Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

UMNO Parti Seks

Alhamdulillah sempena 26 Oktober 2011 baru ini, genaplah usia saya 20 tahun. Sambil memikirkan apa yang telah saya lakukan sepanjang 20 tahun lamanya ini, berapa banyak amalan yang telah dilakukan? adakah dosa yang bertambah? cukupkah amalan saya? sedikitpun tidak menjamin kebahagiaan di akhirat apabila ajal mendatang. Oleh itu, saya menyeru kepada saudara-saudara dan diri saya sendiri, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan dari kamu dalam keaadan Muslim.

Bercakap tentang usia, apa ada pada usia? Adakah usia menentukan sama ada kita baligh atau tidak? adakah usia menentukan kita matang atau tidak? adakah cinta mengenal usia? nak mengundi pun pakai usia jugak ke? apa ada pada usia? Kebanyakan di antara kita melihat pada faktor usia. Kerana usia, kita dinafikan hak untuk bersuara, kerana usia kita tidak diterima sebarang pandangan, kerana usia kita tidak mendapat cinta, kerana usia jugak pasti tertulis 18sx, 18sg dan sebagainya. Kiki!

Bukan nak bercakap pasal usia sangat ni, tapi dia masuk sekali dalam bab lucah-lucah UMPORNO ni. Walaupun saya baru berusia 20 tahun, nak mengundi pun tak boleh, tapi saya tak merasakan usia adalah penghalang.. 20 tahun bukan budak kecik lagi pakcik makcik.. Sebab tu la saya katakan, 20 tahun bukan kejap, lama dah.. dan masuk pertengahan umur dah.. 40 tahun nanti dah tak berapa dah.. Kenapa bila saya bersuara, orang masih mengatakan pada umur saya? yang UMNO la kata, orang lain tak kata..

Ok intro panjang sangat, straight to the point, politik lucah, saya hairan melihat bagaimana adanya orang-orang seperti ini merajai segenap ruang politik tanah air.. Itu Malaysiakini la yang kata.. Lain kan pandangan orang cerdik, cara dia berfikir.. Memang betul pun.. Kita berada di bawah pemerintahan orang-orang yang begitu gila.. Bos besar yahudi.. Bos kecik UMNO.. UMNO dengan yahudi tidak ada bezanya.. masing-masing berjuang untuk menelanjangkan Islam.. Menelanjangkan tang mana? aaa ini yang kita tak tau. Lucah pornografi umpamanya.. Biasa orang putih jer yang lucah-lucah ni, UMNO pun lucah jugak. Liwat Anwar, seks Anwar, tuduhan zina terhadap pemimpin Pas, gambar lucah Elizabeth disiarkan, Chua Soi lek, terbaru anak Lim Guan Eng meramas buah dada pelajar wanita..

Cuba anda feelingkan sikit perasaan tu, bagaimana meramas buah dada? rasa macam mana ya? rasa bagaikan mendaki bukit menuruni lurah gitu? Ini adalah usaha gila untuk meracuni minda kita khususnya kanak-kanak.. Tak perlu tengok konsert hiburan, tak perlu tengok drama perkosaan, tak perlu tengok orang berpeluk, tapi UMNO Barisan Nasional sendiri telah meransang seksual kita.. Ini agenda siapa? ini adalah agenda gerakan halus Freemason.. Sejarah Malaysia sangat memalukan.. Belum pernah ada orang yang waras buat kerja macam ni dalam mana-mana negara.. Kalau drama boleh tahan kira dia berlakon jer hanya sandiwara semata-mata. Ini berita Utusan Meloya buat kerja, hinanya UMNO ni..

Banyak lagi kalau aku ceramah, tapi aku tahu korang semua bukan baca pun kalau banyak-banyak.. Bagi ringkas-ringkas sudah la..

Peringatan : Mereka merasakan mereka itu adalah orang-orang cerdik, sebenarnya mereka itulah orang-orang yang bodoh. Mereka berkuasa, tapi mereka melakukan kezaliman. Mereka mengaburi rakyat dengan ayat yang manis, tidak mengutuk, tidak memaki, sabar, sedangkan mereka itulah golongan yang melampau bagaikan dajjal yang membawa air dan api yang sebenarnya air itu adalah api dan api itu adalah air. Mereka kian membusuk hingga ke usus. Pemimpin yang tidak berpegang pada tali Allah, mana mungkin akan berada di jalan yang lurus!

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Eidul-Fitri


Salam Eidil - Fitri diucapkan kepada kedua ibu bapa saya, rakan - rakan yang mengenali mahupun tidak dan seluruh warga Malaysia. Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kiranya terkasar bahasa, terlanjur bicara, perbezaan fahaman. Di hari raya yang mulia, umat Islam tidak harus mewujudkan parti perkauman sebagaimana yang berlaku politik kita hari ini. Umat Islam harus bijak untuk menangani masalah politik yang lebih ke arah propoganda, retorik tanpa memikirkan isu yang lebih besar iaitu mendekatkan dengan Islam, ihsan, dan mewujudkan sikap harmoni di antara satu sama lain.

Selamat Hari Raya Eidil-Fitri. Maaf zahir dan batin daripada Abe Qim sekeluarga..

Monday, May 31, 2010

Menghadiri Ceramah Perdana Oleh Pimpinan Besar Pakatan Rakyat Di Padang Majlis Daerah Tanah Merah

28 Mei 2010 (Jumaat)

9.00 – 12.00 Malam

:

Tempat – Padang Majlis Daerah Tanah Merah

Penceramah:

YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Sian

29 Mei 2010 (Sabtu)

9.00-12.00 Malam

Tempat – Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam

Penceramah:

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
YAB Lim Guan Eng

Apa yang hangat diperkatakan ialah isu APCO, malaysia bakal menjadi negara yahudi.. sebab tingkat 2 dan 3 balai polis bukit aman dah ada 2 orang yahudi yg menjadi penghubung kepada syarikat APCO dan najib.. idea 1 malaysia itu bukan dari najib sebenarnya sebaliknya idea daripada yahudi yang menjadi penasihat kepada Najib sepertimana yang telah diuar-uarkan 1malaysia ialah 1Israel.

Isu judi bola, negara islam di sebelah arab sana tu hairan dan masih tidak faham dngan kelulusan judi sukan itu.. lain2 ialah utusan malysia, tv3 berita penipu... berita fitnah.. yang apa semua yang diperkatakn mereka meengenai lompat parti, kelantan mundur, Pas jadi alat DAP, dijawab oleh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz..

Kelantan yang dianggap negeri kotor dan mundur, kini diyakini oleh beberapa cawangan keADILan dari Sarawak yang mengunjungi Kota Bharu Bandaraya Islam dengan kemajuan pembangunan tidak seperti mana yang dilaporkan media arus perdana. Apa yang paling mengejutkan mereka ialah harga nasi yang dimakan ialah RM1.80 sahaja tetapi rakyat berada dalam kesejahteraan. Selain itu juga, Pas yang dikatakan menjadi alat DAP, dipetik oleh Tok Guru Nik Aziz dalam kisah Nabi bagaimana nabi dibesarkan oleh Abu Talib yang juga kafir.. Banyak lagi kisah nabi yang bersama orang-orang kafir dalam melindungi diri baginda dari sebarang ancaman.

Jadi tidak perlu dipersoalkan Pakatan Rakyat bersama DAP iaitu orang-orang Cina kerana UMNO juga mempunyai MCA. Bezanya Pakatan Rakyat bersama DAP dengan asas apa yang berlaku pada Nabi. Tetapi UMNO ?? Anwar Ibrahim yang dikatakan agen yahudi, tetapi sekarang apa yang jelas berlaku Najib itu sendiri merupakan agen yahudi dalam isu APCO.

Tidak dinafikan memang ada berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam KeADILan, maka orang-orang seperti ini harus dipecat kerana kita tidak mahu pemimpin seperti ini, tapi besok keluar TV3, lompat parti, "saya hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan". Inilah media pengampu yang selama ini rakyat diperbodohkan.

Friday, May 7, 2010

RAPI

Rakan Pusat Islam (RAPI) telah menganjurkan kem organisasi Islam bertujuan membentuk masyarakat berorganisasi selama 3 hari 2 malam. Malangnya apabila muslimat lebih ramai daripada muslimin, program itu menjadi hancur. Mereka datang adalah untuk bergelak dan berseronok tanpa sedari asas matlamat program itu sebenarnya. Jadi, kem pembentukan itu akan dibuat semula bagi memperkukuhkan lagi gerakan Islam pada 28, 29, 30 mei 2010.. Terbuka kepada semua pelajar semester 1 dan 2.. Kali ini ialah kem ,penghayatan Islam... Selain itu juga RAPI menganjurkan solat hajat sempena final exam pada minggu hadapan...

Thursday, January 7, 2010

Selamat Tahun 2010

Tahun baru, azam baru, semangat baru.. Beberapa minggu ini letih dan tak bermaya.. 11/01 ini melapor diri ke Politeknik Arau.. Masa berganti masa, tahun berganti tahun. Selamat tinggal 2009..

Wednesday, November 25, 2009

Raya Pulak Dah

Selamat Hari Raya Eidil Adha aBE Qim ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini yang mengenali mahupun tidak semoga di hari yang mulia ini dapatlah kita makan daging kurban bersama rakan-rakan dan sanak saudara. Cuti sekolah pun dah bermula. Mek nenek sibuk duk buat ketupat rendang untuk anak cucu. Di sebalik kegembiraan kita menyambut hari raya haji ni janganlah kita lupa kepada umat Islam seluruh dunia khususnya di bumi tanah arab sana yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis dan juga mangsa gempa bumi di padang. Tangisan mereka masih belum reda.

Al Fatihah buat mereka..

Monday, October 26, 2009

Warkah Untuk Diana Danielle

Hari ni 26/10/2009 genap la jugak umur aku 18 tahun. Tibalah masanya untuk aku memulakan perkara baru dengan lebih matang untuk melalui liku-liku kehidupan di muka bumi ini. Selamat tinggal zaman kanak-kanak. Aku sekarang sudah bebas untuk melakukan apa sahaja. 18SG, 18SX pun dah tak apa kih kih kih..

Diana, sejak wajahmu mula bermain di kaca tv, hatiku mula berdegup. Kali pertama aku melihat kau semasa dalam drama sembilu jika tidak silap, hatiku mula bersinar. Wajahmu ayu suaramu menyentuh jiwaku. Di dalam hatiku mula tertanya-tanya, siapakah engkau? Wajahmu mula tersebar luas di internet dan kaca telvisyen. Kita adalah sebaya Diana, kau SPM, aku SPM, kau masuk PLKN, aku pun masuk PLKN. Tapi takdir tidak bersama selamanya. Aku di medan peperangan, kau di medan seni.

Anggaplah ini semua suratan takdir. Selamat Hari Lahir yang ke-18!

Wednesday, September 30, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah


Selepas kenduri kahwin abang saya yang sulung, keesokan harinya saya berangkat ke Melaka pada petang hari untuk merisik bagi abang saya yang ke-3. Dari Kelantan ke Melaka beberapa buah negeri kami tempuhi untuk hajat besar ini. Berangkat selepas maghrib dan tiba keesokan hari selepas subuh. Kelihatan Melaka merupakan kubu kuat UMNO. Solat subuh disana dan sempat berbual dengan beberapa orang tok siak yang melewati masjid itu. Sempat juga la menceritakan keadaan di Kelantan dan terselit juga nama Tok Guru Nik Aziz, tetapi nampaknya mereka itu tidak berminat. Rupa tok guru tapi tolak tok guru, macam mana ini. Tiba di rumah bakal kakak ipar tidurlah kami dengan nyenyak kerana sepanjang malam tidak tidur.
Solat Jumaat disana orangnya bagus-bagus dan peramah bersalaman setiap orang yang ada di masjid itu. Imam dan orang penting masjid itu juga gaya mukanya ganas-ganas dengan memakai jubah hitam dan mereka ini punyai hujah-hujah tertentu menolak Pas. Bagus juga ustaz-ustaz kawasan UMNO ni. Patutlah kelihatan bakal kakak ipar juga seorang yang pro kerajaan. Selepas solat Jumaat, tibalah masa untuk merisik. Rupanya budaya orang Melaka merisik ialah bertunang berbeza dengan budaya Kelantan merisik dahulu, kemudian bertunang, akad nikah dan bersanding. Di samping bertujuan merisik, kami mengambil kesempatan melancong ke tempat-tempat bersejarah seperti perigi Hang Tuah, Kota A Famosa, istana Melaka dan banyak lagi.
Jika kita imbas kembali sejarah pergelutan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Tuah dapat membunuh Jebat selepas Jebat memberikan keris taming sari kepada Hang Tuah. Makanya kekuatan Hang Tuah letaknya pada taming sari. Kekuatan UMNO letaknya pada keris apabila menteri pandai bermain keris. Jadi lambang UMNO adalah Hang Tuah. Lambang Pakatan Rakyat adalah Hang Jebat, raja adil raja disanjung, raja zalim raja disanggah. Terdapat juga taming sari (kekuatan Hang Tuah) yang dibina lebih tinggi dari eye on Malaysia dan terdapat juga muzium UMNO. Yah makanya Melaka merupakan kubu UMNO iaitu bandar memperingati Hang Tuah. Walaupun begitu, takkan Melayu lupakan Jebat!

Menghayati Khutbah Hari Raya


Selain daripada penerangan mengenai Hari Raya Aidilfitri setiap tahun, terselit juga beberapa perkara lain yang disentuh oleh khatib. Antaranya maksiat semakin berleluasa. Apa yang dipersalahkan ialah pemimpin kita yang menggunakan dasar sekular. Mereka tidak mengikut syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.." Al-Quran, Al-Hujarat (49:6)

Sebenarnya perkara ini sudah lama dipertikaikan oleh pejuang-pejuang Islam, para ulama tetapi sehingga kini masih ada lagi yang membangkitkan isu ini kerana kerajaan UMNO bebal tidak pernah dan tidak ingin mengambil peduli tentang hukum hudud dan melaksanakan syariat Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w menjadi pemerintah di Madinah.

Baru-baru ini menteri penerangan membenarkan konsert Beyonce diadakan di Malaysia padahal ramai yang menentang konsert itu kerana boleh menjatuhkan moral masyarakat kita. Sepatutnya menteri itu bersetuju dengan pandangan orang ramai kerana berapa ratus ribu remaja masa kini yang tidak ada moral senang-senang you kata boleh ada konsert itu sekiranya dia (Beyonce) mengikuti peraturan dengan baik. Dia memang baik, yang tidak baiknya masyarakat kita sendiri, melalak, minum arak, pergaulan bebas dan ini harus dicegah dengan tidak diadakan konsert-konsert seperti ini.

Masa bulan Ramadan Alhamdulillah banyak stesen TV yang menyiarkan rancangan berbentuk Islamic seperti Jejak Rasul, Ar-Risalah, dan drama-drama yang menginsafkan. Tetapi sebaiknya Syawal menjelang, banyak cerita-cerita yang mengarut. Ada satu cerita masa habis ada lagu dia lagu rap KL Drift yang memekak suasana, saya punya bapa marah, apa ini menteri melayu tidak sekat cerita macam ini, (walaupun belum tengok ceritanya lagi). Kita berusaha menghalang jangan mudah terpengaruh dengan budaya barat, tetapi ini muzik Hip Hop datang dari negara barat (walaupun saya penggemar muzik Hip Hop) tidak boleh disiarkan.

Kalau rakyat cerdik, dia akan undi Pas pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 ini. Insya Allah kita akan menang lagi walaupun akhbar-akhbar UMNO masih tetap yakin dan bersemangat akan menang pada pilihanraya kali ini setelah tewas dengan cakap kosong pada beberapa pilihanraya sebelum ini. Rakyat yang cerdik dia mahukan perubahan dan Islam sebenar dan pemimpin yang jahil dia tidak tahu yang rakyat sebenarnya menolak propoganda keduniaan mereka.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Yang Ke-18

Di hari yang mulia ini genaplah jugok kito berpuasa sebulan. Adik kakak puasa penuh ker? Adik-adik kena puasa tau. Kalau tak puasa mana boleh raya. Duduk diam-diam dalam bilik deh. Di kesempatan ini aBE Qim nak mengucapkan jugoklah kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama menyambut ketibaan Syawal 2 3 4 hari lagi ni. Jale raya pun mulo membanjiri lebuh raya masing-masing pakat balik klate. Sahabat-sahabat handai pun sudah balik dari kampus. Cuti skoloh pun doh bermulo. Kuih muih pelbagai aneka sama ada beli mahupun tidak beli, sama ado buat mahupun tidak buat pakat-pakat doh ado setengah tu tak beli pun ado lagi. Pelbagai juadah lemang rendang, hujan panas, pulut kuning sudoh tersedia ke belum? Kalu makan kuih jangan lupo kat aBE Qim di sini. Makan kuih ingat abe makan tupat ingat nenek di kampung duk buat gapo sore hidup sore senyawo. Kito ore klate hidup bermuafakat jangan lupa raya umah abe. Tak raya tak dapat duit raya. Adik-adik nak ke taknak? Mari mari mari.

Di kesempatan ini adapun hari baik bulan baik abe ingin memohon kemaafan kepada saudara sesama bangsa sesama manusia tidak kira yang mengenali di udara mahupun rakan-rakan sekampung Tanah Merah, Gua Musang, Raub, sekiranya ada kekasaran bahasa, perbuatan yang menyentuh jiwa kalbu sama ada sengaja atau tidak harap dimaafi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kito ore Islam sesama agama sesama bangsa harus bersatu larangan Allah kita tinggal suruhan Allah kita buat. Jangan lupo sembahyang raya yang penuh sentiasa saf walaupun sunat tidak seperti sunat tarawih bersamo rakan-rakan PLKN di Benum Hill. Adik-adik kakak-kakak hadirin masih tidak terlambat menghantar kad raya pado aBE Qim mengucapkan salam Aidilfitri yang penuh makna tidak salah tidak apa barang molek kena buat dari melalak tak kenal dunia tak kenal akhirat.

Sahabat sejati dia hantar, sahabat prihatin dia mesej, sahabat malu dia diam sudah lamo tak bersua muka tak bersua rupo. Tidak paksa tidak cekik yang ikhlas dari duk sajo molek sangat guno cara lamo lebih mendalam isinya dari teknologi masakini yang entah bilo berakhir. Adik-adik mek kak lebih baik pergi tolong kemas rumoh buat kuih dari dok main bunga api warna warni putus jari takdak pasal-pasal raya dalam wad. Adapun dalam wad masih bersyukur lagi jangan raya dalam kubur duk menangis sesak kemalangan sana eksiden berlanggar sini. Yang molek kito ambik yang keruh kito buang moga hari-hari kita ini diberkati Allah tidak kira maso tidak kira ketika dimana saja kita berada. Meskipun pesanan abang ini supaya kita menjadikan bulan baik ini sebagai bulan menghapuskan dosa-dosa lama yang berkarat atau pun yang beku sesama bangsa sesama agama. Jangan lupo cium tangan mak ayah minta maaf adik kakak sanak saudara beraya rumah waris waroh. Pese tok guru jange lupo!

Wassalam.

Wednesday, September 16, 2009

Charlie The Power!

Memang aktiviti disini kami tidak buat sepenuhnya oleh sebab masalah-masalah tertentu. Tempur Tanpa Senjata (TTS) hanya buat separuh sahaja. Ketua jurulatih mengatakan masih banyak yang perlu dipelajari tetapi akibat perasaan beliau terguris dan tidak keluar beberapa minggu makanya aktiviti itu tidak berjalan. Aktiviti berkayak juga tidak ada oleh sebab air sungai yang tidak dapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. Senam seni yang begitu menyeronokkan setiap hari Khamis sahaja pun sempat dibuat beberapa kali kerana masalah teknikal dan gangguan daripada aktiviti lain. Tarian yang popular iaitu poco-poco juga sempat dibuat sekali kerana masa yang terbatas. Tetapi tidak mengapa kerana yang sedia ada ini pun sudah meletihkan dan sesuai dengan masa yang tidak sampai 3 bulan kerana bulan Ramadan.

Kompeni Charlie sangat mendapat perhatian di kalangan kompeni lain dan juga jurulatih. Maklumlah penghulu pun adalah dari kumpulan kami. Tetapi kami kalah dengan kerjasama. Memang kompeni kami tidak ada kerjasama. Semangat kami bertambah marak dengan kehadiran cikgu baru (Cikgu Harul). Beliau la yang selalu memberi motivasi. Lagu kompeni Charlie:

Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu,

Tepuk ramai-ramai Charlie nombor 1,

Charlie the best, oi-oi (x2)

Charlie the best, Charlie the winner, kebabom!

Charlie the power, Charlie-Charlie,

Charlie the power, power-power,

G double OD JOB, (good job x3)

G double OD JOB, (good job x3).

Terima kasih kepada cikgu-cikgu Charlie Cikgu Yok (ketua kompeni), Cikgu Nizam (JL MS), Cikgu Linda (JL MS), Cikgu Liza (JL MS), Cikgu Zakaria (JL Fiz) dan Cikgu Harul (JL Fiz). Tidak lupa juga rakan seperjuangan Arif (penghulu), Zuni (3 bar), Fizz (2 bar), Aman (1 bar) serta rakan-rakan yang lain. Ingatan dari kompeni Charlie Kumpulan 3 Siri 6, 2009 buat rakan-rakan, staff-staff, cikgu-cikgu dan Kem Benum Hill Resort. Berakhirlah...

Sunday, September 13, 2009

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 4)

31/08/2009
Ada gaduh lagi. Cerita dia bergurau je mula-mula tapi lama-lama jadi serius. Selama ini adalah kawan rapat tetapi bila dah gaduh terbongkar habis rahsia yang dibangkitkan. Ada la puak yang tak puas hati sebab geng dia kena tumbuk habis bengkak muka. Malamnya wirawati kena denda pakai celoreng penuh sebabnya gaduh jugak. Enam orang sekali yang cun-cun pulak tu. Aduh! Jumpa komandan dia ugut lagi tidak ada penutup sebab ada orang pecahkan cermin tandas.

02/09/2009
Ceramah tentera udara, laut dan darat. Isi ler aku borang tentera laut dan udara. Kemudian raptai penutup dan tahlil penutup. Malamnya adalah operasi musnah memusnah harta kem Benum. Habis katil-katil kat dorm aku di smackdown kan oleh geng-geng macha (India) ini sehingga patah. Tingkap juga pecah sebab geng-geng macha la punya kerja. Video %$#!* juga ada yang dilakonkan oleh geng macha secara paksaan. Aku juga hampir terkena tetapi kerana sentiasa waspada dan jarang berada di bilik makanya selamat lah. Pernah aku terbaca satu buku mengatakan orang India mempunyai daya seks yang sangat kuat dan seks juga popular di kalangan orang India. Ia sangat menakutkan!

04/09/2009
Hari penutup. Ceramah Tuan Komandan dan perlucutan pangkat. Kompeni yang terbaik adalah kompeni Charlie. Charlie ialah kompeni yang bijaksana, hebat, banyak pergaduhan berlaku dan rokok. PW2 Disiplin juga marah kepada kompeni Charlie kerana banyak masalah timbul dari kompeni ini. Dia jugalah yang memberi semangat kepada kami dalam kembara halangan dan sukan bola tampar. Terima kasih PW2 Md Zuki (Disiplin).Malamnya adalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu malam lambaian kasih. Keseronokan daripada persembahan jurulatih bertukar apabila disuruh memegang erat tangan rakan dan memejam mata. Maka bermulalah saat yang menyentuh perasaan apabila jurulatih bangkitkan yang asal mula-mula tiba di sini. Ramai yang tersedu-sedan terutama sekali wirawati. Mengurat sombong, bila nak berpisah menangis. Apalah! Selepas itu adalah aktiviti restu ilmu. Malam itu kami tidak tidur memandangkan majlis tamat jam 2 pagi. Kami habiskan malam terakhir dengan disko di dalam bilik.

05/09/2009
Pergerakan balik. Masing-masing pulang dengan selamat. Biarlah kenangan di Kem Benum Hill Resort ini menjadi kenangan yang terindah buat selama-lamanya. Kerap kali jurulatih memaksa supaya setiap kumpulan itu mesti ada Cina, Melayu, India dan Asli. Tetapi semakin hari kaum lain tetap berkumpulan dengan kaumnya. Hakikatnya 1Malaysia tidak mencapai tahap yang memuaskan.

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 3)

01/08/2009
Program komuniti derma darah. Aku pun nak derma jugak tapi tak cukup syarat. Ada sorang wira tu derma darah pengsan dua jam. Kita pulak derma kat dia bukan dia derma kat kita. Beberapa minggu itu belajar kelas kenegaraan 'aku Yang Berhormat'. Maing-masing jadi YB. Kerana mulut badan binasa, kerajaan vs pembangkang, perancangan saya, hancurkan negara musuh, pertahankan negara Malaysia. Petangnya adalah tali tinggi bertujuan membina keyakinan dalam diri dan ceramah kraf hutan.

08/08/2009
Sesi pengambaran kompeni dan kelas kenegaraan. Tayangan video 'aku cinta PLKN'. Terbahagi kepada empat modul, modul pembinaan karakter, modul fizikal, modul kenegaraan dan khidmat komuniti. Ceramah kolej-kolej seperti JTM, Kolej Negeri, Olympia Collage. Ramai-ramai berkempen ajak masuk kolej dia orang. Dulu kita yang cari kolej, sekarang dia yang cari kita. Turut berkempen Mizumi Beauty Academy iaitu kursus kecantikan professional. Dia punya model bukan cantik pun. Dah tu pulak siap ada demo lagi. Pergi ambik sorang wirawati amoi untuk di makeup kan. Ambik ler orang asli. Amoi tu tak makeup pun dah cantik itu anak.

11/08/2009
Pertandingan kawad. Charlie dapat nombor tiga tapi untuk ketua platun dapat nombor satu. Charlie adalah kompeni yang terbaik setakat ini kerana banyak menang dan belum pernah tempat terakhir. Hadiah yang paling banyak adalah kompeni Charlie berbanding kompeni Alfa, Bravo dan Delta. Tetapi kerana kerap bergaduh markah akan dipotong dan ia menyukarkan kami untuk menjadi kompeni yang terbaik. Sebagai menebus maruah, kami buktikan pada kembara halangan. Hasilnya Charlie wira dan wirawati dapat nombor satu. Charlie The Power!

13/08/2009
Beberapa minggu itu adalah Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB). Masing-masing terlibat dengan aktiviti persembahan. Sukaneka juga turut diadakan. Apa yang best sekali ialah tarik tali. Berjuang sampai pengsan menyebabkan Charlie menang. Aktiviti wirajaya adalah kesukaan semua orang iaitu berkhemah di dalam hutan. Pergerakan masuk hutan memang jauh tetapi pusing-pusing masuk kat kembara halangan jer. Hampeh! Malamnya wira tidak ada jalan malam tetapi persembahan tanpa suara. Tamatnya wirajaya, ada pergaduhan lagi. Ada sorang tu melalak macam tak sedarkan diri. Kali ini bergaduh secara besar-besaran. Ramai yang terlibat macam pesta pulak.

19/08/2009
Ceramah PDRM. Polis ler datang sini memberi ceramah jenis-jenis jenayah antaranya rogol, ragut, mencuri, bunuh. Jenayah yang paling popular adalah jenayah rogol. Bagaimana mengelakkannya? Pastikan tidak ada orang lain dalam kereta, waspada melihat orang yang mencurigakan, nak guna kenderaan awam mesti ada wanita lain dan berteman bila nak guna lif. Tapi dia lupa ada seperkara lagi iaitu pakai tudung labuh dan pakaian sopan! !#$*&%. Penutup kenegaraan.

21/08/2009
Ceramah kesihatan. Pengenalan tentang penyakit HIV dan H1N1. Ada gambar panas turut ditunjuk bagaimana !#$%^&* yang telah terkena penyakit. Hilang terus nafsu aku kat wirawati. Ceramah AADK. Tayangan video kisah Ina seorang pesakit HIV. Kemudian ada urine test. Malamnya adalah makan besar bagi kompeni Charlie. Esok kan nak puasa, semua hamper yang diperolehi dijadikan pra sahur. Cara makannya adalah siapa cepat dia dapat. Belum sempat dua saat habis meja kosong. Aku sempat makan dua butir kuih yang disediakan oleh jurulatih. Kek dan kuih yang lain habis berkecai jatuh ke tanah di lontar ke muka-muka pelatih. Terkebil-kebil jurulatih wanita melihat kuih yang dibuat penat-penat hancur. Apa lagi menangislah cikgu tu. Rakyat Malaysia memang mewah makan.

30/08/2009
Program integrasi. Beberapa minggu itu belajar tentang kebudayaan, keagamaan masing-masing Cina, Melayu, India dan Asli. Belajar juga peranan lelaki dan wanita. Kaum India yang keluar sembahyang mengambil kesempatan minum arak. Baliknya mabuk-mabuk seperti kanak-kanak rebena. Gaduh lagi antara Cina dan Melayu. Semakin hampir nak balik, semakin menjadi-jadi anak-anak bangsa kita ini. Terguris perasaan Ketua Jurulatih (KJ) sehingga berkurung bilik beberapa minggu akibat sikap pelatih yang tidak ada kerjasama. Hari-hari kami disana sangat tidak bermakna tanpa dia. Dialah jurulatih yang paling aku suka. Malamnya adalah sambutan hari kemerdekaan yang ke-52. Sambut kat padang kawad jer sebab tak dibenarkan keluar kerana H1N1. Tengok ler bunga api.

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 2)

24/07/2009
Tayangan video pilihanraya. Marilah, tuan dan puan kita pergi mengundi 27hb blalalalala... Apabila kelas kenegaraan bermula, maka belajarlah sumbangan kerajaan kepada rakyat dan negara. Apa balasan sumbangan kita kepada kerajaan? Marilah kita pangkah Umno. Selain itu juga aktiviti tali tinggi dibuat cuma aktiviti air sahaja tidak dibuat kerana tidak mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. Ini sangat mengecewakan!

26/07/2009
Empat biji telefon bimbit pelatih hilang. Dah letak atas locker memang la hilang. Letak la dalam locker baru tak hilang. Lagi mahu ajar ka? Masalahnya yang hilang telefon ni semua adalah dari bangsa Cina. Dia fikir kem ni dia punya datuk ke. Menyusahkan orang jer. Dah la bawak dua tapi hantar satu. Bila hilang, report. Selalu bangun lewat, langgar peraturan, tidak ada kerjasama, Cina je yang banyak. Aku cuma respect kat kaum Asli dan India jer. Dia orang ini memang menghormati. Kata komandan, sekiranya gagal ditemui, aktiviti menembak tidak ada. Malam itu ada budak histeria. Lepas tu berjangkit kat orang lain pulak. Wirawati jer yang kena.

27/07/2009
Teori menembak. Askar ler datang sini memberi penerangan bagaimana mengendalikan senjata Colt M16 5.56M. Disitu aku dapat ilmu baru. Ni yang bagus kerajaan ni. Tanya bekas pelatih PLKN, best tak PLKN? Jawab dia best, dapat awek! Kepala hotak dia. Tanya wirawati pulak, best sebab dapat ramai kawan. Jawapan tak profesional langsung. Jawab ler dapat menembak. tali tinggi (flying fox, abseiling, high rope). Tali rendah (swinging board, monkey rack, 3M wall) baru boleh respect sama kerajaan. Ini la rakyat yang merugikan negara. Kerajaan buat benda baik tapi kita tak tau apa-apa. Lolz!

28/07/2009
Komandan kem mengumumkan tidak ada menembak pada hari itu berikutan kes kehilangan telefon masih belum ditemui. Tuan komandan memang macam tu, kalau ada apa-apa kes mesti dia ugut macam-macam. Dia suruh mengaku, sampai bila nak mengaku kita orang jahat. Mka bermulalah ketidakselenggaraan aktiviti. Hari menembak, kita buat sportcheck. Hanya wirawati yang pergi menembak.

29/07/2009
Hari ini pergi la jugak menembak. Aktiviti ini tetap dibuat cuma hari yang berbeza. Marah la Dato Najib nanti kalau tak buat. Wirawati pergi khidmat komuniti. Oleh sebab itu, kumpulan yang telah dibuat untuk khidmat komuniti tidak boleh diguna pakai lagi. Masa menembak, terketar jugak kepala lutut sebab bunyi yang sangat kuat. Tapi bila dah pegang, rasa syok jer. Memang tak puas peluru sikit sangat.

30/07/2009
Khidmat komuniti untuk wira dibatalkan berikutan virus Influenza A(H1N1) yang semakin kritikal. Tidak ada lagi pergerakan luar kawasan kem melainkan untuk tujuan beribadah. Hal ini sangat dikesali. Kelas kenegaraan belajar sayang menyayang saling percaya bermaksud bagaimana kita mengikut cakap pemimpin. Malamnya adalah ceramah Israk Mikraj.

31/07/2009
Mari mengundi. Rakyat Malaysia wajib mengundi. Pengenalan mengenai pilihanraya:
  1. Bubar parlimen
  2. Penamaan calon
  3. Berkempen
  4. Pilihanraya
  5. Tentukan parti yang menang dan kalah
  6. Perlantikan Perdana Menteri
  7. Perlantikan jemaah menteri

Dimaklumkan beberapa buah kem PLKN ditutup akibat wabak selsema babi. Kem Benum tak kena sebab duduk atas bukit.

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 1)

16/06/2009
Kira-kira jam 5 pagi bertolak dari Tanah Merah ke Picked Up Point Dataran Kesedar Gua Musang. Melapor diri sebagai pelatih PLKN Siri 6 Kumpulan 3, 2009 jam 9.30 pagi dan tiba kira-kira jam 1.00 petang di Kg. Sungai Ulu Gali, Raub Pahang. Masa ni boleh tengok masing-masing panjang perang, betis putih, muka sedih, seronok semua ada. Beberapa taklimat ringkas oleh ketua jurulatih dan pemeriksaan beg pakaian. Aku kompeni Charlie.

25/06/2009
Kelas pembinaan karakter modul 1. Sepanjang beberapa minggu itu belajar bagaimana menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Setiap pagi melakukan gerak ceria seperti kanak-kanak Tadika bertujuan membina kreativiti. Di dalam kelas inilah bermulanya konsep 1Malaysia apabila setiap kumpulan kecil mesti ada India, Cina dan Asli supaya masing-masing dapat bergaul. Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat ooo... Kita satu bangsa, satu negara, kita satu Malaysia.

01/07/2009
Ramai yang demam dan batuk-batuk. Yela tiap-tiap hari berkawad panas siang panas malam. Air sedut atas bukit. Pastu kejap ada kejap tak ada. Ini sangat tidak memuaskan. Petangnya membuat perbincangan Kontrak Kita Janji (KKJ). Hasilnya kompeni Charli menang isi kandungan terbaik, bendera terbaik, penyampaian terbaik dan menang keseluruhannya. Cuma kerjasama sahaja tewas di tangan Bravo. Mana tidaknya dalam masa itu dah dua kali Charlie terlibat dengan pergaduhan dan rokok.

06/07/2009
Kelas pembinaan karakter modul 2. Sepanjang beberapa minggu itu belajar menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain. Pentingnya berkongsi dengan orang lain. Latihan berkawad, ada la juga jurulatih rasa bersalah apabila salah seorang seorang wirawati terjatuh dari atas bukit setelah disuruh naik dan mencium batu. Kompeni Alfa pulak bergaduh dua kali antara Cina dan Melayu. Malamnya denda pakai celoreng penuh di padang kawad dan dalam masa 10 minit tukar pakaian kelas pulak. Sedikit suara bantahan, tambah lagi tuala ikat kat pinggang. Memang letih!

18/07/2009
Ada la beberapa orang manusia ni pergi ceroboh kawasan wirawati selepas minum malam. Ini sangat membangkitkan kemarahan komandan sehingga tidak ada minum malam selepas itu. Habis malam itu kecoh siap dengan mesyuarat lagi 'siapakah yang menceroboh?'. Ada yang nak bertumbuk dan belasah kalau dapat tau. Aku tengok pun nak tergelak je gelagat masing-masing sehinggakan sidang mesyuarat sendiri pun nak bergaduh oleh hal itu. Tak bersungguh pun tak apa la tapi bagus kerjasama tu ada.

Thursday, June 4, 2009

Menanti Kelahiran Pertama

Kebanyakan mereka yang lahir anak luar nikah ini biasanya dari kalangan bawah umur. Mereka hanya bersuka-suka tanpat berfikir akibat atau kesan buruk. Mereka ini kalau mengikut hukum hudud, berzina dikenakan 100 sebat bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Malangnya hudud ditolak oleh kalangan pemimpin yang jahil. Kerana apa? Kerana kerajaan sekarang ini dia takut dengan kebenaran. Mereka mahu maksiat berleluasa, mereka mahu jenayah meningkat, mereka mahu rasuah, mereka mahu bom orang, mereka mahu buat zalim dan berkuasa melebihi hudud.

Di saat kebanyakan remaja ini membuang bayi tetapi masih ada yang memerlukan. Alangkah malang bagi mereka yang membunuh anak sendiri. Mereka ini adalah orang-orang yang zalim. Hari ini, perut semakin membesar, bukan perut saya, tetapi perut kakak saya yang telah mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun. Dia yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) terpaksa mengambil cuti bersalin selama dua bulan dan dijangka akan melahirkan anak pada 07/06/2009 ini. Kelahiran anak sulung amat dinantikan terutama bagi saya sebagai bakal bapa saudara. Maklumlah saya belum pernah ada adik sudah semestinya ingin merasainya walaupun anak saudara.

Jika saya ada adik, sudah tentunya saya akan didik dia dengan baik. Kita mahu jaga generasi muda ini supaya berakhlak. Sangat tidak wajarlah jika kita berkelakuan kasar terhadap adik-adik. Saya tidak kata juga anak-anak perlu dimanjakan. Kasih sayang ibu bapa amat berbeza dengan ahli keluarga yang lain tidak kiralah adik beradik, pakcik makcik dan lain-lain. Biarlah ibu bapa sahaja yang menghukum. Kita sebagai abang, kakak lain pula peranan. Kadang-kadang kita tidak pernah fikir perasaan mereka. Kita menggunakan kuasa dan pangkat untuk menindas mereka. Kalau kita bertindak kasar bertujuan mengajar tidak mengapa. Mungkin di usia masih kecil itu wajar kita bertindak kasar tetapi bila meningkat remaja, kaedah ini tidak boleh dipakai lagi. Mereka ada ilmu dan boleh berfikir baik buruknya. Masalahnya kita yang seakan-akan mahu membuli dan mempermainkan mereka. Bila mereka melawan dan bersuara, kita kata dia kurang ajar seperti tidak ada kebebasan bersuara. Biasanya yang selalu ditindas ialah anak bongsu sahaja. Kita mungkin merasakan mereka ini tidak penting dan tidak boleh dibawa berbincang. Tetapi mereka bukan binatang yang tidak mempunyai perasaan. Binatang pun ada perasaan. Mungkin kita cemburu dan iri hati dengan mereka ini kerana selalu diberi kelebihan oleh ibu bapa. Hal ini sangat saya simpati.

Kita harus sedar walaupun kita ini seorang doktor ke, polis, bomba, jurutera, guru disiplin, guru kaunseling atau kerani seharusnya berfikiran positif. Kalau waktu kecil kita sering marah dan pukul mereka, di waktu mereka meningkat remaja juga kita melakukan hal yang sama, kamu fikir dia akan salut pada kita? Lawan tetap lawan!

Friday, May 22, 2009

Tension Aku Datang Lagi

Tension aku datang lagi. Mana tidaknya masa nak exam SPM, banyak masalah aku hadapi. Pindah rumah lah, balik kampung lah, kakak kahwin lah. Jadi nak study pun tak sempat. Jem kepala otak. Tapi itu tidak mengapa, aku sentiasa rock dan cool jer. Tapi lepas tu pulak, nak masuk exam pun masalah, ada ke patut nama aku tak tersenarai dalam SPM 2008. Dah nak buat macam mana kesilapan teknikal yang sengaja dirahsiakan. Tapi itu tidak mengapa. Tapi kan, bila dah tak terdaftar nama aku, nak isi borang apa-apa pun masalah jugak. Terkejut jugak bila nama aku tak ada dalam pengkalan data. Nak isi Matrik tak boleh, nak isi UPU pun tak dapat.

Keputusan SPM keluar. Aku dapat masuk ke tingkatan 6. Pengajianku di sekolah baru amat baik bila tidak ada sekatan disiplin dikenakan buat para siswa dan siswi. Aku ditempatkan di kelas yanh kelima iaitu sastera. Walaupun aku tak belajar sastera, tapi otak aku memang otak sastera. Tetapi aku tak faham kenapa aku ditempatkan di kelas yang kelima. Aku cukup tension bila aku dikelaskan bersama-sama pelajar yang nakal. Bila dah ada kepala, kelas pun akan bising. Bila dah bising, tumpuan akan hilang. Tapi aku tak hairanlah sebab aku tahu aku di kelas yang kelima. Aku perhatikan kelas aku jarang cikgu yang masuk. Mana tidaknya, kelas pun terpinggir. Kalau masuk pun, berbual je banyak. Dia tak fikir yang kita punya semangat ni.

Baru nak start belajar, sampai dah surat. Bukan surat ke IPTA, bukan surat jadi peguam atau sebagainya tetapi surat daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Aduh! bikin problem betul. Aku nak tanya Dato Najib, apa matlamat dia buat benda ini? Membentuk jati diri, ini yang biasa aku dengar. Dari jawapan salah seorang sumber, PLKN best. Kalau pergi mesti tak nak balik punya. Dapat ramai kawan, bergelak ketawa, sedar tak sedar kena Influenza A(H1N1), dan yang paling best, dapat awek. Habis kalau macam ni punya jawapan, hebat tang mana PLKN ni? PLKN yang diwujudkan di bawah Akta Latihan Khidmat Negara bermula 2003 bertujuan melahirkan remaja yang lasak, tidak pasif dalam pergaulan, hidup kendiri dan merentasi batas antara kaum. Konsep PLKN juga bertujuan membentuk peribadi remaja untuk menjadi warga yang waras dalam hubungan sesama manusia dan patriotik kepada negara.

Mana kesan dia kepada negara? Jenayah dan kerosakan akhlak semakin meningkat. Tidak ada salahnya tetapi alangkah baiknya program ini ditubuhkan kepada mereka yang tidak bersekolah. Hakikatnya PLKN ini menyusahkan. Hari ni aku dapat tawaran ke PLKN. Mahu penjara ke? Mahu rasuah RM600 ke, atau mahu tangguh? Aku sedang berfikir.