Thursday, May 26, 2011

Anwar Semakin Diragui

Gua menerima maklumat daripada sahabat kita dari penyokong Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa telefon bimbit Anwar dilinekan oleh polis sehingga setiap perbualan direcordkan dan disiarkan di laman blog AIDC yang dimaklumkan pemiliknya sudahpun jadi jutawan kerana faktanya yang benar.. Sejauh mana kebenarannya?? Wallahuaklam...

Tiba masanya untuk kita berpolitik secara bersih.. Katakan yang benar meskipun pahit.. Video seks Anwar yang kemungkinan betul atau kemungkinan telah dieditkan cukup meragukan gua... Ditambah pula blog AIDC yang banyak mencetuskan kontroversi dengan tajuk-tajuk yang panas menguatkan lagi siapa sebenarnya Anwar ni.. Tapi laman blog AIDC tu khas untuk Anwar jer.. So berita pasal Anwar sajalah yang dia tunjuk... Maka dia cungkil sedalam-dalamnya kisah hidup Anwar ni.. Mungkin gua kira ada fakta yang boleh diterima mengenainya...

Oleh itu, gua cuba untuk mendengar reaksi bersama rakan-rakan politik khususnya pimpinan Keadilan.. Gambar di atas itu merupakan perbualan pendek gua bersama CMK yang dikatakan bakal bertanding dalam PRU-13.. Bila ditanya mengenai Anwar, beliau seperti tidak kisah apa yang berlaku pada ketua pembangkang itu.. Kalau macam itu buat apa keadilan wujud?? Lebih baik pergi rombak dari Pakatan Rakyat kerana kita perlu peka bahawa salah satu puncanya rakyat menolak Pakatan Rakyat adalah kerana adanya Keadilan khususnya pucuk pimpinan parti itu..

Bila ditanya kepada pemerhati-pemerhati kita, penyokong-penyokong, pemikir-pemikir, tidak ada hujah yang berasas dinyatakan.. Mereka lebih mahukan Anwar menjadi pemimpin Malaysia tanpa mengira siapapun dia.. Kebanyakan rakyat khususnya penyokong UMNO dilihat lebih cenderung kepada Pas daripada Keadilan.. Lebih baik Pas keluar dari Pakatan Rakyat atau hapuskan Keadilan sebab kita mahukan pemimpin yang bersih dari segi moralnya...

Peringatan : Ini adalah merupakan pandangan peribadi saya sahaja... Tidak untuk mempengaruhi sesiapapun kerana kita perlu mencari kebenaran tetapi bukan taksub... Apapun jua, tidak bermakna UMNO itu betul.. Melawan UMNO itu pasti!!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment