Thursday, June 4, 2009

Menanti Kelahiran Pertama

Kebanyakan mereka yang lahir anak luar nikah ini biasanya dari kalangan bawah umur. Mereka hanya bersuka-suka tanpat berfikir akibat atau kesan buruk. Mereka ini kalau mengikut hukum hudud, berzina dikenakan 100 sebat bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Malangnya hudud ditolak oleh kalangan pemimpin yang jahil. Kerana apa? Kerana kerajaan sekarang ini dia takut dengan kebenaran. Mereka mahu maksiat berleluasa, mereka mahu jenayah meningkat, mereka mahu rasuah, mereka mahu bom orang, mereka mahu buat zalim dan berkuasa melebihi hudud.

Di saat kebanyakan remaja ini membuang bayi tetapi masih ada yang memerlukan. Alangkah malang bagi mereka yang membunuh anak sendiri. Mereka ini adalah orang-orang yang zalim. Hari ini, perut semakin membesar, bukan perut saya, tetapi perut kakak saya yang telah mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun. Dia yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) terpaksa mengambil cuti bersalin selama dua bulan dan dijangka akan melahirkan anak pada 07/06/2009 ini. Kelahiran anak sulung amat dinantikan terutama bagi saya sebagai bakal bapa saudara. Maklumlah saya belum pernah ada adik sudah semestinya ingin merasainya walaupun anak saudara.

Jika saya ada adik, sudah tentunya saya akan didik dia dengan baik. Kita mahu jaga generasi muda ini supaya berakhlak. Sangat tidak wajarlah jika kita berkelakuan kasar terhadap adik-adik. Saya tidak kata juga anak-anak perlu dimanjakan. Kasih sayang ibu bapa amat berbeza dengan ahli keluarga yang lain tidak kiralah adik beradik, pakcik makcik dan lain-lain. Biarlah ibu bapa sahaja yang menghukum. Kita sebagai abang, kakak lain pula peranan. Kadang-kadang kita tidak pernah fikir perasaan mereka. Kita menggunakan kuasa dan pangkat untuk menindas mereka. Kalau kita bertindak kasar bertujuan mengajar tidak mengapa. Mungkin di usia masih kecil itu wajar kita bertindak kasar tetapi bila meningkat remaja, kaedah ini tidak boleh dipakai lagi. Mereka ada ilmu dan boleh berfikir baik buruknya. Masalahnya kita yang seakan-akan mahu membuli dan mempermainkan mereka. Bila mereka melawan dan bersuara, kita kata dia kurang ajar seperti tidak ada kebebasan bersuara. Biasanya yang selalu ditindas ialah anak bongsu sahaja. Kita mungkin merasakan mereka ini tidak penting dan tidak boleh dibawa berbincang. Tetapi mereka bukan binatang yang tidak mempunyai perasaan. Binatang pun ada perasaan. Mungkin kita cemburu dan iri hati dengan mereka ini kerana selalu diberi kelebihan oleh ibu bapa. Hal ini sangat saya simpati.

Kita harus sedar walaupun kita ini seorang doktor ke, polis, bomba, jurutera, guru disiplin, guru kaunseling atau kerani seharusnya berfikiran positif. Kalau waktu kecil kita sering marah dan pukul mereka, di waktu mereka meningkat remaja juga kita melakukan hal yang sama, kamu fikir dia akan salut pada kita? Lawan tetap lawan!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment