Friday, March 26, 2010

Mengapa Keadilan? (Edisi Khas) Wahai Saudaraku!

Apa yang membezakan perjuangan kita ini ialah bersih dari segi moral dan akhlaknya. Tok guru Nik Aziz adalah seorang pejuang Islam. Anwar Ibrahim juga seorang pejuang Islam. Jadi penyokongnya juga harus faham dan ubah diri. Ramai yang tidak faham dan ego tanpa sedari prinsip perjuangan yang sebenarnya. Lebih baik menegur ahli sendiri yang melakukan kesilapan dari terus menerus menghentam pihak lawan. Kita tidak mampu membaca hati seseorang. Jadi hanya dengan pandangan mata kasar sahaja kita dapat menilai seseorang. Menilai wanita adalah lebih jelas untuk kita tahu keburukan kerana syaitan tidak akan pergi kepada kaum lelaki. Syaitan akan membinasakan kaum lelaki ialah dengan melalui perempuan. Saya ini sebagai mengambil langkah tok guru dalam menyampaikan dakwah kepada ahli-ahli reformis sangat menekan apa itu nilai wanita sejajar dengan perjuangan Pas dalam membanteras kemaksiatan.

Mengapa wajib menutup aurat? Kerana:

"Orang perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, berdiri tegaklah syaitan padanya" (riwayat Imam Turmudzy)

"Hai Nabi (Muhammad) katakanlah olehmu kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuanmu dan orang-orang perempuan mukmin, hendaknya mereka mengulurkan tudung sarung mereka atas muka-muka mereka. Yang demikian itu sekurang-kurangnya cara untuk mereka diketahui orang, agar mereka itu tidak disakitkan orang." (surah Al Azhab ayat 59)

"Dan orang-orang perempuan tua yang telah berhenti (dari haidh dan nifas), yang tidak ada harapan kahwin lagi, maka tidak mengapa atas mereka itu meletakkan pakaian (tutup) mereka, dengan tidak memperlihatkan perhiasan-perhiasan mereka, dan jika hendak memelihara (kehormatan) mereka, lebih baik bagi mereka itu (tidak membuka tudung itu)." (surah An Nur ayat 60)

"Apabila seorang perempuan itu telah sampai dewasa (sudah remaja puteri), tidak halal baginya jika menampakkan dirinya, melainkan mukanya dan melainkan apa yang dibawahnya". (riwayat Imam At Thabarany)

"Dan hendaklah perempuan-perempuan mukmin itu mengulurkan kain tutup mereka atas dada dan leher mereka." (riwayat Imam Bukhari)

"Allah tidak akan terima solat dari seorang perempuan hingga ia tutup perhiasannya, dan tidak terima solat dari seorang anak perempuan yang telah dewasa hingga ia bertudung kepala". (riwayat Imam At Thabarany)

"Dua macam golongan manusia dari ahli neraka yang aku tidak akan sudi melihat kedua-duanya nanti: 1. golongan orang-orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang menarik-narik dan mengangguk-anggukkan kepala seperti punuk unta yang menggeleng-geleng kepalanya, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedikitpun, 2. golongan orang-orang lelaki yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang dipergunakan untuk memukul orang." (riwayat Imam-Imam Ahmad)

"Tidakkah dari seorang perempuan yang melepaskan tudungnya di tempat yang lain dari rumah suaminya, melainkan pastilah terbuka tirai yang ada di antaranya dan antara tuhannya." (riwayat Imam Thabarany)

Berdasarkan Al Quran dan hadis ini, memperlihatkan betapa jelas dan seriusnya tuhan memerintahkan kita dalam berpakaian sopan dan menutup aurat. Siapakah pembimbing pelapis generasi baru kalau bukan kita wahai pejuang Islam dan rakan reformasi?? Kalau imej kita sama, tidak ada bezanya kita dengan pihak lawan. Bila tegur sikit, cakap mulut takdak insurans, kurang ajar, budak hingusan, dalam masa yang sama degil dan keras kepala. Sedih...

PELURU HIDUP TO http://nnora75reform.blogspot.com/

2 comments:

  1. Bersatu kita bersatu di bawah pemimpin penipu...
    Tipu terus menipu kita tipu melayu..
    Bersama-kita bersama mengumpul rasuah semua..
    Berjuang demi kroni ,anak Isteri sendiri..
    Umno Terus Hina di mata Rakyat Malaysia..
    Hidup Umno...kah kah kah

    ReplyDelete
  2. salam,

    Persoalan pertama , sedih sebab apa? Kekecewaan bererti bukan pejuang.Perjuangan bukan dengan emosi, nampak sangat erti perjuangan itu amat cetek sekali.

    Dalam kita berusaha melakukan perubahan kita perlu menjalankan dengan betul,bukan dengan mengkritik tanpa ilmu. Kita mesti tahu bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej.

    Ada hukamak yang mengatakan bahawa: "unzur ma qal wala tanzur man qal".

    Kita jangan hanya melihat siapa yang berkata tetapi kita juga harus menilai apa yang dikata.

    Ini bermakna, ada ketika yang perlu kita sebagai orang Islam mendengar dan menilai apa yang dikatakan oleh orang lain jika perkara itu adalah idea dan pandangan yang baik. Jangan kita hanya disebabkan oleh pakaian luaran orang lain maka kita terus langsung tidak mahu mendengar pandangan orang itu apatah lagi memperkecilkan sumbangan ke arah perubahan reformasi dan menuntut keadilan.

    perjuangan mesti menyeluruh, berani dan tidak menyorok muka dan identiti dibelakang komputer seperti seorang yang bacul. Saudara/saudari harus lebih berani, jelas dan mempamerkan identiti sebenar saudara supaya perbincangan kita berada pada larasnya.Maksudnya anda menyamar, tidak diketahui personaliti sama ada laki/p'puan. Anda baru berumur 18thn, pada tahun 1998 anda baru berumur 8 tahun, moralnya ertikan perjuangan itu secara menyeluruh. Hargai perjuangan orang lain tidak kira siapapun. Jangan memperkecilkan sumbangan seseorang sebelum kita kenal, kita tahu peranan yang telah dimainkan.

    Hatta kalau cina sendiripun nak kembangkan agama Islam, kita patut alu-alukan dan iktiraf peranan atau sumbangannya. Kalaupun kafir yang perjuangkan keadilan apa salahnya. Setelah berjaya, kamu boleh laksanakan dakwah agama Islam terhadap mereka. Jangan disebabkan mereka kafir, kamu halang mereka nak perjuangkan soal keadilan.

    Nabi Muhammad SAW pun tidak menolak dan memperkecilkan peranan bapa saudaranya iaitu Abu Talib yang tidakpun memeluk Islam sehingga akhir hayatnya. Maka anda juga perlu terbuka jika anda benar-benar memahami agama dan perjuangan. Saya tidakpun pernah mengatakan bahawa tidak perlu pakai tudung, jadi isu keterbukaan Rasulullah terhadap bapa saudaranya itu lebih besar berbanding tuduhan yang saudara lemparkan terhadap saya.

    (Untuk pengetahuan anda, saya telahpun sekarang bertudung sebelum daripada lemparan tuduhan saudara). Saya bersyukur kerana muslimat-muslimat PAS banyak mengajar saya dan mendorong saya ke arah maaruf.

    Saya adalah ahli tetap PAS selama 4 tahun. Saya doakan anda terus istiqamah berjuang dan sama-samalah kita saling menghargai peranan, sumbangan dan jerit perih orang lain dalam berjuang di jalan Allah.

    Wamakaru wamakarullah, wallahhukhairulmakiriin. Jazakallahukhairan jaza'

    ReplyDelete