Monday, May 18, 2009

Rasulullah Adalah Ahli Politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekaligus merupakan seorang pemimpin dunia Islam? Adakah sebagai seorang pemimpin kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada agama Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya baik di Mekah ataupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyur (semasa Rasulullah masih di Mekah),

"Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan segala urusan (dakwah) ini hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak aku tinggalkan." (HR At-Thabari)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment