal ini dikhuatiri oleh sahabat kami ini. Maklumlah pertama kali ke sekolah baru, tidak tahu persekitaran sekolah. Masuk pukul berapa, rehat pukul berapa dan pulang pukul berapa. Mesti mau ikut peraturan. Jadi dia suruh kami bawa motor cepat sikit. Kami tidak mudah termakan dengan kata-kata, saya kata 'biar lambat, asalkan selamat'. Tiba di persimpangan, kelihatan lebuh raya tidak begitu sibuk. Tetapi malang tidak berbau, sikap sahabat ini yang terburu-buru, yang niat untuk belajar bertukar tragedi. Akibat tidak pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan akhirnya membawa kepada kemalangan. Kejadian ini turut disaksikan penduduk berhampiran di mana sahabat saya terpelanting dan tergolek-golek di atas jalan raya. Mujur sahaja tidak ada kenderaan berat di situ. Saya sedikit terkaku, dalam masa yang sama lantas tanpa membuang masa menghampiri sahabat dan seorang pemuda yang terlibat meraung-raung kesakitan. Keadaan pagi itu sekelip mata menjadi sibuk dan banyak sekali kenderaan berbaris panjang.

Saya difahamkan, sahabat saya ini mengalami kecederaan yang serius pada organ dalaman dan patah pada kedua-dua belah kakinya. Mungkin juga ia benar kerana saya tidak nampak kecederaan yang serius pada luarannya tetapi mukanya pucat dan tidak bermaya. Memandangkan cuma kami sahaja sahabatnya di situ, kami diarah untuk memberitahu khabar buruk ini kepada ibu bapanya. Saya juga sempat merakam keadaan di sini pagi tadi. Sila klik disini untuk menonton video. Selesai memberitahu ibu abapanya, kami bergegas untuk ke sekolah. Keadaan di tempat kejadian itu menjadi lengang. Saya diberitahu sahabat ini dibawa ke hospital keran tidak sedarkan diri. Apa yang menjadi persoalan saya, mengapakah kerajaan tidak mengambil langkah mencegah kemalangan jalan raya? Walhal masyarakat sedia maklum bahawa kadar kemalangan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Lebuh raya yang sibuk seperti itu sepatutnya diletakkan lampu isyarat. Tetapi mengapa kerajaan tidak peka dengan situasi ini?

Terdapat banyak kes kemalangan jalan raya. Ada yang berpunca dari sikap individu itu sendiri dan faktor kenderaan mereka. Tetapi faktor persekitaran itu juga penting. Kerajaan UMNO Barisan Nasional lebih mementingkan kemajuan pembangunan. Mereka tebang balak dan kesannya sangat mendalam. Perbuatan ini boleh membawa kepada jerebu sehingga menghalang pandangan pemandu. Selain itu juga hujan yang berterusan menyebabkan jalan licin dan terdapat juga kerosakan pada permukaan jalan. Bala seperti ini kadangkala kita tidak boleh menolak yang ianya datang dari Allah sebab perlakuan pemimpin-pemimpin kita juga. Terlalu banyak rasuah, pecah amanah, menggalakkan maksiat yang datangnya dari kalangan pemimpin UMNO. Jadi puak-puak UMNO ini harus sedar dan bertaubat, Sesungguhnya hidupku, matiku hanya pada-Mu Ya Allah.

Monday, May 25, 2009

Cerita Si Ngok Ngek

Oleh sebab pendedahan daripada sumber-sumber terdekat, makanya remaja perempuan ini telah dapat mengesan laman blog saya. Beliau tidak tersentuh atau marah dengan pendedahan yang saya lakukan ke atasnya, sebaliknya menaruh harapan untuk berkongsi cerita ini buat anda semua. Cuma apa yang dikesalkannya ialah pendedahan pada laman komuniti Tagged yang terdapat foto-foto beliau. Kerana itulah jika anda klik pada link tersebut, akaunnya sudah ditamatkan. Saya mohon maaf di atas perkara tersebut. Berikutan pasangan yang ditentukn oleh ibu bapa mereka, masing-masing pasangan suami isteri ini tidak membantah, malah tidak berani sama sekali melukai kedua orang tuanya. Mereka melalui kehidupan pahit tanpa diketahui ibu bapa masing-masing. Walaupun mereka nampak cool, tetapi bagaikan tawa dalam tangisan. Berkat iman di dada, mereka tetap juga tempuhi suka duka bersama. Mereka sanggup berkorban menggadai nikmat semata-mata demi orang tuanya.

Saya cuba bertanya sedikit sebanyak mengenai hubungan mereka yang terjalin sekian lama. Apa yang remaja ini jelaskan, hubungan mereka baik dan semakin akrab. Mereka mula mengenali antara satu sama lain dan bawa berbincang apa jua perkara. Si suami juga jelas beliau, bertindak adil dan tidak lupa memberi nafkah zahir. Suaminya juga tidak kerap lagi makan di luar bersama rakan-rakan yang lain. Dia mula bertukar selera makan nasi bersama isteri di rumah dengan berlaukkan ikan masin. Kesempatan ini digunakan Si Ngok Ngek sebagai tanggungjawab seorang isteri. Walaupun hubungan mereka tidak seperti dulu lagi, tetapi masih belum ada perasaan cinta di dalam hati pasangan ini. Pada pemerhatian saya, remaja perempuan ini mungkin telah melakukan kesilapan kerana tidak mahu tidur bersama suami. Yang mana lahirnya dia daripada tulang rusuk suami dia la jugak, syurganya terletak di bawah tapak kaki suami la jugak. Adakah dia masih belum sedar diri? Apakah kerana tidak ada perasaan cinta, sanggup membiarkan suami tidur bersendirian? Yang penat lelah bekerja demi menyara kehidupan dia la jugak. Walhal apa yang diminta remaja ini, semuanya diberikan oleh suami. Adakah remaja ini di antara orang-orang yang tidak bersyukur?

Saya tidak bermaksud untuk menyalahkan beliau. Adapun kisah ini sengaja beliau ceritakan untuk para pembaca sekalian cuma kesempatan ini saya gunakan untuk mereka yang mengalami nasib yang sama supaya akur dengan ketentuan Ilahi. Pernahkah anda menonton cerita I'm Not Single arahan Pierre Andre? Kalau belum pernah mari kita pakat-pakat tengok. Cerita ini jelas menunjukkan ketabahan si suami walaupun menerima nasib yang sama. Kisah hidup malang remaja ini juga boleh kita jadikan panduan. Mereka tidak pernah bercinta, tidak pernah bercium, berpegangan tangan atau melakukan maksiat. Tidak seperti remaja lain sekarang ini yang berpegangan tangan pada mulanya, berzina seterusnya membuang bayi. Saya berharap agar hubungan remaja ini bersama pasangannya akan bahagia sehingga ke anak cucu. Ingatlah, tidak ada yang lebih baik melainkan bercinta selepas berkahwin.

Sunday, May 24, 2009

Umno Tolak Hukum Hudud

Isteri ketua jurulatih pasukan beregu badminton negara Rexy Mainaky cedera di tangan kiri setelah terseret dalam kejadian ragut oleh dua lelaki di sini kelmarin. Mereka tiba-tiba didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motorsikal lalu meragut beg tangan Henny sehingga berlaku pergelutan menyebabkan isterinya itu terseret dan mengalami kecederaan di tangan kiri, lapor Bernama hari ini.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah peningkatan kadar jenayah. Tidak kira sama ada ragut, rogol, rompak, bunuh atau sewaktu dengannya semakin kritikal dewasa ini. Oleh sebab itu pihak bertanggungjawab harus memainkan peranan dalam mencegah perkara seperti ini dari terus berlaku. Tetapi apa puncanya? Ibu bapa? Rakan sebaya? Pemimpin? Semua manusia tidak mahu ada kerosakan dan gejala seperti ini berlaku di negara ini. Tidak kira dari mana kerajaan sama ada UMNO, PKR dan Pas. Tidak mahu. Tetapi di mana silapnya? Saya lebih mengenengahkan permasalahan ini adalah dari salah laku pemimpin. Tidak kiralah ibu bapa, guru mahupun pemimpin negara. Utamanya perkara ini berlaku akibat kurang didikan agama. Ini salah satu punca yang memang 98% sahih. Mereka ini rakan-rakan istimewa mungkin tidak berpelajaran, tidak mempunyai pekerjaan atau apa-apa jualah. Salah siapa? Jika kita katakan bahawa mereka ini tidak dihantar ke sekolah, adakah guru yang salah? Jika ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah akibat kemiskinan, lagi mau cakap ibu bapa ke salah? Apapun pemimpin negara yang bikin masalah.

Kerajaan UMNO sudah 51 perintah. Dia pegang ini negara. Media dia kawal. Apa yang dia buat? Kita lihat di media sekarang ini, banyak sekali program tv yang melalaikan seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, konsert-konsert Jom Heboh dan sebagainya. Saya tidak katakan ini sebagai punca jenayah meningkat walaupun ada pengaruh sedikit sebanyak, tetapi mengapa harus perbanyakkan program maksiat seperti ini? Alangkah baiknya jika disiarkan ceramah agama para ulama seperti Tok Guru Nik Aziz, Haron Din atau ulama-ulama yang lain. Persoalannya mengapakah kebanyakan para ulama adalah terdiri daripada pemimpin Pas? Ini yang problem ni. Kita berceramah sepanjang hari bukan sahaja politik, ada disiarkan? Ini yang dikatakan media tidak bersikap adil. Saya cuba menemu bual beberapa orang rakyat, yang pro kerajaan ada, yang tak ambil port politik pun ada. Komen mereka, tidak ada info, bercakap kosong tetapi dalam masa yang sama degil dan keras kepala. Kalau kerosakan akhlak semakin meningkat, adakah wajar kita katakan ianya adalah umat akhir zaman yang tidak ada sebarang amar maaruf dan nahi mungkar? Jika akhir zaman ini umat Islam tidak lagi memperjuangkan Islam, adakah kita mahu terdiri daripada orang-orang yang tidak memperjuangkan Islam? Jika Islam akhir zaman adalah Islam Hadhari, yang membenarkan judi, membenarkan tidak menutup aurat, membenarkan pergaulan bebas dengan bukan muhrim, adakah kita mahu bersama ahli-ahli neraka?

Sama-sama kita fikirkan.

Saturday, May 23, 2009

Kahwin Gantung

Kahwin paksa ini biasanya berlaku pada masyarakat dulu-dulu. Hal ini kerana mereka tidak mengenal erti cinta. Mereka lebih bersopan santun dan menerima seadanya bakal calon masing-masing. Ibu bapalah yang menjadi tunjang utama ikatan perkahwinan. Masyarakat dulu juga mengamalkan perkahwinan pada usia muda. Persoalannya masih adakah kahwin paksa atau kahwin pada usia muda di zaman era teknologi dimana manusia sibuk mengejar wang? Sekiranya ada, ia mungkin memalukan, Mereka yang berkahwin awal mungkin akan dipandang serong oleh masyarakat yang berpandangan negatif atau buruk sangka. Dewasa ini sering berlaku kes rogol, buang bayi malahan zina juga sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi khususnya muda mudi kini. Siapa yang harus dipersalahkan? Mungkin kerana faktor ini masyarakat memandang negatif kepada mereka yang berkahwin awal secara paksa. Sekiranya zaman ini ibu bapa masih menentukan calon anak mereka, pasti akan disangkal oleh remaja yang memilih untuk hidup bersama pasangan masing-masing. Tidak hairanlah jika banyak kes hilang dan lari dari rumah semenjak ini. Ibu bapa mudah-mudah menfailkan anaknya diculik.

Saya berkenalan dengan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun. Saya difahamkan bahawa ini anak adalah anak seorang menteri. Menteri apa? Itu rahsia. Sekarang beliau baru sahaja berkahwin dengan seorang jejaka dalam lingkungan 20-an. Dalam cerita dia, bukan berkahwin kerana cinta tetapi persepakatan daripada ibu bapa dan mertuanya. Oleh sebab tidak mahu mengecewakan ibunya dan dorongan yang kuat oleh abangnya, maka dia terpaksa menerimanya. Saya cuba bertanya sedikit sebanyak kehidupan berumahtangga tetapi cerita hidup dia langsung tak best. Remaja perempuan ini atau lebih dikenali dengan nama Si Ngok Ngek masih lagi dengan zaman keremajaanya. Pemalas sudah menjadi lumrah alam. Segala makan pakai suami tidak terjaga sepenuhnya. Tetapi shopping selalu itu yang tak tahan. Kehidupan mereka hanya sandiwara di hadapan ibu bapa masing-masing sehinggalah mereka berpindah rumah dan hidup berasingan daripada ibu bapa.

Sebagai lelaki gentleman, sudah tentunya tidak tahan dengan kelakuan isteri yang kurang memuaskan. Hanya iman sahaja yang menentukan. Nak bagi penampar itu tidak mungkin sekali kerana kita lelaki gentleman. Jadi buat la hal masing-masing. Bergaduh tetap bergaduh. Mereka cuba ingin saling menyayangi tetapi tidak berhasil. Di rumah baru, mereka mula tidur berasingan. Tetapi persoalannya, sudah lama hidup bersama tetapi belum pernah melakukan hubungan kelamin. Boleh percaya ke cerita dia ni? Sekiranya perkara ini benar berlaku, kahwin yang ditentukan ibu bapa sudah tidak lagi relevan dewasa ini. Jadi ibu bapa harus mengikuti zaman dan menerima hakikat bahawasanya kita sekarang di dalam era pembaharuan perubahan. Cerita Si Ngok Ngek (bukan nama sebenar) tidak berhenti di sini sahaja. Saya akan mencungkil kisah remaja ini selanjutnya di lain masa, lain ketika. Saudara boleh menghubungi beliau pada link ini http://www.tagged.com/profile.html?uid=5412121398

Wassalam.

Friday, May 22, 2009

Tension Aku Datang Lagi

Tension aku datang lagi. Mana tidaknya masa nak exam SPM, banyak masalah aku hadapi. Pindah rumah lah, balik kampung lah, kakak kahwin lah. Jadi nak study pun tak sempat. Jem kepala otak. Tapi itu tidak mengapa, aku sentiasa rock dan cool jer. Tapi lepas tu pulak, nak masuk exam pun masalah, ada ke patut nama aku tak tersenarai dalam SPM 2008. Dah nak buat macam mana kesilapan teknikal yang sengaja dirahsiakan. Tapi itu tidak mengapa. Tapi kan, bila dah tak terdaftar nama aku, nak isi borang apa-apa pun masalah jugak. Terkejut jugak bila nama aku tak ada dalam pengkalan data. Nak isi Matrik tak boleh, nak isi UPU pun tak dapat.

Keputusan SPM keluar. Aku dapat masuk ke tingkatan 6. Pengajianku di sekolah baru amat baik bila tidak ada sekatan disiplin dikenakan buat para siswa dan siswi. Aku ditempatkan di kelas yanh kelima iaitu sastera. Walaupun aku tak belajar sastera, tapi otak aku memang otak sastera. Tetapi aku tak faham kenapa aku ditempatkan di kelas yang kelima. Aku cukup tension bila aku dikelaskan bersama-sama pelajar yang nakal. Bila dah ada kepala, kelas pun akan bising. Bila dah bising, tumpuan akan hilang. Tapi aku tak hairanlah sebab aku tahu aku di kelas yang kelima. Aku perhatikan kelas aku jarang cikgu yang masuk. Mana tidaknya, kelas pun terpinggir. Kalau masuk pun, berbual je banyak. Dia tak fikir yang kita punya semangat ni.

Baru nak start belajar, sampai dah surat. Bukan surat ke IPTA, bukan surat jadi peguam atau sebagainya tetapi surat daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Aduh! bikin problem betul. Aku nak tanya Dato Najib, apa matlamat dia buat benda ini? Membentuk jati diri, ini yang biasa aku dengar. Dari jawapan salah seorang sumber, PLKN best. Kalau pergi mesti tak nak balik punya. Dapat ramai kawan, bergelak ketawa, sedar tak sedar kena Influenza A(H1N1), dan yang paling best, dapat awek. Habis kalau macam ni punya jawapan, hebat tang mana PLKN ni? PLKN yang diwujudkan di bawah Akta Latihan Khidmat Negara bermula 2003 bertujuan melahirkan remaja yang lasak, tidak pasif dalam pergaulan, hidup kendiri dan merentasi batas antara kaum. Konsep PLKN juga bertujuan membentuk peribadi remaja untuk menjadi warga yang waras dalam hubungan sesama manusia dan patriotik kepada negara.

Mana kesan dia kepada negara? Jenayah dan kerosakan akhlak semakin meningkat. Tidak ada salahnya tetapi alangkah baiknya program ini ditubuhkan kepada mereka yang tidak bersekolah. Hakikatnya PLKN ini menyusahkan. Hari ni aku dapat tawaran ke PLKN. Mahu penjara ke? Mahu rasuah RM600 ke, atau mahu tangguh? Aku sedang berfikir.

Monday, May 18, 2009

Rasulullah Adalah Ahli Politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekaligus merupakan seorang pemimpin dunia Islam? Adakah sebagai seorang pemimpin kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada agama Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya baik di Mekah ataupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyur (semasa Rasulullah masih di Mekah),

"Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan segala urusan (dakwah) ini hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak aku tinggalkan." (HR At-Thabari)