Monday, July 4, 2011

Himpunan Bersih Tidak Salah Malahan Amat Wajar

Sekarang ni hangat pula membicarakan isu Bersih.. Bila raja bersuara yang tidak menyokong himpuanan Bersih, maka menghangatkan lagi situasi ini... Sebagai Agung di negara ini, wajarlah kena tahu mengapa parti pembangkang menganjurkan Bersih.. Kalaulah media di negara ini bersikap adil dan bebas, sudah pasti kita tidak buat himpunan ini.. Sampai bila rakyat nak sedar dan tahu selama ini pilihanraya yang diadakan tidak telus.. Meskipun majoriti yang menyokong BN itu lebih dari pakatan pembangkang, tapi ketidaktelusan itu masih ada di dalam pilihanraya..

Bersih itu tidak salah.. yang salahnya bila ada Perkasa, bila ada Patriot, ini apa ini? Negara ini masih belum bebas... Bersih tidak ada pun yang menggugat negara, sebaliknya yang menyebabkan negara tergugat kerana adanya beberapa parti komponen BN yang tutut sama turun padang.. Sebagai kerajaan pusat, wajar akur dengan kehendak rakyat... Tapi suara Agung yang nampaknya tidak mempersetujui himpunan ini diadakan maka makin bermaharajalela lah puak-puak UMNO ini.. Dimanakah Raja yang berjiwa rakyat? Dimanakah Raja yang adil? Ramai yang mempertikaikan bila Raja bersuara.. Walaupun sudah dihina dengan perkataan 'natang' oleh juak UMNO, tapi masih tidak mengerti bahawa juak UMNO itu lebih teruk lagi daripada Bersih..

Peringatan : Raja di negara ini dilihat semakin tidak relevan sebagai ketua negara selepas dari isu Perak yang tidak mengamalkan demokrasi yang adil.. Sebaiknya raja harus meniliti usaha kerajaan yang masih belum sempurna.. Terlalu banyak ruang-ruang keburukan yang menyebabkan rakyat bangkit bersuara.. Inilah yang harus diteliti tetapi bukannya menyekat kebebasan!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment