Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Friday, December 21, 2012

2012: Pembukaan Era Baru



Kaum maya telah menjelaskan bahawa tarikh hari ini bukan akhir zaman tetapi pembukaan era baru.. ada benarnya juga kerana dari sudut politik semua kerajaan di dunia tewas dengan pembangkang.. lepas ni Malaysia pulak dgn pemerintahan yang baru.. maka fitnah dari puak pembangkang UMNO akan lebih dasyat dari hari ini lepas hilang kuasa.. zaman ketibaan dajjal bakal bermula.. telah ditulis dalam blog saya pada november 2011 Pertengahan Permulaan

KDC : Yang aku tulis pada november 2011 tu, Pakatan Rakyat tak akan menang.. mungkin menang dan mungkin kalah.. tapi ini bukan isunya, isunya ialah pembukaan era baru iaitu zaman ribut di seluruh negara..

Sunday, February 12, 2012

Perang Dunia Ke-3 Akan Tiba!


Islam semakin dicabar! Islam semakin dihina! Islam dicaci! Islam dipermainkan! Adakah mereka sudah mula mahu membangkitkannya? Sekarang kita dah dapat rasakan Islam mula bangkit tidak seperti berapa abad dulu.. Dalam kebangkitan kita ini, kita semakin hari semakin diperlekehkan.. Kebanyakan yang aku pernah nampak, jarang sekali umat Islam sendiri yang menghina agama lain secara terang-terangan.. Kebanyakan mereka adalah dari kristian dan pengamal kitab bible yang menghina Islam..

Aktiviti memurtadkan umat Islam untuk masuk Kristian dah semakin berleluasa.. Ruang-ruang kosong dan bocor di dalam Islam itu ditembusi oleh puak-puak laknatullah ini untuk mencemuh Islam.. Akibat perselisihan orang-orang Islam di dalam politik, maka golongan ini mengambil kesempatan.. Orang lain duduk mengata agama kita, tapi kita masih berbalah sesama sendiri.. Sebab apa? sebab jahil tak reti hukum hakam.. Dajjal belum muncul lagi... tapi segenap kehidupan kita sekarang ini, ideologi, politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, hukum, militer, semua ini dikuasai oleh sistem dajjal yang dibawa oleh Yahudi dan Nasrani.. 

Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani itu musuh Islam yang sangat nyata.. Siapa yang merealisasikan agenda mereka ini di dalam Malaysia? kalau tidak puak-puak jahil yang beragama Islam.. dah siapa yang jahil tu kalau tidak UMNO? Allah kata, ikutlah kitab Allah supaya kita tidak berpecah.. Tapi tak ikut jugak jadi bodow dulu, kini dan selamanya..

Dalam menuju perang dunia ke-3, kita punya matlamat yang lebih besar.. Tapi untuk mengecapi matlamat ini, kita perlu hapuskan parasit-parasit di dalam negara ini dulu dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional.. Kalau nak harapkan kerajaan yang ada sekarang ni, sampai ke mampus la kita akan sering diperbodohkan dan diperkotak-katikkan.. Mereka dah membangkitkannya.. mereka sudah mencabar kita.. Bila lagi kita nak tunjukkan kuasa kita yang sebenar? Hentikan pergaduhan.. Kalau rasa diri tu jahil, bagi ke orang alim pulak memerintah.. Macam tu jer kaedah dia..

KDC : Aku malas nok kata apa pasal gaduh KFC baru-baru ni.. sebab benda tu melibatkan perkauman antara Cina dan Melayu.. Aku bukan berjuang atas nama bangsa.. Tapi kalau Islam dibuat main, baru aku lawan.. Kalau bab perkauman ni kita bagi ke PERKASA je.. Kalau bab ni aku tabik spring sama PERKASA.. Hok ni bodow, hok tu pun bodow.. Dua-dua bodow.. India jugak yang cerdik!

Wednesday, January 11, 2012

Merealisasikan 2012 : Hari Kehancuran UMNO Barisan Nasional


Seperti yang sudah kita semua sedia maklum bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan selepas sekian lamanya perbicaraan berlangsung... Ini adalah merupakan kemenangan kepada kita untuk terus mara ke hadapan melawan kerajaan UMNO Barisan Nasional.. Walaupun ramai yang menduga, sebarang kemungkinan boleh berlaku di mana hakim akan menerima rayuan pihak pendakwa dan merubah keputusan sebagaimana krisis Menteri Besar di Perak suatu masa dahulu.. Tapi saya tidak menjangkakan semua ini akan berlaku..

Saya yakin, tahun 2012 adalah tahun keramat di mana kita akan menyaksikan tumbangnya sebuah kerajaan zalim yang bernama UMNO Barisan Nasional menjelang PRU-13 yang dijangkakan Mac atau Jun ini..  Sebelum ini juga saya pernah menulis tentang tahun 2012, Benarkah Kiamat 2012?.. Saya juga menulis mengenai Teori 21.12.2012 dan menjangkakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-7.. Ramai juga yang telah menjangkakan hal ini bahawa 2012 hari kebangkitan Islam, kebangkitan rakyat dan kebangkitan anak-anak muda..

Kenapa mesti Anwar Ibrahim perdana menteri Malaysia? Ramai yang kata Anwar bukan pejuang Islam, parti sekular sama macam UMNO dan berbagai tohmahan yang dilemparkan.. Pluralisme, agen yahudi, pengkhianat, peliwat, sehingga pada tahap seorang budak UMNO tu yang merupakan pengikut Al-Habib dari Majlis Ta'lim, percaya dengan kata habibnya bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks dan liwat mengikut pandangan kasyaf... Kasyaf adalah kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada seorang mukmin itu seperti mana disebut di dalam hadis, takutlah kamu dengan pandangan orang mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya Allah..

Tapi perkara ini sudah dibahaskan, walaupun tidak mustahil tetapi kebanyakan di antara manusia ini adalah pembohong semata-mata demi menjaga kepentingan politik.. Sedangkan Nabi sudah berpesan, ikutlah Quran dan Sunnah supaya kamu tidak sesat dunia dan akhirat.. Selagi mana puak-puak UMNO belum bertaubat dan mengikut landasan Islam yang sebenar, saya sama sekali tidak percaya dengan segala tuduhan ini.. Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin Islam yang dihormati di seluruh pelusuk negara, merupakan tokoh Islam, pemimpin yang berkaliber, berjiwa rakyat, dan seorang pemimpin yang adil dan amanah.. Beliau juga berjaya menyatukan kaum Melayu, Cina dan India dengan baik tidak sepertimana 1 Malaysia yang dicanang Najib, Cina, India dan Melayu adalah 1 tetapi hidup Melayu! Hidup Melayu! Hiduip Melayu sampai ke sudah...

Di Afganistan, Tunisia, Marocco, Mesir dan beberapa negara lagi, kerajaan Islam telah menang dalam pilihanraya yang menggugat kuasa Amerika dan Israel.. Seluruh dunia ini, parti kerajaan adalah sekutu kepada Barat termasuklah kerajaan UMNO Barisan Nasional... Walupun kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan Islam tetapi mereka pendokong Islam Liberal.. Minda kita telah pun dijajah... Segala bentuk kehidupan kita telah terpesong dari landasan sebenar.. Di saat ini hadis akhir zaman mula dibacakan di mana-mana kerana kita telahpun meyedari dunia ini adalah sepertimana yang Rasulullah beritahu ianya merujuk kepada zaman ini..

KDC : Sebenarnya panjang lagi aku nak cakap.. Tapi aku tahu korang bukan minat membaca pun.. Jadi aku perabih jelah.. Hari kiamat 2012 adalah konpirasi yahudi.. New World Order  sebenarnya memang sudah berlaku pun sekarang ni.. Budak-budak UMNO pun bagus jugak percaya dengan agenda Barat.. Tapi dunia baru bukan pada kerajaan baru.. Tapi telah meresap masuk pun dalam politik UMNO Barisan Nasional.. Jadi sekarang ni New World Order la ni.. cuma korang jer yang tak perasan.. Bak kata pepatah, kalau dah bengap tu bengap juga.. wslam..

Sunday, November 6, 2011

Pertengahan Permulaan



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita menyambut hari raya Eidul Adha dan menikmati daging-daging yang telah siap dikorbankan. Hari raya korban ni la hari raya yang paling menyenyangkan. Raya umah ni makan nasi.. raya umah sana makan nasi..  Jadi makan la puas-puas selagi nyawa di kandung badan.

Tukar topik, rasanya pilihanraya pun bakal mendatang beberapa hari lagi.. Betul ke beberapa hari lagi? Bukan ke kata Najib pilihanraya akan dibuat pada 11/11/2011? yess itu tarikh yang menarik sekali.. Bagus juga idea Najib ni.. Kelas, fantastik dan sistematik.. Tapi seeloknya buat pilihanraya tahun depan la. Tu pun kalau nak kalah banyak.

Tak kisahlah sama ada pilihanraya tahun ni ke atau tahun depan ke, janji aku tak boleh mengundi lagi.. Kalau la pilihanraya tahun depan, pasti aku dah boleh mengundi, itu pun kalau ikut tahun.. kalau ikut bulan memang sah la tak boleh.. Walaubagaimanapun, saya amat yakin, pilihanraya 2012 adalalah tarikh keramat yang akan kita menyaksikan tumbangnya kerajaan zalim UMNO Barisan Nasional. Sila rujuk balik posting sebelum ini iaitu teori mengarut aku pada link ini Teori 21/12/2012.

Jadi kerana terlalu berat memikirkan masalah negara sehingga aku mengidap penyakit Insomnia, jadi aku buat keluar balik teori mengarut aku yang bercanggah dengan posting sebelum ini tapi ada hubung kaitnya.. Walaupun teori 2012 aku membenarkan untuk kerajaan UMNO kalah, tapi itu adalah mustahil.. Saya percaya, kerajaan Islam khususnya Pas dan umumnya Pakatan Rakyat akan menang besar menjelang pilihanraya ke-13.. Tetapi, 80% adalah kalah.. Ini bermakna, kerajaan Pakatan Rakyat masih belum mampu menawan Putrajaya..

Kenapa saya berkata begitu? kerana dunia kita sekarang ini hanyalah permulaan.. Islam masih lagi di tahap bawah mundur berbanding masa-masa yang akan mendatang tidak lama lagi.. Kezaliman pemerintah pada abad ini hanyalah permulaan.. Kerajaan UMNO adalah penerus bagi kerajaan-kerajaan zalim tidak lama lagi.. Nantikan keruntuhan negara apabila Khairy Jamaludin menjadi perdana menteri..

Islam masih belum menang.. Segala kerakusan, penyelewengan, fitnah, penindasan dan kezaliman ini adalah pertengahan di antara permulaan.. Anda faham apa yang saya maksudkan? Permulaan dunia kita masih pada suku awal.. Seterusnya pengakhiran permulaan, tanda-tandanya akan tiba..

Peringatan : Saya percaya, sekiranya kerajaan Islam di negara ini memperolehi kejayaan, seluruh negara di Asia Tenggara akan mengalami perubahan politik yang sama. Sudahkah anda dapat bagaimana Indonesia dan Singapura?

Saturday, August 20, 2011

Kibarkan Panji Hitam


Kata Nabi, Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari arah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan manapun...

Walaupun perbezaan fahaman politik, tapi kebelakangan ini bendera Panji Hitam semakin berkibar tidak kira dari kalangan UMNO mahupun Pas.. Auranya dirasakan semakin tiba.. Meskipun bila ditanya kepada orang yang tak beriman sekalipun siapakah tuhan kamu? Nescaya mereka akan menjawab Allah adalah tuhan kami..

Kita seharusnya bersatu bagi membuka pintu laluan kepada Imam Mahdi.. Masanya sudah tiba.. Gerakan halus freemason yang menyelinap masuk di seluruh dunia bagi membuka pintu laluan kedatangan dajjal harus ditentang.. Kibarkan Panji-panji hitam untuk menghapuskan golongan penyembah dajjal.. Dewasa ini, ramai sudah berbicara mengenai tentera panji hitam terutama di kalangan orang-orang politik.. Mungkin ini adalah tandanya..

2012 adalah tarikh yang dianggap keramat.. Meskipun mengikut kalendar kaum maya yang mengatakan 2012 adalah hari kiamat, tapi ada yang mengatakan ia adalah bencana besar yang menghapuskan 1/3 manusia dan manusia itu terdiri dari alim ulama.. Ini bersesuaian dengan apa yang Tuhan sebut bahawa akhir zaman ini, ilmu-ilmu akan diangkat naik dengan cara mematikan para ulama..

Ada juga yang mengatakan 2012 adalah tentera panji hitam akan muncul? Adakah Malaysia akan bersatu dengan Indonesia bagi menghapuskan kezaliman yang berlaku? Siapakah pencetusnya? Ada juga yang mengatakan bahwa 2012 akan ada suara yang ganjil dari langit? Adakah itu suara Yakjuj Makjuj yang sedang mengali untuk naik melakukan kerosakan di muka bumi ini semula? Adakah kita sekarang ini akan berada di fasa yang ke-5 iaitu pemerintahan dunia baru seperti yang diagendakan oleh pengikut dajjal atau kedatangan Imam Mahdi?

Peringatan : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu seorang Muslim..

Wednesday, June 9, 2010

Lari Rumah Ikut Kekasih

Pada awalnya saya keliru sama ada betul atau tidak gambar Nur Laili yang disiarkan di TV3 dalam iklan Remaja. Akibat dek lupa tentang rancangan itu, maka saya terlepas menontonnya dan saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu. Tetapi saya bernasib baik kerana dapat mengikuti siaran ulangannya pada jam 1 pagi. Memang betullah gambar yang disiarkan itu adalah Nur Laili. Isunya ialah lari dari rumah kerana mengikut kekasih.

Nur Laili ialah sahabat saya di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bersama-bersama berkerjasama dalam kompeni Charlie. Sungguh tidak disangka seorang yang baik akhlaknya, dipuji oleh mana-mana jurulatih, mempunyai suara yang merdu dan sentiasa memberikan pandangan yang positif dalam perbincangan kumpulan, terlibat dalam keruntuhan moral ini. Saya berasa sangat terkilan dan amat malang sekali kerana apa mesej yang hendak kerajaan sampaikan melalui PLKN ini, tak sampai dekat dia atau lebih tepat bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Memang tidak dinafikan program PLKN ini adalah program yang baik dan berfaedah kepada generasi muda. Walaupun suatu ketika dahulu saya membangkang kerajaan dengan kewujudan program ini, dengan kes kematian, dengan memaksa, kalau tak pergi akan dikenakan denda dan penjara, dan ketidak cenderungan remaja mengikuti program ini. Tetapi usaha kerajaan ada baiknya. Tapi usaha sebegini sahaja tidak cukup sekiranya tidak ada program-program keagamaan atau meletakkan agama di hadapan. Maka lahirlah generasi yang sia-sia. Saya berharap agar saudari Nur Laili kembali ke pangkuan keluarga. Ingatlah ada orang yang lebih menyayangi anda menanti di rumah.

Thursday, May 28, 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi

Selamat bercuti abang ucapkan buat adik-adik kanak-kanak rebena. Maklumlah cuti ini sudah menjadi kegembiraan buat anak-anak kita. Bagi mereka, cuti ini adalah masa untuk bermain. Tak ada cuti pun main jugak. Biasa ler tu. Teringat pada masa abang sekolah dulu-dulu, bila sekolah jer mesti nak cuti, bila cuti jer mesti nak cuti jugak. Apa tidaknya, masa sekolah rendah dulu kerja cikgu bagi banyak. Tak buat kena marah berbeza dengan sekolah menengah. Dulu masa sekolah rendah rasa dah besar jer walaupun darjah tiga. Sekarang dah naik tingkatan 6, tengok kanak-kanak ni kesian jer. Bawa beg besar-besar. Cikgu bila dah marah macam nak lawan tomoi jer dengan budak-budak ni. Ada ke patut? Nak ajar tengok orang la sikit. Tu kan budak kecik. Semakin negara mengalami kemajuan, semakin kerdil budak-budak ini. Lihat saja pelajar tingkatan satu, macam darjah dua jer. Kalau dulu kita tengok pelajar tingkatan satu sudah besar dan matang tapi sekarang macam siput sedut. Apakah puncanya? Mungkin juga faktor pemakanan mereka. Dewasa ini banyak pengeluaran makanan segera yang diragui kehalalannya. Kita perlu bijak memilih. Kalau semak kat JAKIM terlalu banyak makanan yang disenaraikan yang boleh memudaratkan. Persoalannya mengapakah makanan ini masih dikeluarkan?

Ayam yang kerap kita makan hari-hari juga dicurigai. Hal ini kerana ada ayam yang mengandungi enzim babi. Pihak yang tidak bertanggungjawab memberikan makanan kepada ternakan ayam ini yang diperbuat daripada lemak babi supaya ayam menjadi gemuk dan segar. Para pengguna dinasihati memilih barangan dengan berhati-hati terutama bagi makanan segera. Kita juga tidak boleh menolak ini adalah salah satu perbuatan yahudi kafir untuk merosakkan umat Islam khususnya. Tidak hairanlah jika dunia sekarang mengalami kehancuran. Umat Islam semakin mundur dan ditindas. Minda generasi baru dipengaruhi budaya kuning mereka. Yahudi sedikit demi sedikit mengalami kemenangan.

Tuesday, May 26, 2009

Tragedi

Hari ini seperti biasa awal jam 7.00 pagi, sahabat saya akan datang ke rumah menjemput saya bersama-sama ke sekolah. Kali ini kami ditemani seorang lagi sahabat yang baru sahaja untuk memasuki tingkatan 6 buat kali pertamanya. Jarak dari rumah ke sekolah kira-kira 27KM. Kami bertolak kira-kitra jam 7.15 pagi. Langit sudah membiru, matahari mula menegak, perjalanan kami agak perlahan, penuh kesabaran dan jiwa yang tenang. Hal ini dikhuatiri oleh sahabat kami ini. Maklumlah pertama kali ke sekolah baru, tidak tahu persekitaran sekolah. Masuk pukul berapa, rehat pukul berapa dan pulang pukul berapa. Mesti mau ikut peraturan. Jadi dia suruh kami bawa motor cepat sikit. Kami tidak mudah termakan dengan kata-kata, saya kata 'biar lambat, asalkan selamat'. Tiba di persimpangan, kelihatan lebuh raya tidak begitu sibuk. Tetapi malang tidak berbau, sikap sahabat ini yang terburu-buru, yang niat untuk belajar bertukar tragedi. Akibat tidak pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan akhirnya membawa kepada kemalangan. Kejadian ini turut disaksikan penduduk berhampiran di mana sahabat saya terpelanting dan tergolek-golek di atas jalan raya. Mujur sahaja tidak ada kenderaan berat di situ. Saya sedikit terkaku, dalam masa yang sama lantas tanpa membuang masa menghampiri sahabat dan seorang pemuda yang terlibat meraung-raung kesakitan. Keadaan pagi itu sekelip mata menjadi sibuk dan banyak sekali kenderaan berbaris panjang.

Saya difahamkan, sahabat saya ini mengalami kecederaan yang serius pada organ dalaman dan patah pada kedua-dua belah kakinya. Mungkin juga ia benar kerana saya tidak nampak kecederaan yang serius pada luarannya tetapi mukanya pucat dan tidak bermaya. Memandangkan cuma kami sahaja sahabatnya di situ, kami diarah untuk memberitahu khabar buruk ini kepada ibu bapanya. Saya juga sempat merakam keadaan di sini pagi tadi. Sila klik disini untuk menonton video. Selesai memberitahu ibu abapanya, kami bergegas untuk ke sekolah. Keadaan di tempat kejadian itu menjadi lengang. Saya diberitahu sahabat ini dibawa ke hospital keran tidak sedarkan diri. Apa yang menjadi persoalan saya, mengapakah kerajaan tidak mengambil langkah mencegah kemalangan jalan raya? Walhal masyarakat sedia maklum bahawa kadar kemalangan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Lebuh raya yang sibuk seperti itu sepatutnya diletakkan lampu isyarat. Tetapi mengapa kerajaan tidak peka dengan situasi ini?

Terdapat banyak kes kemalangan jalan raya. Ada yang berpunca dari sikap individu itu sendiri dan faktor kenderaan mereka. Tetapi faktor persekitaran itu juga penting. Kerajaan UMNO Barisan Nasional lebih mementingkan kemajuan pembangunan. Mereka tebang balak dan kesannya sangat mendalam. Perbuatan ini boleh membawa kepada jerebu sehingga menghalang pandangan pemandu. Selain itu juga hujan yang berterusan menyebabkan jalan licin dan terdapat juga kerosakan pada permukaan jalan. Bala seperti ini kadangkala kita tidak boleh menolak yang ianya datang dari Allah sebab perlakuan pemimpin-pemimpin kita juga. Terlalu banyak rasuah, pecah amanah, menggalakkan maksiat yang datangnya dari kalangan pemimpin UMNO. Jadi puak-puak UMNO ini harus sedar dan bertaubat, Sesungguhnya hidupku, matiku hanya pada-Mu Ya Allah.