Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Eidul-Fitri


Salam Eidil - Fitri diucapkan kepada kedua ibu bapa saya, rakan - rakan yang mengenali mahupun tidak dan seluruh warga Malaysia. Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kiranya terkasar bahasa, terlanjur bicara, perbezaan fahaman. Di hari raya yang mulia, umat Islam tidak harus mewujudkan parti perkauman sebagaimana yang berlaku politik kita hari ini. Umat Islam harus bijak untuk menangani masalah politik yang lebih ke arah propoganda, retorik tanpa memikirkan isu yang lebih besar iaitu mendekatkan dengan Islam, ihsan, dan mewujudkan sikap harmoni di antara satu sama lain.

Selamat Hari Raya Eidil-Fitri. Maaf zahir dan batin daripada Abe Qim sekeluarga..

Thursday, July 29, 2010

Langkah Bijak Membenarkan Mahasiswa Berpolitik


Cadangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saiffudin Abdullah membenarkan guru dan mahasiswa bergiat dalam politik adalah merupakan suatu perkara yang bijak. Ini bukan persoalan kerana kecendurangan generasi muda memihak kepada pembangkang tetapi atas dasar demokrasi dan hak istimewa mahasiswa yang sudahpun mencecah 18 tahun boleh dikenakan tindakan tidak kira di dalam Islam mahupun undang-undang negara. Sedangkan pada zaman Nabi dahulu pun kanak-kanak yang di bawah umur sudah pun diterapkan dengan politik apatah lagi mahasiswa yang sudah boleh berfikir baik buruknya dan mencampuri urusan negara. Langkah ini juga disokong oleh dasar Pakatan Rakyat yang membenarkan mereka yang berumur 18 tahun menjadi ahli dan dibolehkan mengundi. Ini merupakan hak-hak kebebasan pelajar universiti menentukan masa depan negara yang bakal mereka warisi.

Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini kerana merasakan berpolitik ini perlu ada pada jiwa setiap orang kerana ini melibatkan prinsip, kepimpinan dan jati diri. Dalam masa yang sama menangkis media yang lebih bersikap "mind of control". Jika dahulu saya ditempelak oleh rakan-rakan dan keluarga yang memandang negatif terhadap politik, tetapi sekarang siapa yang berani menafikan?

Wednesday, June 9, 2010

Lari Rumah Ikut Kekasih

Pada awalnya saya keliru sama ada betul atau tidak gambar Nur Laili yang disiarkan di TV3 dalam iklan Remaja. Akibat dek lupa tentang rancangan itu, maka saya terlepas menontonnya dan saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu. Tetapi saya bernasib baik kerana dapat mengikuti siaran ulangannya pada jam 1 pagi. Memang betullah gambar yang disiarkan itu adalah Nur Laili. Isunya ialah lari dari rumah kerana mengikut kekasih.

Nur Laili ialah sahabat saya di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bersama-bersama berkerjasama dalam kompeni Charlie. Sungguh tidak disangka seorang yang baik akhlaknya, dipuji oleh mana-mana jurulatih, mempunyai suara yang merdu dan sentiasa memberikan pandangan yang positif dalam perbincangan kumpulan, terlibat dalam keruntuhan moral ini. Saya berasa sangat terkilan dan amat malang sekali kerana apa mesej yang hendak kerajaan sampaikan melalui PLKN ini, tak sampai dekat dia atau lebih tepat bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Memang tidak dinafikan program PLKN ini adalah program yang baik dan berfaedah kepada generasi muda. Walaupun suatu ketika dahulu saya membangkang kerajaan dengan kewujudan program ini, dengan kes kematian, dengan memaksa, kalau tak pergi akan dikenakan denda dan penjara, dan ketidak cenderungan remaja mengikuti program ini. Tetapi usaha kerajaan ada baiknya. Tapi usaha sebegini sahaja tidak cukup sekiranya tidak ada program-program keagamaan atau meletakkan agama di hadapan. Maka lahirlah generasi yang sia-sia. Saya berharap agar saudari Nur Laili kembali ke pangkuan keluarga. Ingatlah ada orang yang lebih menyayangi anda menanti di rumah.

Monday, May 31, 2010

Menghadiri Ceramah Perdana Oleh Pimpinan Besar Pakatan Rakyat Di Padang Majlis Daerah Tanah Merah

28 Mei 2010 (Jumaat)

9.00 – 12.00 Malam

:

Tempat – Padang Majlis Daerah Tanah Merah

Penceramah:

YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Sian

29 Mei 2010 (Sabtu)

9.00-12.00 Malam

Tempat – Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam

Penceramah:

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
YAB Lim Guan Eng

Apa yang hangat diperkatakan ialah isu APCO, malaysia bakal menjadi negara yahudi.. sebab tingkat 2 dan 3 balai polis bukit aman dah ada 2 orang yahudi yg menjadi penghubung kepada syarikat APCO dan najib.. idea 1 malaysia itu bukan dari najib sebenarnya sebaliknya idea daripada yahudi yang menjadi penasihat kepada Najib sepertimana yang telah diuar-uarkan 1malaysia ialah 1Israel.

Isu judi bola, negara islam di sebelah arab sana tu hairan dan masih tidak faham dngan kelulusan judi sukan itu.. lain2 ialah utusan malysia, tv3 berita penipu... berita fitnah.. yang apa semua yang diperkatakn mereka meengenai lompat parti, kelantan mundur, Pas jadi alat DAP, dijawab oleh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz..

Kelantan yang dianggap negeri kotor dan mundur, kini diyakini oleh beberapa cawangan keADILan dari Sarawak yang mengunjungi Kota Bharu Bandaraya Islam dengan kemajuan pembangunan tidak seperti mana yang dilaporkan media arus perdana. Apa yang paling mengejutkan mereka ialah harga nasi yang dimakan ialah RM1.80 sahaja tetapi rakyat berada dalam kesejahteraan. Selain itu juga, Pas yang dikatakan menjadi alat DAP, dipetik oleh Tok Guru Nik Aziz dalam kisah Nabi bagaimana nabi dibesarkan oleh Abu Talib yang juga kafir.. Banyak lagi kisah nabi yang bersama orang-orang kafir dalam melindungi diri baginda dari sebarang ancaman.

Jadi tidak perlu dipersoalkan Pakatan Rakyat bersama DAP iaitu orang-orang Cina kerana UMNO juga mempunyai MCA. Bezanya Pakatan Rakyat bersama DAP dengan asas apa yang berlaku pada Nabi. Tetapi UMNO ?? Anwar Ibrahim yang dikatakan agen yahudi, tetapi sekarang apa yang jelas berlaku Najib itu sendiri merupakan agen yahudi dalam isu APCO.

Tidak dinafikan memang ada berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam KeADILan, maka orang-orang seperti ini harus dipecat kerana kita tidak mahu pemimpin seperti ini, tapi besok keluar TV3, lompat parti, "saya hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan". Inilah media pengampu yang selama ini rakyat diperbodohkan.

Tuesday, May 25, 2010

Teori 21.12.2012



Masih ingat tarikh 21.12.2012 yang cukup gempar diperhangatkan oleh para saintis barat? Tarikh itu merupakan tarikh dimana mengikut kalendar masyarakat mayan, ia merupakah alam kebinasaan iaitu hari kiamat. Sudahkah anda menonton filem 2012?

Apakah sebenarnya yang ada pada tarikh itu? Alam kebinasaan atau pemerintahan baru? Ada yang percaya dan ada yang tidak. Ada yang mengatakan hari itu adalah umat Islam dimatikan dan yang tinggal hanya orang-orang kafir. Sebilangan kecil sahaja umat Islam yang terselamat. Ada juga yang berpegang teguh pada kata-kata ini, "Kiamat itu adalah bencana yang amat mustahil untuk manusia mengetahui dan meramalkannya kerana kedatangannya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan pada waktu kedatangannya kerana kiamat berlaku dengan secara mengejut."

Jika kita imbas filem 2012, pada hujung filem itu, tidak berlakunya hari kiamat sebaliknya menjadi Tahun 0. Mesejnya jelas bahawa 2012 adalah merupakan PEMERINTAHAN KERAJAAN BARU. Ia bukan hari kiamatnya dunia tetapi hari kebinasaan kerajaan UMNO Barisan Nasional. Tarikh 21.12.2012 adalah merupakan tarikh yang sangat istimewa. Teori pada tarikh ini mengatakan pada tahun 2012 adalah bersempenanya Pilihan Raya Umum yang ke-13.

Teori ini bagi pengundi baru khususnya yang lahir pada tahun 1991. Istimewanya mereka yang lahir pada tahun 1991 ni (termasuklah saya sendiri), kerana masa nak mengundi, mereka dah boleh mengundi. Sebabnya pada tahun 2012 umur mereka sudah pun mencapai 21 tahun dan ini diwajibkan mengikut dasar kerajaan iaitu mengundi pada umur 21 tahun. Melalui tarikh ini, jelaslah bahawa 21 merupakan umur yang dibolehkan mengundi dan 2012 adalah pilihanraya umum ke-13.. maka jadilah 21.12.2012. PEMERINTAHAN KERAJAAN BARU..

Nota: Mengapa mesti mereka yang lahir pada tahun 1991? Kerana kajian menunjukkan, mereka ini lebih cenderung menyokong Pakatan Rakyat. Generasi ini yang bakal mengubah negara kelak.

Anwar Perdana Menteri Ke-7


Dulu kita semua ikut teori RAHMAN iaitu

R=RAHMAN
A=ABDUL RAZAK
H=HUSSIEN ON
M=MAHATHIR
A=ABDULLAH (yang sepatutnya Anwar)
N=NAJIB

Tetapi adakah teori ini terhenti setakat ini sahaja? Ada yang mengatakan nama Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu simbol P selepas Rahman yang bermaksud Pakatan Rakyat? Anda setuju? Tapi kenapa nak ambil nama Putra jugak sedangkan nama beliau sebenar Abdul Rahman tetapi dimulakan dengan Rahman sahaja? Tapi mungkin benar juga P bermaksud Pakatan Rakyat iaitu bentuk baru di mana peralihan kuasa berlaku, teori ini bertukar kepada Abdul Razak pula.. Jadi disebabkan nama Razak dalam teori RAHMAN dimulakan dengan Abdul, maka kita guna teori ABDUL..

A=ANWAR?? atau ABDUL HADI??
B
D
U
L

Dalam kontroversi 16 September, mereka berdualah yang seperti dilanda krisis kempimpinan. Siapa yang layak bergelar pemimpin Malaysia ke-7?? Anwar atau Abdul Hadi?

Nota: Bukanlah untuk memesongkan akidah anda dengan ramalan seperti ini.. Sekadar membuka minda dan berfikir sahaja..

Friday, May 14, 2010

Majlis Perasmian Pusat Islam PTSS


Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin hari ini selamat dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail D.K.,S.P.M.P. Pusat Islam yang dinamakan Pusat Islam Luqman Al Hakim turut dihadiri media RTM dan Sinar Harian dan sumbangan pemberian zakat oleh Bank Rakyat. Turut hadir ialah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menjadi khatib dan mengimamkan solat Jumaat.

Friday, May 7, 2010

RAPI

Rakan Pusat Islam (RAPI) telah menganjurkan kem organisasi Islam bertujuan membentuk masyarakat berorganisasi selama 3 hari 2 malam. Malangnya apabila muslimat lebih ramai daripada muslimin, program itu menjadi hancur. Mereka datang adalah untuk bergelak dan berseronok tanpa sedari asas matlamat program itu sebenarnya. Jadi, kem pembentukan itu akan dibuat semula bagi memperkukuhkan lagi gerakan Islam pada 28, 29, 30 mei 2010.. Terbuka kepada semua pelajar semester 1 dan 2.. Kali ini ialah kem ,penghayatan Islam... Selain itu juga RAPI menganjurkan solat hajat sempena final exam pada minggu hadapan...

Thursday, April 22, 2010

Bila Tiba Pilihanraya!!!




Muka depan utusan malaysia hari ini

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Friday, April 16, 2010

Bentuk Jemaah


Rakan Pusat Islam PTSS hari ini telah menetapkan petang Jumaat adalah program ziarah antara blok ke blok bertujuan memberikan kesedaran kepada penghuni kamsis dalam mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar. Aktivi yang mencontohi nabi dalam meneruskan kegiatan dakwah ini menekankan bahawa kepentingan bersatu untuk keamanan sejagat. Kita umat Islam adalah mulia di antara kaum bangsa-bangsa kafir. Tidak ada rendah diri serta alasan dalam mengukuhkan umat. Selain itu juga, kita harus kembali kepada Islam. Sebagai contohnya, mengapa pelajar sekolah dibuang sekolah hanya kerana memakai serban? Kita adalah Islam dan memakai serban adalah imej Islam. Mengapakah wujudnya perspektif sebegini sedangkan orang singh tidak diberikan apa-apa sekatan? Inilah pemikiran yang negatif yang seharusnya kita kembali kepada Islam semula dan menegakkan daulah khifalah!