Monday, May 25, 2009

Cerita Si Ngok Ngek

Oleh sebab pendedahan daripada sumber-sumber terdekat, makanya remaja perempuan ini telah dapat mengesan laman blog saya. Beliau tidak tersentuh atau marah dengan pendedahan yang saya lakukan ke atasnya, sebaliknya menaruh harapan untuk berkongsi cerita ini buat anda semua. Cuma apa yang dikesalkannya ialah pendedahan pada laman komuniti Tagged yang terdapat foto-foto beliau. Kerana itulah jika anda klik pada link tersebut, akaunnya sudah ditamatkan. Saya mohon maaf di atas perkara tersebut. Berikutan pasangan yang ditentukn oleh ibu bapa mereka, masing-masing pasangan suami isteri ini tidak membantah, malah tidak berani sama sekali melukai kedua orang tuanya. Mereka melalui kehidupan pahit tanpa diketahui ibu bapa masing-masing. Walaupun mereka nampak cool, tetapi bagaikan tawa dalam tangisan. Berkat iman di dada, mereka tetap juga tempuhi suka duka bersama. Mereka sanggup berkorban menggadai nikmat semata-mata demi orang tuanya.

Saya cuba bertanya sedikit sebanyak mengenai hubungan mereka yang terjalin sekian lama. Apa yang remaja ini jelaskan, hubungan mereka baik dan semakin akrab. Mereka mula mengenali antara satu sama lain dan bawa berbincang apa jua perkara. Si suami juga jelas beliau, bertindak adil dan tidak lupa memberi nafkah zahir. Suaminya juga tidak kerap lagi makan di luar bersama rakan-rakan yang lain. Dia mula bertukar selera makan nasi bersama isteri di rumah dengan berlaukkan ikan masin. Kesempatan ini digunakan Si Ngok Ngek sebagai tanggungjawab seorang isteri. Walaupun hubungan mereka tidak seperti dulu lagi, tetapi masih belum ada perasaan cinta di dalam hati pasangan ini. Pada pemerhatian saya, remaja perempuan ini mungkin telah melakukan kesilapan kerana tidak mahu tidur bersama suami. Yang mana lahirnya dia daripada tulang rusuk suami dia la jugak, syurganya terletak di bawah tapak kaki suami la jugak. Adakah dia masih belum sedar diri? Apakah kerana tidak ada perasaan cinta, sanggup membiarkan suami tidur bersendirian? Yang penat lelah bekerja demi menyara kehidupan dia la jugak. Walhal apa yang diminta remaja ini, semuanya diberikan oleh suami. Adakah remaja ini di antara orang-orang yang tidak bersyukur?

Saya tidak bermaksud untuk menyalahkan beliau. Adapun kisah ini sengaja beliau ceritakan untuk para pembaca sekalian cuma kesempatan ini saya gunakan untuk mereka yang mengalami nasib yang sama supaya akur dengan ketentuan Ilahi. Pernahkah anda menonton cerita I'm Not Single arahan Pierre Andre? Kalau belum pernah mari kita pakat-pakat tengok. Cerita ini jelas menunjukkan ketabahan si suami walaupun menerima nasib yang sama. Kisah hidup malang remaja ini juga boleh kita jadikan panduan. Mereka tidak pernah bercinta, tidak pernah bercium, berpegangan tangan atau melakukan maksiat. Tidak seperti remaja lain sekarang ini yang berpegangan tangan pada mulanya, berzina seterusnya membuang bayi. Saya berharap agar hubungan remaja ini bersama pasangannya akan bahagia sehingga ke anak cucu. Ingatlah, tidak ada yang lebih baik melainkan bercinta selepas berkahwin.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment