Saturday, March 3, 2012

Lynas : Najib Tak Faham


Najib semalam mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas akan ditempatkan berjauhan dari penduduk.. aik? takut hilang undi ke? Meskipun bukti saintis antarabangsa mengatakan projek nuklear ini selamat tetapi kalau dah rakyat taknak tu, taknak la jugak.. Tak payah susah-susah pindah tempat lain tetapi tutup saja kilang tu..

Judi kita akan benarkan kepada orang yang bukan Islam.. arak juga tidak akan dijual pada orang Islam.. Tapi yang buat mari masuk jugak tu apa kebendanya lagi? Kita tak sokong keruntuhan moral.. tapi pusat hiburan berlambak-lambak.. Kerajaan BN adalah bebas dari rasuah dan penyelewengan.. Sharizat Jalil bila nak letak jawatan? UMNO tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.. Kapal dagang Israel masuk tu untuk apa? melancong ke?

Jadi yang namanya manipulasi sekarang ni bukan pembangkang.. Tapi UMNO yang duk manipulasi cerita.. ini soal kehendak rakyat.. Kalau pun Lynas dipindah jauh-jauh belum tentu rakyat bersetuju.. Pencemaran alam dan sebgainya... tapi kita masih tak faham-faham dulu, kini dan selamanya..

KDC : Tapi betul jugak slogan Najib sekarang ni.. Rakyat didahulukan, kita jaga hati rakyat dengan pindahkan saja projek Lynas di tempat yang jauh.. Pencapaian diutamakan.. Jauh-jauh pun projek mesti jalan punya.. kiki ~