Saturday, August 20, 2011

Kibarkan Panji Hitam


Kata Nabi, Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari arah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan manapun...

Walaupun perbezaan fahaman politik, tapi kebelakangan ini bendera Panji Hitam semakin berkibar tidak kira dari kalangan UMNO mahupun Pas.. Auranya dirasakan semakin tiba.. Meskipun bila ditanya kepada orang yang tak beriman sekalipun siapakah tuhan kamu? Nescaya mereka akan menjawab Allah adalah tuhan kami..

Kita seharusnya bersatu bagi membuka pintu laluan kepada Imam Mahdi.. Masanya sudah tiba.. Gerakan halus freemason yang menyelinap masuk di seluruh dunia bagi membuka pintu laluan kedatangan dajjal harus ditentang.. Kibarkan Panji-panji hitam untuk menghapuskan golongan penyembah dajjal.. Dewasa ini, ramai sudah berbicara mengenai tentera panji hitam terutama di kalangan orang-orang politik.. Mungkin ini adalah tandanya..

2012 adalah tarikh yang dianggap keramat.. Meskipun mengikut kalendar kaum maya yang mengatakan 2012 adalah hari kiamat, tapi ada yang mengatakan ia adalah bencana besar yang menghapuskan 1/3 manusia dan manusia itu terdiri dari alim ulama.. Ini bersesuaian dengan apa yang Tuhan sebut bahawa akhir zaman ini, ilmu-ilmu akan diangkat naik dengan cara mematikan para ulama..

Ada juga yang mengatakan 2012 adalah tentera panji hitam akan muncul? Adakah Malaysia akan bersatu dengan Indonesia bagi menghapuskan kezaliman yang berlaku? Siapakah pencetusnya? Ada juga yang mengatakan bahwa 2012 akan ada suara yang ganjil dari langit? Adakah itu suara Yakjuj Makjuj yang sedang mengali untuk naik melakukan kerosakan di muka bumi ini semula? Adakah kita sekarang ini akan berada di fasa yang ke-5 iaitu pemerintahan dunia baru seperti yang diagendakan oleh pengikut dajjal atau kedatangan Imam Mahdi?

Peringatan : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu seorang Muslim..

2 comments:

  1. apala kata busuk la apa la , abih lu kentut wangi ke , sebenarnya hati tu yang busuk , dengki sokong sikit , bagi pendapat sikit kan mulia sifat tu

    ReplyDelete
  2. apa yang busuk ni? sokong apa ni?

    ReplyDelete