Tuesday, May 26, 2009

Tragedi

Hari ini seperti biasa awal jam 7.00 pagi, sahabat saya akan datang ke rumah menjemput saya bersama-sama ke sekolah. Kali ini kami ditemani seorang lagi sahabat yang baru sahaja untuk memasuki tingkatan 6 buat kali pertamanya. Jarak dari rumah ke sekolah kira-kira 27KM. Kami bertolak kira-kitra jam 7.15 pagi. Langit sudah membiru, matahari mula menegak, perjalanan kami agak perlahan, penuh kesabaran dan jiwa yang tenang. Hal ini dikhuatiri oleh sahabat kami ini. Maklumlah pertama kali ke sekolah baru, tidak tahu persekitaran sekolah. Masuk pukul berapa, rehat pukul berapa dan pulang pukul berapa. Mesti mau ikut peraturan. Jadi dia suruh kami bawa motor cepat sikit. Kami tidak mudah termakan dengan kata-kata, saya kata 'biar lambat, asalkan selamat'. Tiba di persimpangan, kelihatan lebuh raya tidak begitu sibuk. Tetapi malang tidak berbau, sikap sahabat ini yang terburu-buru, yang niat untuk belajar bertukar tragedi. Akibat tidak pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan akhirnya membawa kepada kemalangan. Kejadian ini turut disaksikan penduduk berhampiran di mana sahabat saya terpelanting dan tergolek-golek di atas jalan raya. Mujur sahaja tidak ada kenderaan berat di situ. Saya sedikit terkaku, dalam masa yang sama lantas tanpa membuang masa menghampiri sahabat dan seorang pemuda yang terlibat meraung-raung kesakitan. Keadaan pagi itu sekelip mata menjadi sibuk dan banyak sekali kenderaan berbaris panjang.

Saya difahamkan, sahabat saya ini mengalami kecederaan yang serius pada organ dalaman dan patah pada kedua-dua belah kakinya. Mungkin juga ia benar kerana saya tidak nampak kecederaan yang serius pada luarannya tetapi mukanya pucat dan tidak bermaya. Memandangkan cuma kami sahaja sahabatnya di situ, kami diarah untuk memberitahu khabar buruk ini kepada ibu bapanya. Saya juga sempat merakam keadaan di sini pagi tadi. Sila klik disini untuk menonton video. Selesai memberitahu ibu abapanya, kami bergegas untuk ke sekolah. Keadaan di tempat kejadian itu menjadi lengang. Saya diberitahu sahabat ini dibawa ke hospital keran tidak sedarkan diri. Apa yang menjadi persoalan saya, mengapakah kerajaan tidak mengambil langkah mencegah kemalangan jalan raya? Walhal masyarakat sedia maklum bahawa kadar kemalangan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Lebuh raya yang sibuk seperti itu sepatutnya diletakkan lampu isyarat. Tetapi mengapa kerajaan tidak peka dengan situasi ini?

Terdapat banyak kes kemalangan jalan raya. Ada yang berpunca dari sikap individu itu sendiri dan faktor kenderaan mereka. Tetapi faktor persekitaran itu juga penting. Kerajaan UMNO Barisan Nasional lebih mementingkan kemajuan pembangunan. Mereka tebang balak dan kesannya sangat mendalam. Perbuatan ini boleh membawa kepada jerebu sehingga menghalang pandangan pemandu. Selain itu juga hujan yang berterusan menyebabkan jalan licin dan terdapat juga kerosakan pada permukaan jalan. Bala seperti ini kadangkala kita tidak boleh menolak yang ianya datang dari Allah sebab perlakuan pemimpin-pemimpin kita juga. Terlalu banyak rasuah, pecah amanah, menggalakkan maksiat yang datangnya dari kalangan pemimpin UMNO. Jadi puak-puak UMNO ini harus sedar dan bertaubat, Sesungguhnya hidupku, matiku hanya pada-Mu Ya Allah.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment