Thursday, December 15, 2011

Mahasiswa Terus Dikekang Kebebasan Berpolitik


Kita sering mengharapkan anak-anak muda khususnya mahasiswa bergiat dalam parti politik. Mana-mana parti politik menggunakan generasi baru ini sebagai perkara utama menentukan nasib negara ini kelak.. Parti UMNO mendidik generasi muda ini dengan program-program belia untuk menawan hati pemuda-pemuda kita ini.. Tidak kurang hebatnya bagi pihak pembangkang khususnya Pas, mendidik anak-anak muda dengan ajaran Islam dan slogan 'orang mude geng kita' dengan mendekatkan diri dengan alim ulama.. Sudah tentulah kita yang berada di pihak pembangkang amat bertuah sekali kerana pemimpin-pemimpin kita ini berjiwa rakyat.. Ini adalah antara perbezaan Pas dan juga UMNO..

Di dalam dasar Pakatan Rakyat, kita mengamalkan demokrasi yang menyeluruh.. Kita memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk bertindak bersuara dalam parti politik.. Malangnya, kerajaan UMNO tidak sepertimana yang kita harapkan.. Baru-baru ini Najib bertindak memberi tekanan kepada Barisan Nasional berkaitan pindaan AUKU yang membenarkan pelajar mahasiswa menyertai parti politik.. Akhirnya yang dicanang itu hanya kata-kata..

15 orang mahasiswa telah ditahan dalam demontrasi menuntut kebebasan akademik adalah bukti ketidak terbukaan Dato Najib meminda AUKU.. Mengapa perlu ditahan lagi? Kalau ingin meminda, pindakan saja.. kalau belum bersedia, bukan pemimpin yang baik menzalimi rakyat yang dahagakan demokrasi... UMNO begitu takut dengan mahasiswa kerana yang sering mereka peralatkan itu ialah golongan-golongan veteran yang masih bergantung hidup kepada kepercayaan media UMNO.. Kebebasan mahasiswa disekat, berbagai agenda yang telah mereka lakukan seperti video sembang rakyat yang banyak mengkritik dan menghina hukum hudud..

Isu NFC dengan lagak perempuan puaka kedua yang hilang adab, tidak lain hanyalah menidakkan lagi sokongan rakyat kepada UMNO.. Faktor inilah menyebabkan kesedaran antara pemimpin tertinggi UMNO menyarankan supaya mereka ini bertindak melepaskan jawatan bagi menstabilkan UMNO yang kian rapuh.. Segala perkara yang berlaku ini adalah bukti ketakutan UMNO menjelang pilihanraya yang ke-13 pada tahun hadapan..

Peringatan : UMNO perlu terima suara rakyat walau apa jua sekalipun sama ada mereka penentang atau pendokong kalau mahu selamat.. kalaupun kezaliman yang digunakan itu masih tidak menyelamatkan UMNO malahan kebencian terhadap UMNO kian bertambah.. Buat baik dibenci, buat jahat pun dibenci.. Jawabnya lebih baik buat baik itulah yang lebih baik..