Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Adik Beradik Dajjal


 Iblis ketika enggan sujud pada nabi adam dan dilaknat turun ke bumi, dia masih memanggil Allah sebagai tuhannya dengan berkata, wahai tuhanku, jika demikian berilah tempoh padaku hingga hari kiamat.. Iblis tidak bermusuh dengan Allah sebaliknya cemburu dengan adam yang mendapat tempat disisi Allah.. Syaitan itu ada dikalangan jin dan manusia.. maka tersebutlah al kisah membiaknya syaitan dari kalangan manusia yang namanya UMNO BN.. tahu akan perintah2 Allah sebagai tuhannya tetapi enggan menurut perintah Allah.. yang dia bermusuh hanyalah Anwar Ibrahim..

Friday, December 21, 2012

2012: Pembukaan Era Baru



Kaum maya telah menjelaskan bahawa tarikh hari ini bukan akhir zaman tetapi pembukaan era baru.. ada benarnya juga kerana dari sudut politik semua kerajaan di dunia tewas dengan pembangkang.. lepas ni Malaysia pulak dgn pemerintahan yang baru.. maka fitnah dari puak pembangkang UMNO akan lebih dasyat dari hari ini lepas hilang kuasa.. zaman ketibaan dajjal bakal bermula.. telah ditulis dalam blog saya pada november 2011 Pertengahan Permulaan

KDC : Yang aku tulis pada november 2011 tu, Pakatan Rakyat tak akan menang.. mungkin menang dan mungkin kalah.. tapi ini bukan isunya, isunya ialah pembukaan era baru iaitu zaman ribut di seluruh negara..

Monday, October 8, 2012

UMNO Syaitan!



Mahathir kata UMNO adalah syaitan!

Abu Dzar berkata, "Wahai Rasulullah, apakah dikalangan manusia ada syaitan?" Baginda menjawab, "Ya."

Firman Allah, Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunan (syaitan) sebagai pemimpin selain-Ku sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. - Al-Kahfi ayat 50

KDC : Undi UMNO membawa padah! 

Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0 : Provokasi Angkara Siapa?



Bersih 3.0 sekali lagi membuktikan kezaliman FRU dalam menangani situasi.. Walaupun gagal melepasi Dataran Merdeka tapi himpunan ini berjaya.. Ramai mengatakan provokasi yang telah dirancang yang mana terdapat ramai SB yang menjadi agen untuk memburukkan Bersih.. Polis bukan untuk mengawal keselamatan tapi nak membunuh.. Aktivis dan pemimpin dibelasah sesuka hati.. Gas pemedih mata terus menerus ditembak walaupun sudah berundur..

Maklumat dalam facebook mengatakan yang menyerang balik polis itu adalah SB.. Gambar yang dipaparkan seorang lelaki memakai baju hitam dan dilengannya ada tag kuning.. Tapi rakaman video saya di atas menujukkan salah seorang peserta Bersih memakai baju serba hitam dan memakai serban.. Adakah beliau ini juga SB? kalau rakyat biasa, gua salute sama lu bro.. Terbaik!

KDC : Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah [9] : 41)

Sunday, February 19, 2012

2 Hati, 1 Bangsa


Ini lah statement yang paling popular hasil dari perdebatan di antara Lim Guan Eng (DAP) dengan bintang porNO Malaysia Chua Soi Lek (MCA) semalam. Ada perkara yang positif dan negatif mengikut sudut pandang Islam melalui kedua-dua pihak ini.

Jelaslah yang kita tahu bahawa siapa yang menggadaikan agama Islam, siapa yang menjadi kuda tunggangan orang kafir dan siapa yang racist sebenarnya. Bekerjasama dengan orang kafir yang menentang hukum Islam adalah haram. Silap hari bulan kita yang Islam pun boleh jatuh kepada kekufuran kerana membiarkan, mengiyakan, dan mengikut telunjuk orang kafir.

KDC : Dimana PERKASA? Dimana Panglima Perang? adakah mereka berjuang hanya menjadi pengampu kepada Melayu UMNO sahaja? Takkan Melayu hilang di dunia.. Islam hancur di bawah Barisan Nasional!

Sunday, February 12, 2012

Perang Dunia Ke-3 Akan Tiba!


Islam semakin dicabar! Islam semakin dihina! Islam dicaci! Islam dipermainkan! Adakah mereka sudah mula mahu membangkitkannya? Sekarang kita dah dapat rasakan Islam mula bangkit tidak seperti berapa abad dulu.. Dalam kebangkitan kita ini, kita semakin hari semakin diperlekehkan.. Kebanyakan yang aku pernah nampak, jarang sekali umat Islam sendiri yang menghina agama lain secara terang-terangan.. Kebanyakan mereka adalah dari kristian dan pengamal kitab bible yang menghina Islam..

Aktiviti memurtadkan umat Islam untuk masuk Kristian dah semakin berleluasa.. Ruang-ruang kosong dan bocor di dalam Islam itu ditembusi oleh puak-puak laknatullah ini untuk mencemuh Islam.. Akibat perselisihan orang-orang Islam di dalam politik, maka golongan ini mengambil kesempatan.. Orang lain duduk mengata agama kita, tapi kita masih berbalah sesama sendiri.. Sebab apa? sebab jahil tak reti hukum hakam.. Dajjal belum muncul lagi... tapi segenap kehidupan kita sekarang ini, ideologi, politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, hukum, militer, semua ini dikuasai oleh sistem dajjal yang dibawa oleh Yahudi dan Nasrani.. 

Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani itu musuh Islam yang sangat nyata.. Siapa yang merealisasikan agenda mereka ini di dalam Malaysia? kalau tidak puak-puak jahil yang beragama Islam.. dah siapa yang jahil tu kalau tidak UMNO? Allah kata, ikutlah kitab Allah supaya kita tidak berpecah.. Tapi tak ikut jugak jadi bodow dulu, kini dan selamanya..

Dalam menuju perang dunia ke-3, kita punya matlamat yang lebih besar.. Tapi untuk mengecapi matlamat ini, kita perlu hapuskan parasit-parasit di dalam negara ini dulu dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional.. Kalau nak harapkan kerajaan yang ada sekarang ni, sampai ke mampus la kita akan sering diperbodohkan dan diperkotak-katikkan.. Mereka dah membangkitkannya.. mereka sudah mencabar kita.. Bila lagi kita nak tunjukkan kuasa kita yang sebenar? Hentikan pergaduhan.. Kalau rasa diri tu jahil, bagi ke orang alim pulak memerintah.. Macam tu jer kaedah dia..

KDC : Aku malas nok kata apa pasal gaduh KFC baru-baru ni.. sebab benda tu melibatkan perkauman antara Cina dan Melayu.. Aku bukan berjuang atas nama bangsa.. Tapi kalau Islam dibuat main, baru aku lawan.. Kalau bab perkauman ni kita bagi ke PERKASA je.. Kalau bab ni aku tabik spring sama PERKASA.. Hok ni bodow, hok tu pun bodow.. Dua-dua bodow.. India jugak yang cerdik!

Wednesday, January 11, 2012

Merealisasikan 2012 : Hari Kehancuran UMNO Barisan Nasional


Seperti yang sudah kita semua sedia maklum bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan selepas sekian lamanya perbicaraan berlangsung... Ini adalah merupakan kemenangan kepada kita untuk terus mara ke hadapan melawan kerajaan UMNO Barisan Nasional.. Walaupun ramai yang menduga, sebarang kemungkinan boleh berlaku di mana hakim akan menerima rayuan pihak pendakwa dan merubah keputusan sebagaimana krisis Menteri Besar di Perak suatu masa dahulu.. Tapi saya tidak menjangkakan semua ini akan berlaku..

Saya yakin, tahun 2012 adalah tahun keramat di mana kita akan menyaksikan tumbangnya sebuah kerajaan zalim yang bernama UMNO Barisan Nasional menjelang PRU-13 yang dijangkakan Mac atau Jun ini..  Sebelum ini juga saya pernah menulis tentang tahun 2012, Benarkah Kiamat 2012?.. Saya juga menulis mengenai Teori 21.12.2012 dan menjangkakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-7.. Ramai juga yang telah menjangkakan hal ini bahawa 2012 hari kebangkitan Islam, kebangkitan rakyat dan kebangkitan anak-anak muda..

Kenapa mesti Anwar Ibrahim perdana menteri Malaysia? Ramai yang kata Anwar bukan pejuang Islam, parti sekular sama macam UMNO dan berbagai tohmahan yang dilemparkan.. Pluralisme, agen yahudi, pengkhianat, peliwat, sehingga pada tahap seorang budak UMNO tu yang merupakan pengikut Al-Habib dari Majlis Ta'lim, percaya dengan kata habibnya bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks dan liwat mengikut pandangan kasyaf... Kasyaf adalah kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada seorang mukmin itu seperti mana disebut di dalam hadis, takutlah kamu dengan pandangan orang mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya Allah..

Tapi perkara ini sudah dibahaskan, walaupun tidak mustahil tetapi kebanyakan di antara manusia ini adalah pembohong semata-mata demi menjaga kepentingan politik.. Sedangkan Nabi sudah berpesan, ikutlah Quran dan Sunnah supaya kamu tidak sesat dunia dan akhirat.. Selagi mana puak-puak UMNO belum bertaubat dan mengikut landasan Islam yang sebenar, saya sama sekali tidak percaya dengan segala tuduhan ini.. Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin Islam yang dihormati di seluruh pelusuk negara, merupakan tokoh Islam, pemimpin yang berkaliber, berjiwa rakyat, dan seorang pemimpin yang adil dan amanah.. Beliau juga berjaya menyatukan kaum Melayu, Cina dan India dengan baik tidak sepertimana 1 Malaysia yang dicanang Najib, Cina, India dan Melayu adalah 1 tetapi hidup Melayu! Hidup Melayu! Hiduip Melayu sampai ke sudah...

Di Afganistan, Tunisia, Marocco, Mesir dan beberapa negara lagi, kerajaan Islam telah menang dalam pilihanraya yang menggugat kuasa Amerika dan Israel.. Seluruh dunia ini, parti kerajaan adalah sekutu kepada Barat termasuklah kerajaan UMNO Barisan Nasional... Walupun kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan Islam tetapi mereka pendokong Islam Liberal.. Minda kita telah pun dijajah... Segala bentuk kehidupan kita telah terpesong dari landasan sebenar.. Di saat ini hadis akhir zaman mula dibacakan di mana-mana kerana kita telahpun meyedari dunia ini adalah sepertimana yang Rasulullah beritahu ianya merujuk kepada zaman ini..

KDC : Sebenarnya panjang lagi aku nak cakap.. Tapi aku tahu korang bukan minat membaca pun.. Jadi aku perabih jelah.. Hari kiamat 2012 adalah konpirasi yahudi.. New World Order  sebenarnya memang sudah berlaku pun sekarang ni.. Budak-budak UMNO pun bagus jugak percaya dengan agenda Barat.. Tapi dunia baru bukan pada kerajaan baru.. Tapi telah meresap masuk pun dalam politik UMNO Barisan Nasional.. Jadi sekarang ni New World Order la ni.. cuma korang jer yang tak perasan.. Bak kata pepatah, kalau dah bengap tu bengap juga.. wslam..

Saturday, August 20, 2011

Kibarkan Panji Hitam


Kata Nabi, Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari arah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan manapun...

Walaupun perbezaan fahaman politik, tapi kebelakangan ini bendera Panji Hitam semakin berkibar tidak kira dari kalangan UMNO mahupun Pas.. Auranya dirasakan semakin tiba.. Meskipun bila ditanya kepada orang yang tak beriman sekalipun siapakah tuhan kamu? Nescaya mereka akan menjawab Allah adalah tuhan kami..

Kita seharusnya bersatu bagi membuka pintu laluan kepada Imam Mahdi.. Masanya sudah tiba.. Gerakan halus freemason yang menyelinap masuk di seluruh dunia bagi membuka pintu laluan kedatangan dajjal harus ditentang.. Kibarkan Panji-panji hitam untuk menghapuskan golongan penyembah dajjal.. Dewasa ini, ramai sudah berbicara mengenai tentera panji hitam terutama di kalangan orang-orang politik.. Mungkin ini adalah tandanya..

2012 adalah tarikh yang dianggap keramat.. Meskipun mengikut kalendar kaum maya yang mengatakan 2012 adalah hari kiamat, tapi ada yang mengatakan ia adalah bencana besar yang menghapuskan 1/3 manusia dan manusia itu terdiri dari alim ulama.. Ini bersesuaian dengan apa yang Tuhan sebut bahawa akhir zaman ini, ilmu-ilmu akan diangkat naik dengan cara mematikan para ulama..

Ada juga yang mengatakan 2012 adalah tentera panji hitam akan muncul? Adakah Malaysia akan bersatu dengan Indonesia bagi menghapuskan kezaliman yang berlaku? Siapakah pencetusnya? Ada juga yang mengatakan bahwa 2012 akan ada suara yang ganjil dari langit? Adakah itu suara Yakjuj Makjuj yang sedang mengali untuk naik melakukan kerosakan di muka bumi ini semula? Adakah kita sekarang ini akan berada di fasa yang ke-5 iaitu pemerintahan dunia baru seperti yang diagendakan oleh pengikut dajjal atau kedatangan Imam Mahdi?

Peringatan : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu seorang Muslim..

Tuesday, May 24, 2011

Laknat ke Atas Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Ini merupakan permasalahan yang agak serius... Tanda-tanda hari kiamat, ayat-ayat Allah ditokok tambah kan oleh orang yang tidak ada ilmu mengenainya... mempermainkan, mencaci junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menghina Tuhan Allah SWT.. Ini yang kafir harbi ni... Kalau jumpa dia ni ambik pedang boleh pegi bunuh ni.. Sila klik disini untuk memantau..

Gua tak tau sama ada orang ini asalnya Melayu Muslim atau pun memang orang kafir.. Kalau baca lagi entri pada blognya, dia menjunjung tinggi agama Kristian... Maknanya dia memang sahih beragama kristian.. Cuma melayu Kristian ataupun bangsa lain Wallahuaklam.. Mungkin penggunaan nama Makcik Hajjah itu sengaja untuk mencetuskan lagi penghinaan terhadap orang Melayu khususnya yang beragama Islam...

Melihat kepada salah satu entrinya pada gambar di atas, dia memaki-maki Najib dan mengatakan puak-puak UMNO ni otak lucah... Nah! golongan yang sesat boleh berkata macam ni.. Gua bukan nk menyokong dia atau mempolitikkan benda ini.. Tapi dimanakah Islam yang diuar-uarkan oleh UMNO?? Sehingga dia berani memperlekehkan UMNO itu atau yang paling penting memperlekehkan agama Islam itu sendiri...

Siap dengan buat bendera 1Malaysia, semua agama di malaysia Kristian, Buddha, Islam itu satu... Ini menimbulkan fitnah... Tambah-tambah lagi isteri Najib tak pakai tudung, Islam ajar ke?? Tunjuk video seks, mengaibkan orang di media.. Islam ajar ke?? Golongan penyesat ni, akan mencari point untuk memperlekehkan Islam.. Dia pulak siap ajar lagi bahawa UMNO ni tak mahu belajar tentang kebenaran Islam.. Jadi yang timbul Islam itu menjadi bahan fitnah, penyebab fitnah itu Najib la kerana banyak ruang-ruang kosong yang membolehkan puak-puak penyesat ni membolos masuk... Puak sesat ni tak payah kata la dah dia sesat dah, api neraka dah dok tunggu, kita yang masih Islam ni la kena jaga...

Jadi minta pimpinan-pimpinan kerajaan, pegawai SKMM, siasat perkara ni.. Jangan orang kita yang ceramah pun tangkap.. Nih sesat jauh ni, musuh Islam ni.. tangkap la.. Hudud terus kalau boleh... Tapi taknak buat hudud, kalau ada membiak lagi ramai lepas ni, nak salahkan siapa??

Peringatan : Pemimpin itu dilantik untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.. Menjadi ketua agama, menyebarkan syiar Islam dan memimpin rakyat dengan adil.. Dalam negara ini, tidak ada pun perkembangan Islam... Hiburan memanjang...

Saturday, April 30, 2011

Sumpah Laknat

Wujud ertinya ada lawannya tiada.. Qidam ertinya sedia lawannya tak sedia.. Betul ke dok?? Tapi kita bukan nok ceramah agama hari ni tapi nak ceramah politik..

Tak cukup dengan liwat, seks pulak dah puak dia main.. Isu sama jer dari dulu sampai sekarang.. Seksual.. Kaedah penyelesaiannya jugak sama iaitu sumpah laknat.. Mu reti ke dok agama nak sumpah-sumpah ni? Orang yang reti agama dia tak wat gini.. Tengok mana ada puak kita main sumpah-sumpah ni.. Kalau Sepol buleh tahan kira ni Datuk T.. Bukan mu yang berzina nak jaga tepi kain orang.. Kalau kita jaga tepi kain dia, dia marah.. Dah mu betul sangat pegi la sumpah sorang-sorang depan kaabah.. Tu pun nak ugut nak kata jugak nak sumpah depan kaabah..

Hukum Qazaf tak mau pakai aku pun pelik la ngan puak-puak ni.. Nak kata tak ikut Tuhan, ikut jugak sebab sumpah ni bab-bab ketuhanan jugak.. Ke sumpah politik?? Ada beza tu.. sumpah kerana Tuhan atau sumpah kerana politik.. Hak ni sapa dok tahu memang kena bodo sokmo la.. Dah hukum Qazaf mu taknak buat, dah tu sebab politik semata la ni...

Sumpah dalam kes tuduhan zina tak dibenarkan pada syarak.. Sebab kita boleh hukum hudud balik kat dia.. Dah hukum hudud pun taknak buat abis punah jahanam la.. Pemimpin kita pun dok reti agama, gosok dahi sokmo.. Orang nak sumpah kita sumpah gak.. Pemimpin kita la tu.. tak tahu sekara.. Kita sekarang di bawah pemerintahan orang yang begitu gila.. Lihatlah generasi kamu yang ada sekarang ini bagaiman, dan lihatlah 20 tahun akan datang, hancur lebur habis.. Dah budak-budak kita sekarang kucar perangai doh, nok jaga 20 tahun nanti guane??

Sedikit demi sedikit, semasa ke semasa, tahun berganti tahun, ayat-ayat Allah itu semakin terbukti.. Jadi tak hairanlah apa yang berlaku sekarang ini.. Adakah kita nak salahkan ayat Allah ini?? Tidak masa sekali.. Puak-puak ini yang kita salahkan.. Jadi kita kata ni sebab kesian ke puak demo.. Biar orang lain la jadi gitu, tapi jangan kita.. Paham ke dok?? Takde modal lah nok ceramah hari ni..

Wassalam...

Friday, March 26, 2010

Mengapa Keadilan? (Edisi Khas) Wahai Saudaraku!

Apa yang membezakan perjuangan kita ini ialah bersih dari segi moral dan akhlaknya. Tok guru Nik Aziz adalah seorang pejuang Islam. Anwar Ibrahim juga seorang pejuang Islam. Jadi penyokongnya juga harus faham dan ubah diri. Ramai yang tidak faham dan ego tanpa sedari prinsip perjuangan yang sebenarnya. Lebih baik menegur ahli sendiri yang melakukan kesilapan dari terus menerus menghentam pihak lawan. Kita tidak mampu membaca hati seseorang. Jadi hanya dengan pandangan mata kasar sahaja kita dapat menilai seseorang. Menilai wanita adalah lebih jelas untuk kita tahu keburukan kerana syaitan tidak akan pergi kepada kaum lelaki. Syaitan akan membinasakan kaum lelaki ialah dengan melalui perempuan. Saya ini sebagai mengambil langkah tok guru dalam menyampaikan dakwah kepada ahli-ahli reformis sangat menekan apa itu nilai wanita sejajar dengan perjuangan Pas dalam membanteras kemaksiatan.

Mengapa wajib menutup aurat? Kerana:

"Orang perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, berdiri tegaklah syaitan padanya" (riwayat Imam Turmudzy)

"Hai Nabi (Muhammad) katakanlah olehmu kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuanmu dan orang-orang perempuan mukmin, hendaknya mereka mengulurkan tudung sarung mereka atas muka-muka mereka. Yang demikian itu sekurang-kurangnya cara untuk mereka diketahui orang, agar mereka itu tidak disakitkan orang." (surah Al Azhab ayat 59)

"Dan orang-orang perempuan tua yang telah berhenti (dari haidh dan nifas), yang tidak ada harapan kahwin lagi, maka tidak mengapa atas mereka itu meletakkan pakaian (tutup) mereka, dengan tidak memperlihatkan perhiasan-perhiasan mereka, dan jika hendak memelihara (kehormatan) mereka, lebih baik bagi mereka itu (tidak membuka tudung itu)." (surah An Nur ayat 60)

"Apabila seorang perempuan itu telah sampai dewasa (sudah remaja puteri), tidak halal baginya jika menampakkan dirinya, melainkan mukanya dan melainkan apa yang dibawahnya". (riwayat Imam At Thabarany)

"Dan hendaklah perempuan-perempuan mukmin itu mengulurkan kain tutup mereka atas dada dan leher mereka." (riwayat Imam Bukhari)

"Allah tidak akan terima solat dari seorang perempuan hingga ia tutup perhiasannya, dan tidak terima solat dari seorang anak perempuan yang telah dewasa hingga ia bertudung kepala". (riwayat Imam At Thabarany)

"Dua macam golongan manusia dari ahli neraka yang aku tidak akan sudi melihat kedua-duanya nanti: 1. golongan orang-orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang menarik-narik dan mengangguk-anggukkan kepala seperti punuk unta yang menggeleng-geleng kepalanya, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedikitpun, 2. golongan orang-orang lelaki yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang dipergunakan untuk memukul orang." (riwayat Imam-Imam Ahmad)

"Tidakkah dari seorang perempuan yang melepaskan tudungnya di tempat yang lain dari rumah suaminya, melainkan pastilah terbuka tirai yang ada di antaranya dan antara tuhannya." (riwayat Imam Thabarany)

Berdasarkan Al Quran dan hadis ini, memperlihatkan betapa jelas dan seriusnya tuhan memerintahkan kita dalam berpakaian sopan dan menutup aurat. Siapakah pembimbing pelapis generasi baru kalau bukan kita wahai pejuang Islam dan rakan reformasi?? Kalau imej kita sama, tidak ada bezanya kita dengan pihak lawan. Bila tegur sikit, cakap mulut takdak insurans, kurang ajar, budak hingusan, dalam masa yang sama degil dan keras kepala. Sedih...

PELURU HIDUP TO http://nnora75reform.blogspot.com/

Friday, November 20, 2009

Kempen Tutup Aurat

Hari-hari
dipinggir jalanraya kota ini
aku menemui
ramai gadis bangsaku
yang mendedahkan aurat
tanpa malu

hari-hari
di kaki lima shopping kompleks ini
aku menemui
ramai pemuda bangsaku
yang cuma duduk berlagak
dengan aksi tanpa wang disaku
menatap perempuan lalu
lepas satu-satu

hari-hari
di jantung ibu kota
aku melihat
pasangan muda mudi Melayu lah saja
yang tak jemu berfoyan dan bercumbu
membuang masa tanpa faedah apa satu

"tidakkah dari seorang perempuan yang melepaskan tudungnya di tempat yang lain dari rumah suaminya, melainkan pastilah terbuka tirai yang ada di antaranya dan antara tuhannya"

Friday, June 5, 2009

Benarkah Kiamat 21.12.2012?

Ramalan bahawasanya kiamat akan berlaku pada 2012 ini menjadi topik hangat dibincangkan di kalangan masyarakat antarabangsa dan menjadi perhatian para sainstis barat. Cerita ini yang merupakan ramalan oleh satu etnik purba yang digelar sebagai kaum Mayan sudah pun tersebar luas di internet dan Mastika juga ada menulisnya pada keluaran Jun 2009. Mengikut kalendar kaum Maya ini, pada 21.12.2012 segala carekawala bertembung antara satu sama lain. Suhu akan meningkat dan menyebabkan bongkahan ais akan mencair. Selain itu juga akan berlaku taufan dan tsunami. Persoalannya adakah ramalan ini benar?

Ramalan masyarakat Maya ini menjadi perhatian di kalangan bijak pandai dan para sainstis barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang falak. Masyarakat kuno ini amat terkenal dalam bidang astronomi, arkitektur, kejuruteraan, seni serta matematik. Mereka ini lebih mengetahui kejadian alam dan mempunyai kalendar sendiri. Bagi menguatkan ramalan ini, ada golongan bijak pandai barat yang menyokong ramalan ini. Selain itu juga terdapat gunung berapi di Amerika yang sudah meletus beribu tahun lamanya sedang menunggu masa untuk meletus kembali pada 2012. Melalui kitab kuno dari China turut menyatakan bencana besar akan berlaku pada 2012. Melalui sumber-sumber dan pakar-pakar, adakah anda percaya? Kiamat itu adalah bencana yang amat mustahil untuk manusia mengetahui dan meramalkannya kerana kedatangannya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan pada waktu kedatangannya kerana kiamat berlaku dengan secara mengejut.

Apa yang berlaku sekarang ini, belum sempat 2012 pun sudah ada bencana alam. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina pada Mei 2008 telah runtuh. Kerajaaan UMNO sekali lagi telah memalukan negara. Seluruh dunia menyaksikan bagaimana bangunan yang siap dibina boleh runtuh. Adakah ini berpunca dari kecuaian kerja-kerja kontraktor atau sebab lain seperti bencana alam? kejadian ini menjadi tanda tanya semua pihak dan digesa untuk menyiasat bumbung runtuh yang bernilai RM292 juta itu. Jika ini bencana alam yang dari Allah, maka tidak hairanlah ianya berlaku akibat rasuah yang semakin banyaknya dewasa ini dan mungkin juga ia tanda-tanda awal hari kiamat.

Wallahualam.

Friday, May 29, 2009

Islam Hadhari

Lagi kisah buang bayi. Lagi satu, satu kes seperti ini berlaku. Remaja semakin berani, dosa pahala dia tolak ke tepi. Masa sekolah bukan untuk belajar lagi tapi masa untuk cari pasangan. Ibu bapa sibuk mengejar wang dan pangkat. Macam cerita 'anak halal' la. Saudara pernah tengok? Kalau belum mari kita pakat-pakat tengok. Kelmarin kita dikejutkan dengan kes buang bayi. Bayi yang ditemui dalam keadaan tebungkus dengan selendang putih tidak bernyawa lagi. Ibu yang tidak berperikemanusiaan ini telah membuang mayat lelaki ini di perkarangan rumah pekerja yang menemui mayat tersebut. Selain itu juga terdapat satu nota terselit di pintu pagar rumah pekerja berkenaan. Dalam nota itu tertulis:

"tolong kebumikan, terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian. Saya hargai pertolongan anda"

Hari ini kita dikhabarkan bahawa ibu kepada bayi tersebut ialah seorang remaja yang berusia 16 tahun. Berani ini anak mengaku. Dah la maruah tergadai, mengaku pulak tu. Nah! inilah generasi yang dilahirkan Islam Hadhari di mana puak-puak UMNO dok pertahankan sangat. Mengikut keterangan remaja ini iaitu ibu kepada bayi tersebut, beliau telah dirogol sehingga mengalami kehamilan. Tetapi kandungan ini dirahsiakan. Dah tak mau kena rogol macam mana kalau kita bergaul bebas dengan bukan muhrim. Pegang tangan macam pemimpin UMNO sorang tu la. Buka aurat macam bini pemimpin hak tu la. Alangkah bagus kiranya anak gadis berkurung di dalam rumah bagi mengelakkan kejadian rogol atau zina dan sebagainya dari berlaku. Tetapi apa yang menjadi contoh Islam Hadhari ini tidak boleh dipakai. Dan ini sering menjadi pertikaian para ulama. Mengapa harus ada Islam Hadhari? Islam moden? Islam baru? Adakah Islam pada zaman Nabi dahulu sudah lapuk dan ketinggalan dek zaman? Jika itu benar, mengapa UMNO tidak jadikan solat tiga kali sehari? Kenapa tidak jadikan puasa dibenarkan minum secawan air? Dengan alasan dan hujah-hujah tertentu.

Sunday, May 24, 2009

Umno Tolak Hukum Hudud

Isteri ketua jurulatih pasukan beregu badminton negara Rexy Mainaky cedera di tangan kiri setelah terseret dalam kejadian ragut oleh dua lelaki di sini kelmarin. Mereka tiba-tiba didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motorsikal lalu meragut beg tangan Henny sehingga berlaku pergelutan menyebabkan isterinya itu terseret dan mengalami kecederaan di tangan kiri, lapor Bernama hari ini.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah peningkatan kadar jenayah. Tidak kira sama ada ragut, rogol, rompak, bunuh atau sewaktu dengannya semakin kritikal dewasa ini. Oleh sebab itu pihak bertanggungjawab harus memainkan peranan dalam mencegah perkara seperti ini dari terus berlaku. Tetapi apa puncanya? Ibu bapa? Rakan sebaya? Pemimpin? Semua manusia tidak mahu ada kerosakan dan gejala seperti ini berlaku di negara ini. Tidak kira dari mana kerajaan sama ada UMNO, PKR dan Pas. Tidak mahu. Tetapi di mana silapnya? Saya lebih mengenengahkan permasalahan ini adalah dari salah laku pemimpin. Tidak kiralah ibu bapa, guru mahupun pemimpin negara. Utamanya perkara ini berlaku akibat kurang didikan agama. Ini salah satu punca yang memang 98% sahih. Mereka ini rakan-rakan istimewa mungkin tidak berpelajaran, tidak mempunyai pekerjaan atau apa-apa jualah. Salah siapa? Jika kita katakan bahawa mereka ini tidak dihantar ke sekolah, adakah guru yang salah? Jika ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah akibat kemiskinan, lagi mau cakap ibu bapa ke salah? Apapun pemimpin negara yang bikin masalah.

Kerajaan UMNO sudah 51 perintah. Dia pegang ini negara. Media dia kawal. Apa yang dia buat? Kita lihat di media sekarang ini, banyak sekali program tv yang melalaikan seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, konsert-konsert Jom Heboh dan sebagainya. Saya tidak katakan ini sebagai punca jenayah meningkat walaupun ada pengaruh sedikit sebanyak, tetapi mengapa harus perbanyakkan program maksiat seperti ini? Alangkah baiknya jika disiarkan ceramah agama para ulama seperti Tok Guru Nik Aziz, Haron Din atau ulama-ulama yang lain. Persoalannya mengapakah kebanyakan para ulama adalah terdiri daripada pemimpin Pas? Ini yang problem ni. Kita berceramah sepanjang hari bukan sahaja politik, ada disiarkan? Ini yang dikatakan media tidak bersikap adil. Saya cuba menemu bual beberapa orang rakyat, yang pro kerajaan ada, yang tak ambil port politik pun ada. Komen mereka, tidak ada info, bercakap kosong tetapi dalam masa yang sama degil dan keras kepala. Kalau kerosakan akhlak semakin meningkat, adakah wajar kita katakan ianya adalah umat akhir zaman yang tidak ada sebarang amar maaruf dan nahi mungkar? Jika akhir zaman ini umat Islam tidak lagi memperjuangkan Islam, adakah kita mahu terdiri daripada orang-orang yang tidak memperjuangkan Islam? Jika Islam akhir zaman adalah Islam Hadhari, yang membenarkan judi, membenarkan tidak menutup aurat, membenarkan pergaulan bebas dengan bukan muhrim, adakah kita mahu bersama ahli-ahli neraka?

Sama-sama kita fikirkan.

Monday, May 18, 2009

Rasulullah Adalah Ahli Politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekaligus merupakan seorang pemimpin dunia Islam? Adakah sebagai seorang pemimpin kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada agama Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya baik di Mekah ataupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyur (semasa Rasulullah masih di Mekah),

"Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan segala urusan (dakwah) ini hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak aku tinggalkan." (HR At-Thabari)