Sunday, November 6, 2011

Pertengahan Permulaan



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita menyambut hari raya Eidul Adha dan menikmati daging-daging yang telah siap dikorbankan. Hari raya korban ni la hari raya yang paling menyenyangkan. Raya umah ni makan nasi.. raya umah sana makan nasi..  Jadi makan la puas-puas selagi nyawa di kandung badan.

Tukar topik, rasanya pilihanraya pun bakal mendatang beberapa hari lagi.. Betul ke beberapa hari lagi? Bukan ke kata Najib pilihanraya akan dibuat pada 11/11/2011? yess itu tarikh yang menarik sekali.. Bagus juga idea Najib ni.. Kelas, fantastik dan sistematik.. Tapi seeloknya buat pilihanraya tahun depan la. Tu pun kalau nak kalah banyak.

Tak kisahlah sama ada pilihanraya tahun ni ke atau tahun depan ke, janji aku tak boleh mengundi lagi.. Kalau la pilihanraya tahun depan, pasti aku dah boleh mengundi, itu pun kalau ikut tahun.. kalau ikut bulan memang sah la tak boleh.. Walaubagaimanapun, saya amat yakin, pilihanraya 2012 adalalah tarikh keramat yang akan kita menyaksikan tumbangnya kerajaan zalim UMNO Barisan Nasional. Sila rujuk balik posting sebelum ini iaitu teori mengarut aku pada link ini Teori 21/12/2012.

Jadi kerana terlalu berat memikirkan masalah negara sehingga aku mengidap penyakit Insomnia, jadi aku buat keluar balik teori mengarut aku yang bercanggah dengan posting sebelum ini tapi ada hubung kaitnya.. Walaupun teori 2012 aku membenarkan untuk kerajaan UMNO kalah, tapi itu adalah mustahil.. Saya percaya, kerajaan Islam khususnya Pas dan umumnya Pakatan Rakyat akan menang besar menjelang pilihanraya ke-13.. Tetapi, 80% adalah kalah.. Ini bermakna, kerajaan Pakatan Rakyat masih belum mampu menawan Putrajaya..

Kenapa saya berkata begitu? kerana dunia kita sekarang ini hanyalah permulaan.. Islam masih lagi di tahap bawah mundur berbanding masa-masa yang akan mendatang tidak lama lagi.. Kezaliman pemerintah pada abad ini hanyalah permulaan.. Kerajaan UMNO adalah penerus bagi kerajaan-kerajaan zalim tidak lama lagi.. Nantikan keruntuhan negara apabila Khairy Jamaludin menjadi perdana menteri..

Islam masih belum menang.. Segala kerakusan, penyelewengan, fitnah, penindasan dan kezaliman ini adalah pertengahan di antara permulaan.. Anda faham apa yang saya maksudkan? Permulaan dunia kita masih pada suku awal.. Seterusnya pengakhiran permulaan, tanda-tandanya akan tiba..

Peringatan : Saya percaya, sekiranya kerajaan Islam di negara ini memperolehi kejayaan, seluruh negara di Asia Tenggara akan mengalami perubahan politik yang sama. Sudahkah anda dapat bagaimana Indonesia dan Singapura?