Iblis ketika enggan sujud pada nabi adam dan dilaknat turun ke bumi, dia masih memanggil Allah sebagai tuhannya dengan berkata, wahai tuhanku, jika demikian berilah tempoh padaku hingga hari kiamat.. Iblis tidak bermusuh dengan Allah sebaliknya cemburu dengan adam yang mendapat tempat disisi Allah.. Syaitan itu ada dikalangan jin dan manusia.. maka tersebutlah al kisah membiaknya syaitan dari kalangan manusia yang namanya UMNO BN.. tahu akan perintah2 Allah sebagai tuhannya tetapi enggan menurut perintah Allah.. yang dia bermusuh hanyalah Anwar Ibrahim..
Showing posts with label Political Observer. Show all posts
Showing posts with label Political Observer. Show all posts
Tuesday, March 26, 2013
Adik Beradik Dajjal
Iblis ketika enggan sujud pada nabi adam dan dilaknat turun ke bumi, dia masih memanggil Allah sebagai tuhannya dengan berkata, wahai tuhanku, jika demikian berilah tempoh padaku hingga hari kiamat.. Iblis tidak bermusuh dengan Allah sebaliknya cemburu dengan adam yang mendapat tempat disisi Allah.. Syaitan itu ada dikalangan jin dan manusia.. maka tersebutlah al kisah membiaknya syaitan dari kalangan manusia yang namanya UMNO BN.. tahu akan perintah2 Allah sebagai tuhannya tetapi enggan menurut perintah Allah.. yang dia bermusuh hanyalah Anwar Ibrahim..
Friday, December 21, 2012
2012: Pembukaan Era Baru
Kaum maya telah menjelaskan bahawa tarikh hari ini bukan akhir zaman tetapi pembukaan era baru.. ada benarnya juga kerana dari sudut politik semua kerajaan di dunia tewas dengan pembangkang.. lepas ni Malaysia pulak dgn pemerintahan yang baru.. maka fitnah dari puak pembangkang UMNO akan lebih dasyat dari hari ini lepas hilang kuasa.. zaman ketibaan dajjal bakal bermula.. telah ditulis dalam blog saya pada november 2011 Pertengahan Permulaan
KDC : Yang aku tulis pada november 2011 tu, Pakatan Rakyat tak akan menang.. mungkin menang dan mungkin kalah.. tapi ini bukan isunya, isunya ialah pembukaan era baru iaitu zaman ribut di seluruh negara..
Labels:
Agama,
Artikel,
Edisi Siasat,
Konspirasi 2012,
Political Observer
Friday, December 7, 2012
UMNO Menyuburkan Politik Samseng
Belum jatuh lagi dah nak tikam orang.. betapa sayang dan taksubnya kepada parti UMNO Barisan Nasional.. Kerajaan BN tidak akan sanggup melepaskan kuasa dengan begitu mudah sekali.. Amaran bekas ketua polis negara ada benarnya juga.. Tunggulah pilihanraya nanti kerajaan akan digulingkan dengan cara yang sama.. Kejahatan dibalas dengan kejahatan!
KDC : Selepas diisytiharkan bahawa kerajaa Pakatan Rakyat menang besar dan sudah cukup mengambil alih kerajaan pusat, maka secara automatik Parti BN akan berkumpul beramai-beramai sepeerti sama keadaaanya dengan apa yang dilakukan pembangkang sebelum ini.. bezanya perhimpunan ini bukan perhimpunan biasa.. tapi peperangan! episod seterusnya luncur...
Wednesday, November 28, 2012
Membasmi Korupsi Demi Kebajikan Terhadap Rakyat
Dalam PKR pun ada jugak korup.. BN terlebih-lebih korup.. Nak pilih calon UMNO yang bebas rasuah atau pilih calon PKR yang terlibat dengan rasuah? Gambar di atas adalah cadangan dari salah seorang aktivis PR yang merasa sedih dengan pemimpin-pemimpin di dalam PKR yang tidak boleh ditegur sekiranya didapati bersalah..
KDC : Idea yang baik.. Demi menjaga nama parti dan kebajikan terhadap rakyat..
Monday, June 4, 2012
Xpresi Anak Muda ke Putrajaya
Lebih 50,000 yang hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah untuk menyaksikan amanat pemimpin-pemimpin Pas semalam dalam himpunan hijau yang berlangsung pada pukul 4.30 petang hingga 12 malam Jumaat lalu. Turut Hadir penceramah jemputan Ustaz Azhar Idrus dengan sedikit tazkirah dan menjawab soalan-soalan berkaitan agama. Perhimpunan ini secara langsung telah mengalahkan perhimpunan UMNO baru-baru ini dan memberikan cetusan semangat kepada pemimpin-pemimpin Pas untuk terus berjuang menjelajah ke seluruh tanah air.
KDC : Kehadiran yang sangat memuaskan. Teruskan menjelah di seluruh negeri supaya Najib demam panas dan terpaksa menangguhkan lagi pilihanraya..
KDC : Kehadiran yang sangat memuaskan. Teruskan menjelah di seluruh negeri supaya Najib demam panas dan terpaksa menangguhkan lagi pilihanraya..
Monday, April 30, 2012
Bersih 3.0 : Provokasi Angkara Siapa?
Bersih 3.0 sekali lagi membuktikan kezaliman FRU dalam menangani situasi.. Walaupun gagal melepasi Dataran Merdeka tapi himpunan ini berjaya.. Ramai mengatakan provokasi yang telah dirancang yang mana terdapat ramai SB yang menjadi agen untuk memburukkan Bersih.. Polis bukan untuk mengawal keselamatan tapi nak membunuh.. Aktivis dan pemimpin dibelasah sesuka hati.. Gas pemedih mata terus menerus ditembak walaupun sudah berundur..
Maklumat dalam facebook mengatakan yang menyerang balik polis itu adalah SB.. Gambar yang dipaparkan seorang lelaki memakai baju hitam dan dilengannya ada tag kuning.. Tapi rakaman video saya di atas menujukkan salah seorang peserta Bersih memakai baju serba hitam dan memakai serban.. Adakah beliau ini juga SB? kalau rakyat biasa, gua salute sama lu bro.. Terbaik!
KDC : Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah [9] : 41)
Saturday, March 3, 2012
Lynas : Najib Tak Faham
Najib semalam mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas akan ditempatkan berjauhan dari penduduk.. aik? takut hilang undi ke? Meskipun bukti saintis antarabangsa mengatakan projek nuklear ini selamat tetapi kalau dah rakyat taknak tu, taknak la jugak.. Tak payah susah-susah pindah tempat lain tetapi tutup saja kilang tu..
Judi kita akan benarkan kepada orang yang bukan Islam.. arak juga tidak akan dijual pada orang Islam.. Tapi yang buat mari masuk jugak tu apa kebendanya lagi? Kita tak sokong keruntuhan moral.. tapi pusat hiburan berlambak-lambak.. Kerajaan BN adalah bebas dari rasuah dan penyelewengan.. Sharizat Jalil bila nak letak jawatan? UMNO tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.. Kapal dagang Israel masuk tu untuk apa? melancong ke?
Jadi yang namanya manipulasi sekarang ni bukan pembangkang.. Tapi UMNO yang duk manipulasi cerita.. ini soal kehendak rakyat.. Kalau pun Lynas dipindah jauh-jauh belum tentu rakyat bersetuju.. Pencemaran alam dan sebgainya... tapi kita masih tak faham-faham dulu, kini dan selamanya..
KDC : Tapi betul jugak slogan Najib sekarang ni.. Rakyat didahulukan, kita jaga hati rakyat dengan pindahkan saja projek Lynas di tempat yang jauh.. Pencapaian diutamakan.. Jauh-jauh pun projek mesti jalan punya.. kiki ~
Sunday, February 19, 2012
2 Hati, 1 Bangsa
Ini lah statement yang paling popular hasil dari perdebatan di antara Lim Guan Eng (DAP) dengan bintang porNO Malaysia Chua Soi Lek (MCA) semalam. Ada perkara yang positif dan negatif mengikut sudut pandang Islam melalui kedua-dua pihak ini.
Jelaslah yang kita tahu bahawa siapa yang menggadaikan agama Islam, siapa yang menjadi kuda tunggangan orang kafir dan siapa yang racist sebenarnya. Bekerjasama dengan orang kafir yang menentang hukum Islam adalah haram. Silap hari bulan kita yang Islam pun boleh jatuh kepada kekufuran kerana membiarkan, mengiyakan, dan mengikut telunjuk orang kafir.
KDC : Dimana PERKASA? Dimana Panglima Perang? adakah mereka berjuang hanya menjadi pengampu kepada Melayu UMNO sahaja? Takkan Melayu hilang di dunia.. Islam hancur di bawah Barisan Nasional!
Sunday, February 12, 2012
Perang Dunia Ke-3 Akan Tiba!
Islam semakin dicabar! Islam semakin dihina! Islam dicaci! Islam dipermainkan! Adakah mereka sudah mula mahu membangkitkannya? Sekarang kita dah dapat rasakan Islam mula bangkit tidak seperti berapa abad dulu.. Dalam kebangkitan kita ini, kita semakin hari semakin diperlekehkan.. Kebanyakan yang aku pernah nampak, jarang sekali umat Islam sendiri yang menghina agama lain secara terang-terangan.. Kebanyakan mereka adalah dari kristian dan pengamal kitab bible yang menghina Islam..
Aktiviti memurtadkan umat Islam untuk masuk Kristian dah semakin berleluasa.. Ruang-ruang kosong dan bocor di dalam Islam itu ditembusi oleh puak-puak laknatullah ini untuk mencemuh Islam.. Akibat perselisihan orang-orang Islam di dalam politik, maka golongan ini mengambil kesempatan.. Orang lain duduk mengata agama kita, tapi kita masih berbalah sesama sendiri.. Sebab apa? sebab jahil tak reti hukum hakam.. Dajjal belum muncul lagi... tapi segenap kehidupan kita sekarang ini, ideologi, politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, hukum, militer, semua ini dikuasai oleh sistem dajjal yang dibawa oleh Yahudi dan Nasrani..
Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani itu musuh Islam yang sangat nyata.. Siapa yang merealisasikan agenda mereka ini di dalam Malaysia? kalau tidak puak-puak jahil yang beragama Islam.. dah siapa yang jahil tu kalau tidak UMNO? Allah kata, ikutlah kitab Allah supaya kita tidak berpecah.. Tapi tak ikut jugak jadi bodow dulu, kini dan selamanya..
Dalam menuju perang dunia ke-3, kita punya matlamat yang lebih besar.. Tapi untuk mengecapi matlamat ini, kita perlu hapuskan parasit-parasit di dalam negara ini dulu dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional.. Kalau nak harapkan kerajaan yang ada sekarang ni, sampai ke mampus la kita akan sering diperbodohkan dan diperkotak-katikkan.. Mereka dah membangkitkannya.. mereka sudah mencabar kita.. Bila lagi kita nak tunjukkan kuasa kita yang sebenar? Hentikan pergaduhan.. Kalau rasa diri tu jahil, bagi ke orang alim pulak memerintah.. Macam tu jer kaedah dia..
KDC : Aku malas nok kata apa pasal gaduh KFC baru-baru ni.. sebab benda tu melibatkan perkauman antara Cina dan Melayu.. Aku bukan berjuang atas nama bangsa.. Tapi kalau Islam dibuat main, baru aku lawan.. Kalau bab perkauman ni kita bagi ke PERKASA je.. Kalau bab ni aku tabik spring sama PERKASA.. Hok ni bodow, hok tu pun bodow.. Dua-dua bodow.. India jugak yang cerdik!
Wednesday, January 11, 2012
Merealisasikan 2012 : Hari Kehancuran UMNO Barisan Nasional
Seperti yang sudah kita semua sedia maklum bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan selepas sekian lamanya perbicaraan berlangsung... Ini adalah merupakan kemenangan kepada kita untuk terus mara ke hadapan melawan kerajaan UMNO Barisan Nasional.. Walaupun ramai yang menduga, sebarang kemungkinan boleh berlaku di mana hakim akan menerima rayuan pihak pendakwa dan merubah keputusan sebagaimana krisis Menteri Besar di Perak suatu masa dahulu.. Tapi saya tidak menjangkakan semua ini akan berlaku..
Saya yakin, tahun 2012 adalah tahun keramat di mana kita akan menyaksikan tumbangnya sebuah kerajaan zalim yang bernama UMNO Barisan Nasional menjelang PRU-13 yang dijangkakan Mac atau Jun ini.. Sebelum ini juga saya pernah menulis tentang tahun 2012, Benarkah Kiamat 2012?.. Saya juga menulis mengenai Teori 21.12.2012 dan menjangkakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-7.. Ramai juga yang telah menjangkakan hal ini bahawa 2012 hari kebangkitan Islam, kebangkitan rakyat dan kebangkitan anak-anak muda..
Kenapa mesti Anwar Ibrahim perdana menteri Malaysia? Ramai yang kata Anwar bukan pejuang Islam, parti sekular sama macam UMNO dan berbagai tohmahan yang dilemparkan.. Pluralisme, agen yahudi, pengkhianat, peliwat, sehingga pada tahap seorang budak UMNO tu yang merupakan pengikut Al-Habib dari Majlis Ta'lim, percaya dengan kata habibnya bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks dan liwat mengikut pandangan kasyaf... Kasyaf adalah kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada seorang mukmin itu seperti mana disebut di dalam hadis, takutlah kamu dengan pandangan orang mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya Allah..
Tapi perkara ini sudah dibahaskan, walaupun tidak mustahil tetapi kebanyakan di antara manusia ini adalah pembohong semata-mata demi menjaga kepentingan politik.. Sedangkan Nabi sudah berpesan, ikutlah Quran dan Sunnah supaya kamu tidak sesat dunia dan akhirat.. Selagi mana puak-puak UMNO belum bertaubat dan mengikut landasan Islam yang sebenar, saya sama sekali tidak percaya dengan segala tuduhan ini.. Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin Islam yang dihormati di seluruh pelusuk negara, merupakan tokoh Islam, pemimpin yang berkaliber, berjiwa rakyat, dan seorang pemimpin yang adil dan amanah.. Beliau juga berjaya menyatukan kaum Melayu, Cina dan India dengan baik tidak sepertimana 1 Malaysia yang dicanang Najib, Cina, India dan Melayu adalah 1 tetapi hidup Melayu! Hidup Melayu! Hiduip Melayu sampai ke sudah...
Di Afganistan, Tunisia, Marocco, Mesir dan beberapa negara lagi, kerajaan Islam telah menang dalam pilihanraya yang menggugat kuasa Amerika dan Israel.. Seluruh dunia ini, parti kerajaan adalah sekutu kepada Barat termasuklah kerajaan UMNO Barisan Nasional... Walupun kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan Islam tetapi mereka pendokong Islam Liberal.. Minda kita telah pun dijajah... Segala bentuk kehidupan kita telah terpesong dari landasan sebenar.. Di saat ini hadis akhir zaman mula dibacakan di mana-mana kerana kita telahpun meyedari dunia ini adalah sepertimana yang Rasulullah beritahu ianya merujuk kepada zaman ini..
KDC : Sebenarnya panjang lagi aku nak cakap.. Tapi aku tahu korang bukan minat membaca pun.. Jadi aku perabih jelah.. Hari kiamat 2012 adalah konpirasi yahudi.. New World Order sebenarnya memang sudah berlaku pun sekarang ni.. Budak-budak UMNO pun bagus jugak percaya dengan agenda Barat.. Tapi dunia baru bukan pada kerajaan baru.. Tapi telah meresap masuk pun dalam politik UMNO Barisan Nasional.. Jadi sekarang ni New World Order la ni.. cuma korang jer yang tak perasan.. Bak kata pepatah, kalau dah bengap tu bengap juga.. wslam..
Thursday, December 15, 2011
Mahasiswa Terus Dikekang Kebebasan Berpolitik
Kita sering mengharapkan anak-anak muda khususnya mahasiswa bergiat dalam parti politik. Mana-mana parti politik menggunakan generasi baru ini sebagai perkara utama menentukan nasib negara ini kelak.. Parti UMNO mendidik generasi muda ini dengan program-program belia untuk menawan hati pemuda-pemuda kita ini.. Tidak kurang hebatnya bagi pihak pembangkang khususnya Pas, mendidik anak-anak muda dengan ajaran Islam dan slogan 'orang mude geng kita' dengan mendekatkan diri dengan alim ulama.. Sudah tentulah kita yang berada di pihak pembangkang amat bertuah sekali kerana pemimpin-pemimpin kita ini berjiwa rakyat.. Ini adalah antara perbezaan Pas dan juga UMNO..
Di dalam dasar Pakatan Rakyat, kita mengamalkan demokrasi yang menyeluruh.. Kita memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk bertindak bersuara dalam parti politik.. Malangnya, kerajaan UMNO tidak sepertimana yang kita harapkan.. Baru-baru ini Najib bertindak memberi tekanan kepada Barisan Nasional berkaitan pindaan AUKU yang membenarkan pelajar mahasiswa menyertai parti politik.. Akhirnya yang dicanang itu hanya kata-kata..
15 orang mahasiswa telah ditahan dalam demontrasi menuntut kebebasan akademik adalah bukti ketidak terbukaan Dato Najib meminda AUKU.. Mengapa perlu ditahan lagi? Kalau ingin meminda, pindakan saja.. kalau belum bersedia, bukan pemimpin yang baik menzalimi rakyat yang dahagakan demokrasi... UMNO begitu takut dengan mahasiswa kerana yang sering mereka peralatkan itu ialah golongan-golongan veteran yang masih bergantung hidup kepada kepercayaan media UMNO.. Kebebasan mahasiswa disekat, berbagai agenda yang telah mereka lakukan seperti video sembang rakyat yang banyak mengkritik dan menghina hukum hudud..
Isu NFC dengan lagak perempuan puaka kedua yang hilang adab, tidak lain hanyalah menidakkan lagi sokongan rakyat kepada UMNO.. Faktor inilah menyebabkan kesedaran antara pemimpin tertinggi UMNO menyarankan supaya mereka ini bertindak melepaskan jawatan bagi menstabilkan UMNO yang kian rapuh.. Segala perkara yang berlaku ini adalah bukti ketakutan UMNO menjelang pilihanraya yang ke-13 pada tahun hadapan..
Peringatan : UMNO perlu terima suara rakyat walau apa jua sekalipun sama ada mereka penentang atau pendokong kalau mahu selamat.. kalaupun kezaliman yang digunakan itu masih tidak menyelamatkan UMNO malahan kebencian terhadap UMNO kian bertambah.. Buat baik dibenci, buat jahat pun dibenci.. Jawabnya lebih baik buat baik itulah yang lebih baik..
Sunday, November 6, 2011
Pertengahan Permulaan
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapatlah kita menyambut hari raya Eidul Adha dan menikmati daging-daging
yang telah siap dikorbankan. Hari raya korban ni la hari raya yang
paling menyenyangkan. Raya umah ni makan nasi.. raya umah sana makan
nasi.. Jadi makan la puas-puas selagi nyawa di kandung badan.
Tak kisahlah sama ada pilihanraya tahun ni ke atau tahun depan ke, janji aku tak boleh mengundi lagi.. Kalau la pilihanraya tahun depan, pasti aku dah boleh mengundi, itu pun kalau ikut tahun.. kalau ikut bulan memang sah la tak boleh.. Walaubagaimanapun, saya amat yakin, pilihanraya 2012 adalalah tarikh keramat yang akan kita menyaksikan tumbangnya kerajaan zalim UMNO Barisan Nasional. Sila rujuk balik posting sebelum ini iaitu teori mengarut aku pada link ini Teori 21/12/2012.
Jadi kerana terlalu berat memikirkan masalah negara sehingga aku mengidap penyakit Insomnia, jadi aku buat keluar balik teori mengarut aku yang bercanggah dengan posting sebelum ini tapi ada hubung kaitnya.. Walaupun teori 2012 aku membenarkan untuk kerajaan UMNO kalah, tapi itu adalah mustahil.. Saya percaya, kerajaan Islam khususnya Pas dan umumnya Pakatan Rakyat akan menang besar menjelang pilihanraya ke-13.. Tetapi, 80% adalah kalah.. Ini bermakna, kerajaan Pakatan Rakyat masih belum mampu menawan Putrajaya..
Kenapa saya berkata begitu? kerana dunia kita sekarang ini hanyalah permulaan.. Islam masih lagi di tahap bawah mundur berbanding masa-masa yang akan mendatang tidak lama lagi.. Kezaliman pemerintah pada abad ini hanyalah permulaan.. Kerajaan UMNO adalah penerus bagi kerajaan-kerajaan zalim tidak lama lagi.. Nantikan keruntuhan negara apabila Khairy Jamaludin menjadi perdana menteri..
Islam masih belum menang.. Segala kerakusan, penyelewengan, fitnah, penindasan dan kezaliman ini adalah pertengahan di antara permulaan.. Anda faham apa yang saya maksudkan? Permulaan dunia kita masih pada suku awal.. Seterusnya pengakhiran permulaan, tanda-tandanya akan tiba..
Peringatan : Saya percaya, sekiranya kerajaan Islam di negara ini memperolehi kejayaan, seluruh negara di Asia Tenggara akan mengalami perubahan politik yang sama. Sudahkah anda dapat bagaimana Indonesia dan Singapura?
Sunday, October 30, 2011
UMNO Parti Seks
Alhamdulillah sempena 26 Oktober 2011 baru ini, genaplah usia saya 20 tahun. Sambil memikirkan apa yang telah saya lakukan sepanjang 20 tahun lamanya ini, berapa banyak amalan yang telah dilakukan? adakah dosa yang bertambah? cukupkah amalan saya? sedikitpun tidak menjamin kebahagiaan di akhirat apabila ajal mendatang. Oleh itu, saya menyeru kepada saudara-saudara dan diri saya sendiri, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan dari kamu dalam keaadan Muslim.
Bercakap tentang usia, apa ada pada usia? Adakah usia menentukan sama ada kita baligh atau tidak? adakah usia menentukan kita matang atau tidak? adakah cinta mengenal usia? nak mengundi pun pakai usia jugak ke? apa ada pada usia? Kebanyakan di antara kita melihat pada faktor usia. Kerana usia, kita dinafikan hak untuk bersuara, kerana usia kita tidak diterima sebarang pandangan, kerana usia kita tidak mendapat cinta, kerana usia jugak pasti tertulis 18sx, 18sg dan sebagainya. Kiki!
Bukan nak bercakap pasal usia sangat ni, tapi dia masuk sekali dalam bab lucah-lucah UMPORNO ni. Walaupun saya baru berusia 20 tahun, nak mengundi pun tak boleh, tapi saya tak merasakan usia adalah penghalang.. 20 tahun bukan budak kecik lagi pakcik makcik.. Sebab tu la saya katakan, 20 tahun bukan kejap, lama dah.. dan masuk pertengahan umur dah.. 40 tahun nanti dah tak berapa dah.. Kenapa bila saya bersuara, orang masih mengatakan pada umur saya? yang UMNO la kata, orang lain tak kata..
Ok intro panjang sangat, straight to the point, politik lucah, saya hairan melihat bagaimana adanya orang-orang seperti ini merajai segenap ruang politik tanah air.. Itu Malaysiakini la yang kata.. Lain kan pandangan orang cerdik, cara dia berfikir.. Memang betul pun.. Kita berada di bawah pemerintahan orang-orang yang begitu gila.. Bos besar yahudi.. Bos kecik UMNO.. UMNO dengan yahudi tidak ada bezanya.. masing-masing berjuang untuk menelanjangkan Islam.. Menelanjangkan tang mana? aaa ini yang kita tak tau. Lucah pornografi umpamanya.. Biasa orang putih jer yang lucah-lucah ni, UMNO pun lucah jugak. Liwat Anwar, seks Anwar, tuduhan zina terhadap pemimpin Pas, gambar lucah Elizabeth disiarkan, Chua Soi lek, terbaru anak Lim Guan Eng meramas buah dada pelajar wanita..
Cuba anda feelingkan sikit perasaan tu, bagaimana meramas buah dada? rasa macam mana ya? rasa bagaikan mendaki bukit menuruni lurah gitu? Ini adalah usaha gila untuk meracuni minda kita khususnya kanak-kanak.. Tak perlu tengok konsert hiburan, tak perlu tengok drama perkosaan, tak perlu tengok orang berpeluk, tapi UMNO Barisan Nasional sendiri telah meransang seksual kita.. Ini agenda siapa? ini adalah agenda gerakan halus Freemason.. Sejarah Malaysia sangat memalukan.. Belum pernah ada orang yang waras buat kerja macam ni dalam mana-mana negara.. Kalau drama boleh tahan kira dia berlakon jer hanya sandiwara semata-mata. Ini berita Utusan Meloya buat kerja, hinanya UMNO ni..
Banyak lagi kalau aku ceramah, tapi aku tahu korang semua bukan baca pun kalau banyak-banyak.. Bagi ringkas-ringkas sudah la..
Bercakap tentang usia, apa ada pada usia? Adakah usia menentukan sama ada kita baligh atau tidak? adakah usia menentukan kita matang atau tidak? adakah cinta mengenal usia? nak mengundi pun pakai usia jugak ke? apa ada pada usia? Kebanyakan di antara kita melihat pada faktor usia. Kerana usia, kita dinafikan hak untuk bersuara, kerana usia kita tidak diterima sebarang pandangan, kerana usia kita tidak mendapat cinta, kerana usia jugak pasti tertulis 18sx, 18sg dan sebagainya. Kiki!
Bukan nak bercakap pasal usia sangat ni, tapi dia masuk sekali dalam bab lucah-lucah UMPORNO ni. Walaupun saya baru berusia 20 tahun, nak mengundi pun tak boleh, tapi saya tak merasakan usia adalah penghalang.. 20 tahun bukan budak kecik lagi pakcik makcik.. Sebab tu la saya katakan, 20 tahun bukan kejap, lama dah.. dan masuk pertengahan umur dah.. 40 tahun nanti dah tak berapa dah.. Kenapa bila saya bersuara, orang masih mengatakan pada umur saya? yang UMNO la kata, orang lain tak kata..
Ok intro panjang sangat, straight to the point, politik lucah, saya hairan melihat bagaimana adanya orang-orang seperti ini merajai segenap ruang politik tanah air.. Itu Malaysiakini la yang kata.. Lain kan pandangan orang cerdik, cara dia berfikir.. Memang betul pun.. Kita berada di bawah pemerintahan orang-orang yang begitu gila.. Bos besar yahudi.. Bos kecik UMNO.. UMNO dengan yahudi tidak ada bezanya.. masing-masing berjuang untuk menelanjangkan Islam.. Menelanjangkan tang mana? aaa ini yang kita tak tau. Lucah pornografi umpamanya.. Biasa orang putih jer yang lucah-lucah ni, UMNO pun lucah jugak. Liwat Anwar, seks Anwar, tuduhan zina terhadap pemimpin Pas, gambar lucah Elizabeth disiarkan, Chua Soi lek, terbaru anak Lim Guan Eng meramas buah dada pelajar wanita..
Cuba anda feelingkan sikit perasaan tu, bagaimana meramas buah dada? rasa macam mana ya? rasa bagaikan mendaki bukit menuruni lurah gitu? Ini adalah usaha gila untuk meracuni minda kita khususnya kanak-kanak.. Tak perlu tengok konsert hiburan, tak perlu tengok drama perkosaan, tak perlu tengok orang berpeluk, tapi UMNO Barisan Nasional sendiri telah meransang seksual kita.. Ini agenda siapa? ini adalah agenda gerakan halus Freemason.. Sejarah Malaysia sangat memalukan.. Belum pernah ada orang yang waras buat kerja macam ni dalam mana-mana negara.. Kalau drama boleh tahan kira dia berlakon jer hanya sandiwara semata-mata. Ini berita Utusan Meloya buat kerja, hinanya UMNO ni..
Banyak lagi kalau aku ceramah, tapi aku tahu korang semua bukan baca pun kalau banyak-banyak.. Bagi ringkas-ringkas sudah la..
Peringatan : Mereka merasakan mereka itu adalah orang-orang cerdik, sebenarnya mereka itulah orang-orang yang bodoh. Mereka berkuasa, tapi mereka melakukan kezaliman. Mereka mengaburi rakyat dengan ayat yang manis, tidak mengutuk, tidak memaki, sabar, sedangkan mereka itulah golongan yang melampau bagaikan dajjal yang membawa air dan api yang sebenarnya air itu adalah api dan api itu adalah air. Mereka kian membusuk hingga ke usus. Pemimpin yang tidak berpegang pada tali Allah, mana mungkin akan berada di jalan yang lurus!
Wednesday, August 31, 2011
Tahap Puas Hati Terhadap Kepimpinan Najib Merosot

Kita sedia maklum bahawa maklumat untuk rakyat tidak disampaikan dengan menyeluruh terutama di kawasan luar bandar yang masih di bawah pengaruh kerajaan UMNO. Oleh itu jentera-jentera Pakatan Rakyat sewajarnya bekerja keras menyampaikan maklumat yang selama ini rakyat tidak tahu, dizalimi dan diperbodohkan.
Bersih 2.0 umpamanya meskipun masih ada rakyat yang rasa ia satu himpunan sia-sia dan mengancam negara, tapi kebanyakan responden merasakan ia adalah perubahan baru sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional gagal menangani himpunan ini dengan baik. Maka tahap populariti Najib jatuh merosot menjadi 59%. Peratusan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Najib dilihat sangat besar sebagai tonggak kerajaan yang memimpin negara ini.
Barisan Nasional bukan lagi badan parti yang satu-satunya diterima oleh rakyat umumnya. Sudah tiba masanya UMNO membahagi-bahagikan kuasanya kepada kerajaan pembangkang. Media harus adil menyampaikan maklumat. Pimpinan Pakatan Rakyat seperti Nik Aziz dan Anwar harus diangkat dan bukan lagi dianggap sebagai penggugat negara. Hak-hak rakyat diterima dan bukan menzalimi meskipun dari fahaman politik yang berbeza. Mengamalkan demokrasi yang adil daripada suara rakyat bukan undang-undang yang menafikan kehendak rakyat.
Peringatan : Peratusan kemerosotan terhadap kerajaan pimpinan Najib yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat semakin diterima sangat membanggakan. Hal ini kerana usaha dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menyebarkan maklumat secara meluas meskipun pimpinan Pakatan Rakyat tidak diberikan hak yang sewajarnya selaku pemimpin jauh lebih baik dari usaha kerajaan UMNO yang menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya!
Saturday, July 9, 2011
Bersih 2.0 Semangat Baru Untuk Merubah Malaysia
Perhimpuanan Bersih yang berlansung kira-kira tengah hari tadi adalah merupakan sejarah yang tercipta khususnya buat golongan muda-mudi yang belum mengerti apa itu demontrasi.. Berpuluh-berpuluh ribu termasuklah remaja bawah umur juga yang hadir untuk menyokong perhimpunan ini..
Malangnya perhimpuanan ini meskipun pihak pemimpin kerajaan mengatakan ia boleh menggugat keamanan negara dan akan berlakunya provokasi, tetapi apa yang dapat kita lihat sekarang ini adalah sikap tiada toleransi penguatkuasa yang berlaku zalim terhadap rakyat.. Keamanan negara tergugat disebabkan polis tetapi bukan kepada penyokong Bersih itu.. Sepatutnya, polis mengawal keadaan sekiranya berlaku kekecohan apabila kumpulan Patriot yang diketuai Khairy Jamaludin turut sama turun padang menentang arus..
Sikap kasar polis yang menahan ratusan rakyat termasuklah pimpinan tertinggi pembangkang adalah sangat keterlaluan dan tidak memainkan peranan yang baik dalam mengawal sistem demokrasi di negara ini.. Sebaliknya, polis bukan menjaga keamanan tetapi berperang dengan rakyat.. Apa yang sangat melucukan, polis menerima arahan dari pemimpin UMNO tetapi pemuda UMNO Khairy Jamaludin juga turut ditahan menunjukkan bebalnya si Khairy ini.. Mulanya kumpulan Patriot itu dilihat akur untuk tidak turun berdemo apabila Agung tidak merestui Bersih tetapi sekarang Perkasa pula dilihat lebih baik kerana hanya menerima khabar daripada stesen televisyen sahaja walaupun berkeras akan turun mengadap Bersih sekiranya Bersih berjalan..
Ibrahim Ali pula tidak dikesan mungkin terkecut perutnya sedikit melihan puluhan ribu yang hadir.. Dimanakah keris Perkasa Ibrahim Ali itu? Hujan rahmat telah turun mencurah Kuala Lumpur memadamkan gas-gas pemedih mata yang akhirnya memorandum kepada sultan berjaya diserahkan.. Tetapi kecederaan terhadap rakyat dan dimaklumkan ada berlaku kematian seorang sangat dikesali.. Ini hanyalah satu tanda untuk rakyat bangkit menjelang pilihanraya ke 13 akan datang.. Rakyat semakin melihat kerajaan yang ada ini jelas menzalimi rakyat dan menyekat kebesan rakyat untk bersuara..
Peringatan : Tidak perlulah untuk sembur air dan menutup pintu-pintu jalan.. Tidak adanya provokasi yang dicetuskan oleh Bersih sesama Bersih sebaliknya yang mencetuskan huru hara itu ialah Patriot... Tetapi apa yang dilihat sekarang ini, penguatkuasa yang mencetuskan huru hara.. Penyokong Bersih adalah rakyat dan bukannya penjenayah.. Jadi polis harus resign balik dan ambik kursus semula untuk menjadi polis yang berwibawa... Saya turut mengecam tindakan seperti ini!
Monday, July 4, 2011
Himpunan Bersih Tidak Salah Malahan Amat Wajar

Sekarang ni hangat pula membicarakan isu Bersih.. Bila raja bersuara yang tidak menyokong himpuanan Bersih, maka menghangatkan lagi situasi ini... Sebagai Agung di negara ini, wajarlah kena tahu mengapa parti pembangkang menganjurkan Bersih.. Kalaulah media di negara ini bersikap adil dan bebas, sudah pasti kita tidak buat himpunan ini.. Sampai bila rakyat nak sedar dan tahu selama ini pilihanraya yang diadakan tidak telus.. Meskipun majoriti yang menyokong BN itu lebih dari pakatan pembangkang, tapi ketidaktelusan itu masih ada di dalam pilihanraya..
Bersih itu tidak salah.. yang salahnya bila ada Perkasa, bila ada Patriot, ini apa ini? Negara ini masih belum bebas... Bersih tidak ada pun yang menggugat negara, sebaliknya yang menyebabkan negara tergugat kerana adanya beberapa parti komponen BN yang tutut sama turun padang.. Sebagai kerajaan pusat, wajar akur dengan kehendak rakyat... Tapi suara Agung yang nampaknya tidak mempersetujui himpunan ini diadakan maka makin bermaharajalela lah puak-puak UMNO ini.. Dimanakah Raja yang berjiwa rakyat? Dimanakah Raja yang adil? Ramai yang mempertikaikan bila Raja bersuara.. Walaupun sudah dihina dengan perkataan 'natang' oleh juak UMNO, tapi masih tidak mengerti bahawa juak UMNO itu lebih teruk lagi daripada Bersih..
Peringatan : Raja di negara ini dilihat semakin tidak relevan sebagai ketua negara selepas dari isu Perak yang tidak mengamalkan demokrasi yang adil.. Sebaiknya raja harus meniliti usaha kerajaan yang masih belum sempurna.. Terlalu banyak ruang-ruang keburukan yang menyebabkan rakyat bangkit bersuara.. Inilah yang harus diteliti tetapi bukannya menyekat kebebasan!
Sunday, May 29, 2011
7 Negeri Bakal Dicanang Pakatan Rakyat
Nampaknya gema pilihanraya yang ke-13 semakin berkumandang... Teka teki Najib yang pilihanraya diadakan pada tahun ini mungkin akan berlaku bila beliau mula turun padang mengerah belia-belia untuk mempertahankan Putrajaya... Kah kah kah... Najib pun tau jugak kecut.. Kah kah kah...Kata Najib, "Satu hari di kalangan belia yang berhimpun hari ini akan duduk di kerusi di Putrajaya. Inilah niat kita. Pembangkang nak lelong Putrajaya... adakah anda benarkan? Tidak! Kah kah kah... Lelong tengkorak mu.. kah kah... Yang penyongok kat bawah tu melaungkan kata-kata setuju menyokong sepenuhnya ucapan Najib tu.. Kah kah kah.. Nak duduk kat mana?? kalau tak pada kroni, anak, bini dan menantu.. kah kah kah...
Najib selain itu mengaburi mata puak-puak belia ni dengan memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan youth park di sekitar Putrajaya... Kah kah kah.... Ternganga puak-puak belia ni dengan habuan Najib ni... kalau tak main pagi petang, malam pulak clubbing memang tak sah..
Kalau tengok pada keputusan pilihanraya yang ke-12 pada gambar di atas tu, agak-agak, berapa negeri lagi yang boleh dicanang oleh Pakatan Rakyat?? keputusan yang amat janggal untuk kita mengandaikan kerana agak berat sedikit selain daripada 5 buah negeri yang telah ditawan oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lalu.. Walaubagaimanapun, gua yakin, 5 buah negeri kekal milik PR, Pahang dan Perlis Insya Allah akan menjadi milik PR juga... Ini berdasarkan peratusan pengundi baru yang menerima pembangkang pada negeri tersebut.. Lain-lain adalah kerusi rebut...
Peringatan : Undi Pakatan Rakyat semakin meningkat.. Kebanyakan pengundi baru mula cenderung memihak kepada Pakatan Rakyat.. Pemerhati, pemikir, penganalisis yakin bahawa PRU-13 kali ini merupakan pilihanraya yang sengit buat BN...
Thursday, May 26, 2011
Anwar Semakin Diragui
Gua menerima maklumat daripada sahabat kita dari penyokong Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa telefon bimbit Anwar dilinekan oleh polis sehingga setiap perbualan direcordkan dan disiarkan di laman blog AIDC yang dimaklumkan pemiliknya sudahpun jadi jutawan kerana faktanya yang benar.. Sejauh mana kebenarannya?? Wallahuaklam...Tiba masanya untuk kita berpolitik secara bersih.. Katakan yang benar meskipun pahit.. Video seks Anwar yang kemungkinan betul atau kemungkinan telah dieditkan cukup meragukan gua... Ditambah pula blog AIDC yang banyak mencetuskan kontroversi dengan tajuk-tajuk yang panas menguatkan lagi siapa sebenarnya Anwar ni.. Tapi laman blog AIDC tu khas untuk Anwar jer.. So berita pasal Anwar sajalah yang dia tunjuk... Maka dia cungkil sedalam-dalamnya kisah hidup Anwar ni.. Mungkin gua kira ada fakta yang boleh diterima mengenainya...
Oleh itu, gua cuba untuk mendengar reaksi bersama rakan-rakan politik khususnya pimpinan Keadilan.. Gambar di atas itu merupakan perbualan pendek gua bersama CMK yang dikatakan bakal bertanding dalam PRU-13.. Bila ditanya mengenai Anwar, beliau seperti tidak kisah apa yang berlaku pada ketua pembangkang itu.. Kalau macam itu buat apa keadilan wujud?? Lebih baik pergi rombak dari Pakatan Rakyat kerana kita perlu peka bahawa salah satu puncanya rakyat menolak Pakatan Rakyat adalah kerana adanya Keadilan khususnya pucuk pimpinan parti itu..
Bila ditanya kepada pemerhati-pemerhati kita, penyokong-penyokong, pemikir-pemikir, tidak ada hujah yang berasas dinyatakan.. Mereka lebih mahukan Anwar menjadi pemimpin Malaysia tanpa mengira siapapun dia.. Kebanyakan rakyat khususnya penyokong UMNO dilihat lebih cenderung kepada Pas daripada Keadilan.. Lebih baik Pas keluar dari Pakatan Rakyat atau hapuskan Keadilan sebab kita mahukan pemimpin yang bersih dari segi moralnya...
Peringatan : Ini adalah merupakan pandangan peribadi saya sahaja... Tidak untuk mempengaruhi sesiapapun kerana kita perlu mencari kebenaran tetapi bukan taksub... Apapun jua, tidak bermakna UMNO itu betul.. Melawan UMNO itu pasti!!
Wednesday, May 25, 2011
Rakyat Naik Minyak

Yoo yoo wassup... Harga petrol akan dijangka naik sebanyak RM0.20 atau RM 0.30.. Kenaikan yang tidaklah besar mana pun, kalau jumpa tepi jalan pun buat tak tau jer... yoo... Tapi kenaikan ini cukup menggemparkan rakyat umumnya... Apa tidaknya, kalau dah minyak naik, barang pun naik... Bulan ni naik, bulan depan naik pulak... Tak makan orang Malaysia ni sikit lagi... kah kah..
Atas sebab apa kerajaan menaikkan walhal negara ini sememangnya pengeluar minyak?? Sebenarnya tidak timbul isu kenaikan harga minyak di pasaran dunia... Minyak Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia yoo... Tapi sekarang kerajaan telah mengeksportkan minyak kita ke luar negara.. Petronas adalah minyak yang berkualiti... Dia import balik minyak yang tak berkualiti untuk diguna pakai kepada rakyat Malaysia ni kah kah kah... Bahan bakar yang tidak berkualiti inilah yang boleh merosakkan enjin kereta..
Peringatan : Harga RON95 adalah lebih murah berbanding dengan RON97.. Kebanyakan jenis-jenis kereta menggunakan RON95 untuk kesesuaian enjin kereta... Tetapi hakikat yang sebenarnya RON95 adalah lebih mahal berbanding RON97... Ini kerana RON95 lebih banyak digunakan...
Monday, May 23, 2011
Apa Sudah Jadi Dengan Media UMNO?
Yo yo yo... wassup.. cuba korang tengok profile budak nih?? woo woo mengancam yoo.. Ada naik stim tak?? kah kah.. muka macam siput sedut pun lu nak naik stim ke? kah kah.. Amaran oleh kerajaan Malaysia, budak kecik dilarang tengok profile dia ni.. kah kah kah..
Budak-budak jangan tengok Facebook dia ni, tapi tengok TV3 suku boleh.. kah kah kah.. Budak ni antara penonton setia TV3 suku kah kah kah.. yoo sekarang ni zaman pornografi yoo.. Di mana-mana ada porno yoo.. Satu kotak kecil yang bernama TV paling kuat memukau kita yoo.. Tak perlu naik ke bulan.. Tak perlu search Internet yoo... Kat TV pun ada video porno kah kah...
Yoo yoo ketua pencacai UMPORNO di Facebook mau kasi report sama gua yoo.. UMNO jaguh moral yoo.. Kasi ini report dulu la budak kecik ni yoo.. Mana polis ngok nih.. Tangkap ini budak dulu la baru mau tangkap gua yoo... Hey ini negara demokrasi la... Apa lu kisah?? yoo.... Ini budak kecik boleh buat suka-suka hati yoo... takkan gua tak boleh yoo... Mana keadilan yoo.. Kalau hari-hari mau main dengan polis, baik tak payah berpolitik yoo... Demokrasi jadah apanyer yoo...
Yoo yoo.. kalau mau tengok ini budak kecik yoo.. Sila klik disini yoo... Free of charges yoo... Sejam 2 ringgit yoo... Pastu kasi UMPORNO upload kat TV3 suku yoo.. Tak kena bayar Astro yoo.. Tak perlu susah-susah download lagi yoo... Berbaring sambil menonton yoo.. Sambil makan maggi tomyam yoo..
Peringatan : Media arus perdana mampu berperanan sebagai sistem dakwah.. Apa sudah jadi dengan media UMNO?? Mana perginya dakwah?? Mana program moral?? Mana diskusi ilmu?? Mana kuliah agama?? Kalau hari-hari tunjuk drama, berjoget, menyanyi, video seks, ini bahaya bagi proses pertumbuhan minda kanak-kanak yang sedang membesar.. Terlalu banyak benda yang telah masuk dalam minda kita tanpa kita sedari oleh kerana satu kotak kecil ini sahaja..
Budak-budak jangan tengok Facebook dia ni, tapi tengok TV3 suku boleh.. kah kah kah.. Budak ni antara penonton setia TV3 suku kah kah kah.. yoo sekarang ni zaman pornografi yoo.. Di mana-mana ada porno yoo.. Satu kotak kecil yang bernama TV paling kuat memukau kita yoo.. Tak perlu naik ke bulan.. Tak perlu search Internet yoo... Kat TV pun ada video porno kah kah...
Yoo yoo ketua pencacai UMPORNO di Facebook mau kasi report sama gua yoo.. UMNO jaguh moral yoo.. Kasi ini report dulu la budak kecik ni yoo.. Mana polis ngok nih.. Tangkap ini budak dulu la baru mau tangkap gua yoo... Hey ini negara demokrasi la... Apa lu kisah?? yoo.... Ini budak kecik boleh buat suka-suka hati yoo... takkan gua tak boleh yoo... Mana keadilan yoo.. Kalau hari-hari mau main dengan polis, baik tak payah berpolitik yoo... Demokrasi jadah apanyer yoo...
Yoo yoo.. kalau mau tengok ini budak kecik yoo.. Sila klik disini yoo... Free of charges yoo... Sejam 2 ringgit yoo... Pastu kasi UMPORNO upload kat TV3 suku yoo.. Tak kena bayar Astro yoo.. Tak perlu susah-susah download lagi yoo... Berbaring sambil menonton yoo.. Sambil makan maggi tomyam yoo..
Peringatan : Media arus perdana mampu berperanan sebagai sistem dakwah.. Apa sudah jadi dengan media UMNO?? Mana perginya dakwah?? Mana program moral?? Mana diskusi ilmu?? Mana kuliah agama?? Kalau hari-hari tunjuk drama, berjoget, menyanyi, video seks, ini bahaya bagi proses pertumbuhan minda kanak-kanak yang sedang membesar.. Terlalu banyak benda yang telah masuk dalam minda kita tanpa kita sedari oleh kerana satu kotak kecil ini sahaja..
Subscribe to:
Posts (Atom)
















