Apa yang membezakan perjuangan kita ini ialah bersih dari segi moral dan akhlaknya. Tok guru Nik Aziz adalah seorang pejuang Islam. Anwar Ibrahim juga seorang pejuang Islam. Jadi penyokongnya juga harus faham dan ubah diri. Ramai yang tidak faham dan ego tanpa sedari prinsip perjuangan yang sebenarnya. Lebih baik menegur ahli sendiri yang melakukan kesilapan dari terus menerus menghentam pihak lawan. Kita tidak mampu membaca hati seseorang. Jadi hanya dengan pandangan mata kasar sahaja kita dapat menilai seseorang. Menilai wanita adalah lebih jelas untuk kita tahu keburukan kerana syaitan tidak akan pergi kepada kaum lelaki. Syaitan akan membinasakan kaum lelaki ialah dengan melalui perempuan. Saya ini sebagai mengambil langkah tok guru dalam menyampaikan dakwah kepada ahli-ahli reformis sangat menekan apa itu nilai wanita sejajar dengan perjuangan Pas dalam membanteras kemaksiatan.
Mengapa wajib menutup aurat? Kerana:
"Orang perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, berdiri tegaklah syaitan padanya" (riwayat Imam Turmudzy)
"Hai Nabi (Muhammad) katakanlah olehmu kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuanmu dan orang-orang perempuan mukmin, hendaknya mereka mengulurkan tudung sarung mereka atas muka-muka mereka. Yang demikian itu sekurang-kurangnya cara untuk mereka diketahui orang, agar mereka itu tidak disakitkan orang." (surah Al Azhab ayat 59)
"Dan orang-orang perempuan tua yang telah berhenti (dari haidh dan nifas), yang tidak ada harapan kahwin lagi, maka tidak mengapa atas mereka itu meletakkan pakaian (tutup) mereka, dengan tidak memperlihatkan perhiasan-perhiasan mereka, dan jika hendak memelihara (kehormatan) mereka, lebih baik bagi mereka itu (tidak membuka tudung itu)." (surah An Nur ayat 60)
"Apabila seorang perempuan itu telah sampai dewasa (sudah remaja puteri), tidak halal baginya jika menampakkan dirinya, melainkan mukanya dan melainkan apa yang dibawahnya". (riwayat Imam At Thabarany)
"Dan hendaklah perempuan-perempuan mukmin itu mengulurkan kain tutup mereka atas dada dan leher mereka." (riwayat Imam Bukhari)
"Allah tidak akan terima solat dari seorang perempuan hingga ia tutup perhiasannya, dan tidak terima solat dari seorang anak perempuan yang telah dewasa hingga ia bertudung kepala". (riwayat Imam At Thabarany)
"Dua macam golongan manusia dari ahli neraka yang aku tidak akan sudi melihat kedua-duanya nanti: 1. golongan orang-orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang menarik-narik dan mengangguk-anggukkan kepala seperti punuk unta yang menggeleng-geleng kepalanya, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedikitpun, 2. golongan orang-orang lelaki yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang dipergunakan untuk memukul orang." (riwayat Imam-Imam Ahmad)
"Tidakkah dari seorang perempuan yang melepaskan tudungnya di tempat yang lain dari rumah suaminya, melainkan pastilah terbuka tirai yang ada di antaranya dan antara tuhannya." (riwayat Imam Thabarany)
Berdasarkan Al Quran dan hadis ini, memperlihatkan betapa jelas dan seriusnya tuhan memerintahkan kita dalam berpakaian sopan dan menutup aurat. Siapakah pembimbing pelapis generasi baru kalau bukan kita wahai pejuang Islam dan rakan reformasi?? Kalau imej kita sama, tidak ada bezanya kita dengan pihak lawan. Bila tegur sikit, cakap mulut takdak insurans, kurang ajar, budak hingusan, dalam masa yang sama degil dan keras kepala. Sedih...
PELURU HIDUP TO http://nnora75reform.blogspot.com/
Firefighters called to brush fire south of Gardnerville
10 months ago






