Wednesday, August 31, 2011

Tahap Puas Hati Terhadap Kepimpinan Najib Merosot

Kita sedia maklum bahawa maklumat untuk rakyat tidak disampaikan dengan menyeluruh terutama di kawasan luar bandar yang masih di bawah pengaruh kerajaan UMNO. Oleh itu jentera-jentera Pakatan Rakyat sewajarnya bekerja keras menyampaikan maklumat yang selama ini rakyat tidak tahu, dizalimi dan diperbodohkan.

Bersih 2.0 umpamanya meskipun masih ada rakyat yang rasa ia satu himpunan sia-sia dan mengancam negara, tapi kebanyakan responden merasakan ia adalah perubahan baru sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional gagal menangani himpunan ini dengan baik. Maka tahap populariti Najib jatuh merosot menjadi 59%. Peratusan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Najib dilihat sangat besar sebagai tonggak kerajaan yang memimpin negara ini.

Barisan Nasional bukan lagi badan parti yang satu-satunya diterima oleh rakyat umumnya. Sudah tiba masanya UMNO membahagi-bahagikan kuasanya kepada kerajaan pembangkang. Media harus adil menyampaikan maklumat. Pimpinan Pakatan Rakyat seperti Nik Aziz dan Anwar harus diangkat dan bukan lagi dianggap sebagai penggugat negara. Hak-hak rakyat diterima dan bukan menzalimi meskipun dari fahaman politik yang berbeza. Mengamalkan demokrasi yang adil daripada suara rakyat bukan undang-undang yang menafikan kehendak rakyat.

Peringatan : Peratusan kemerosotan terhadap kerajaan pimpinan Najib yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat semakin diterima sangat membanggakan. Hal ini kerana usaha dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menyebarkan maklumat secara meluas meskipun pimpinan Pakatan Rakyat tidak diberikan hak yang sewajarnya selaku pemimpin jauh lebih baik dari usaha kerajaan UMNO yang menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment