Friday, January 8, 2010

Cilaka Si Azwan Ali

DAN JOM LAYAN KES.....'BLOG CILAKO....NIK AZIZ WEIIIII' !!!! NAMPAK NYA TOK GURU WORLD NO 1 NI.....TETAP GHAIRAH BUAT STATEMENT STATEMENT MAUT....YANG BIKIN PANASS BERBILLION BILLION UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN DUNIA !!!! BELUM PUN REDA......NIK AZIZ DOA KAN PM MISAI PUTIH HANCUR LEBUR GARA GARA TAK NAK APPROVE ROYALTI MINYAK.....NIK AZIZ SIAP KATA DALAM BULETIN UTAMA TV3???? 'CILAKO....CILAKO.....CILAKO ' !!!!!

' OOO......TIDAK TOK GURU OOI.....KAMU PAHAM TAK MAKNA CILAKA?? KAMU TU TOK GURU NO 1...KELUAR TV3.....KATA CILAKA CILAKA CILAKA ! BUDAK BUDAK YANG TENGOK? ASYIK TIRU KAMU.....CILAKA CILAKA CILAKA !!! KENAPA KAMU? SAPA YANG CILAKA NI?? KAMU KATA ORANG CILAKA? ORANG PUN BOLEH KATA KAMU CILAKA? HABIS? SAPA YANG CILAKA? KAMU PATUT SEDAR LAH.....AYAT AYAT MAKI HAMUN ORANG NI....TUHAN MURKA !!! SILAP SILAP....KITA SEMUA...MASUK NERAKA !!! OOO....TIDAK NIK AZIZ !!!! '

Selanjutnya klik disini

Kurang ajar dan biadab sekali nampaknya Si mulut laser azwan ali ni.. mungkin kerana senang hidup dan mewah sekarang ni. woit gay... janganlah nak cari publisiti dengan melibatkan ahli-ahli politik dan ulamak. Tambah-tambah pulak nik aziz ni ulama yang tersenarai di antara 500 ulama yang berpengaruh di dunia.. mu sapa nak kata gitu?? Ngko hidup dengan dunia hiburan ko sudah la. Ngko tu cermin diri dulu. Dah la gay, bela anak ayam pulak tu, nyah pulak tu. Dengan selamba membahasakan diri sebagai akak, mcm bagus jer nk kata orang gitu. Lu cakap nanti budak2 tiru nik aziz kata cilako, habis yang tv3 (penyebar berita fitnah) duk pergi siar apa pasal takdak otak ka?? Lu pergi sound tv3 la dulu. habis lu punya mulut laser tu budak2 tak tiru ke? takdak otak punya mu. Nanti aku jumpa ko turun tanah merah jaga la mu. @#$%^&


Thursday, January 7, 2010

Kereta Nizar Terbalik


Apakah ada sebarang petanda disebalik musibah yang menimpa Nizar ini..?? Mengikut cerita rakan rakan dari Perak, sepanjang dua minggu ini Nizar dikatakan sering bersumpah dalam ceramah ceramahnya bahawa dia bukan BONEKA parti DAP. Padahal kalau disingkap diatas kertas sudah jelas terbukti bahawa wakil rakyat DAP adalah majoriti dinegeri itu.

Woit... Janganlah nak mempolitikkan pulak benda2 macam ni.. Ini semua kerjaan tuhan.. Orang yang mulia itulah yang sering diuji oleh tuhan.. Ini pun alhamdulillah dia hanya cedera ringan.. Yang rosak teruk hanya kereta mewah.. mungkin tuhan nak bagi petunjuk.. Nanti besok2 ngko mati kena pijak lori baru tau..

Selamat Tahun 2010

Tahun baru, azam baru, semangat baru.. Beberapa minggu ini letih dan tak bermaya.. 11/01 ini melapor diri ke Politeknik Arau.. Masa berganti masa, tahun berganti tahun. Selamat tinggal 2009..

Saturday, December 26, 2009

PAS Akui Blog Sebagai Kuasa Baru

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan blog adalah satu bentuk kewartawanan pantas, berpengaruh dan berkuasa yang boleh membaiki atau memporakperandakan.

Kata beliau, kalau tersilap menyebarkannya (maklumat) boleh jadi bohong dan fitnah. "Kekuasaan blog dapat dilihat di sesetengah negara maju di mana sedikit kesilapan boleh menjatuhkan kerajaan."

Manakala dari sudut Islam pula, Presiden PAS itu berkata, sekiranya (menulis blog) bertujuan melaksanakan amar makrud nahi mungkar ia bermakna jihad akhbar kerana berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.

Wednesday, December 2, 2009

Anwar Mungkin Akan Dipenjarakan Sekali Lagi

Inilah drama kali kedua yang melibatkan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) setelah beliau dipenjarakan 1998 atas kes meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar. Kali ini pulak pendakwa yang bernama Saiful Bukhari dengan hujah yang kuat ''Bahawa kamu (Anwar Ibrahim) telah meliwat bekas pembantu kamu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada tarikh 26 Jun 2008, bertempat di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur; di antara masa 3.01 petang dan 4.30 petang'.

Pembangkang
Keputusan yang pastinya bakal mengundang berbagai spekulasi dan tanggapan negatif oleh masyarakat dunia. Ini kerana, belum ada kes seperti ini yang dibicarakan tanpa anda bukti kejadian "penestrasi" atau"tusukan kemasukan kemaluan" berlaku antara kedua belah pihak. Ini telah dibuktikan oleh laporan perubatan tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang dari Hospital Pusrawi.

vs

Kerajaan
Anwar hanya berhujah menggunakan dokumen daripada Hospital Pusrawi, sedangkan Dr Mohamad Osman (daripada Hospital Pusrawi) sendiri menjadi saksi kepada pihak pendakwa, bukannya pihak Anwar. Anwar hanya berpegang kepada 'dokumen' Dr Mohamad Osman, sedangkan doktor itu sendiri berpihak kepada pihak pendakwa.

Hujah Anwar
Mahkamah tinggi hari ini juga memutuskan punyai kuasa untuk membatalkan satu pendakwaan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa mahkamah: "safeguard an accused from abuse." Dihadapkan dengan bukti yng jelas sebegini pun mahkamah memilih untuk berpihak kepada pendakwa.

vs

Hujah Saiful
Perjuangan masih belum selesai, masih banyak lagi halangan dan cabaran yang menanti dihadapan. Saya berharap agar tiada lagi mana-mana pihak membuat apa-apa helah untuk menghalang perbicaraan ini daripada diteruskan. Insyaallah, walau apapun yang bakal terjadi, saya akan terus Istiqamah dan Bersabar, TIDAK SESEKALI saya akan menyerah kalah!

Ulasan saya
Saiful nampaknya begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan perbicaraan dengan terus bersabar 6 bulan menanti permohonan tertuduh digugurkan. Anwar pulak kelihatan ketandusan idea dengan membatalkan pertuduhan liwat ke atasnya. Saiful semakin berjaya. Kemungkinan besar Anwar akan dimasukkan semula ke penjara. Ujian DNA semakin tidak relevan. Apa yang penting jika tertuduh dipenjarakan, ia adalah satu penganiyaan buat Anwar. Bahang kehangatan reformasi akan bermula. Kebenaran akan muncul. Sama-sama kita nantikan adegan seterusnya.

Wednesday, November 25, 2009

Raya Pulak Dah

Selamat Hari Raya Eidil Adha aBE Qim ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini yang mengenali mahupun tidak semoga di hari yang mulia ini dapatlah kita makan daging kurban bersama rakan-rakan dan sanak saudara. Cuti sekolah pun dah bermula. Mek nenek sibuk duk buat ketupat rendang untuk anak cucu. Di sebalik kegembiraan kita menyambut hari raya haji ni janganlah kita lupa kepada umat Islam seluruh dunia khususnya di bumi tanah arab sana yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis dan juga mangsa gempa bumi di padang. Tangisan mereka masih belum reda.

Al Fatihah buat mereka..

Friday, November 20, 2009

Kempen Tutup Aurat

Hari-hari
dipinggir jalanraya kota ini
aku menemui
ramai gadis bangsaku
yang mendedahkan aurat
tanpa malu

hari-hari
di kaki lima shopping kompleks ini
aku menemui
ramai pemuda bangsaku
yang cuma duduk berlagak
dengan aksi tanpa wang disaku
menatap perempuan lalu
lepas satu-satu

hari-hari
di jantung ibu kota
aku melihat
pasangan muda mudi Melayu lah saja
yang tak jemu berfoyan dan bercumbu
membuang masa tanpa faedah apa satu

"tidakkah dari seorang perempuan yang melepaskan tudungnya di tempat yang lain dari rumah suaminya, melainkan pastilah terbuka tirai yang ada di antaranya dan antara tuhannya"

Monday, October 26, 2009

Warkah Untuk Diana Danielle

Hari ni 26/10/2009 genap la jugak umur aku 18 tahun. Tibalah masanya untuk aku memulakan perkara baru dengan lebih matang untuk melalui liku-liku kehidupan di muka bumi ini. Selamat tinggal zaman kanak-kanak. Aku sekarang sudah bebas untuk melakukan apa sahaja. 18SG, 18SX pun dah tak apa kih kih kih..

Diana, sejak wajahmu mula bermain di kaca tv, hatiku mula berdegup. Kali pertama aku melihat kau semasa dalam drama sembilu jika tidak silap, hatiku mula bersinar. Wajahmu ayu suaramu menyentuh jiwaku. Di dalam hatiku mula tertanya-tanya, siapakah engkau? Wajahmu mula tersebar luas di internet dan kaca telvisyen. Kita adalah sebaya Diana, kau SPM, aku SPM, kau masuk PLKN, aku pun masuk PLKN. Tapi takdir tidak bersama selamanya. Aku di medan peperangan, kau di medan seni.

Anggaplah ini semua suratan takdir. Selamat Hari Lahir yang ke-18!

Friday, October 2, 2009

Penyebar Berita Fitnah Menjelang Pilihan Raya

Pejuang-pejuang reformasi memang sudah masak dengan agenda politik dari UMNO yang terus menerus mempergunakan media untuk kepentingan politik. Media mula berperanan memperdayakan rakyat menjelang pilihanraya Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

Malam tadi berita jam 12, fitnah kepada Anwar berulang lagi. Perkara seperti ini sudah dijangka akan berlaku yang kononnya Anwar mula dipersoal oleh media barat yang dianggap sebagai sesumpah kerana seorang yang sangat licik. Anwar juga dikatakan beraya bersama Al Gore kerana ingin mendapatkan pengaruh barat dan meminta wang daripada yahudi untuk menampung pakatan itu kerana wang banyak habis akibat ketidakcekapan mentadbir kerajaan itu.

UMNO telah merujuk cerita itu daripada laman blog Anwar Ibrahim Dot Com (AIDC) yang merupakan blog anti Anwar. Mereka masih belum sedar bahawa taktik mempergunakan media adalah cara lama untuk meraih sokongan rakyat. Dengan cara kotor inilah yang sebenarnya UMNO diambang kejatuhan yang mana kekalahannya dalam beberapa pilihanraya sebelum ini masih tidak belajar dari kesilapan. RTM, Berita Harian, TV3, Utusan penyebar fitnah menjelang pilihanraya. Waspadalah!

Wednesday, September 30, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah


Selepas kenduri kahwin abang saya yang sulung, keesokan harinya saya berangkat ke Melaka pada petang hari untuk merisik bagi abang saya yang ke-3. Dari Kelantan ke Melaka beberapa buah negeri kami tempuhi untuk hajat besar ini. Berangkat selepas maghrib dan tiba keesokan hari selepas subuh. Kelihatan Melaka merupakan kubu kuat UMNO. Solat subuh disana dan sempat berbual dengan beberapa orang tok siak yang melewati masjid itu. Sempat juga la menceritakan keadaan di Kelantan dan terselit juga nama Tok Guru Nik Aziz, tetapi nampaknya mereka itu tidak berminat. Rupa tok guru tapi tolak tok guru, macam mana ini. Tiba di rumah bakal kakak ipar tidurlah kami dengan nyenyak kerana sepanjang malam tidak tidur.
Solat Jumaat disana orangnya bagus-bagus dan peramah bersalaman setiap orang yang ada di masjid itu. Imam dan orang penting masjid itu juga gaya mukanya ganas-ganas dengan memakai jubah hitam dan mereka ini punyai hujah-hujah tertentu menolak Pas. Bagus juga ustaz-ustaz kawasan UMNO ni. Patutlah kelihatan bakal kakak ipar juga seorang yang pro kerajaan. Selepas solat Jumaat, tibalah masa untuk merisik. Rupanya budaya orang Melaka merisik ialah bertunang berbeza dengan budaya Kelantan merisik dahulu, kemudian bertunang, akad nikah dan bersanding. Di samping bertujuan merisik, kami mengambil kesempatan melancong ke tempat-tempat bersejarah seperti perigi Hang Tuah, Kota A Famosa, istana Melaka dan banyak lagi.
Jika kita imbas kembali sejarah pergelutan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Tuah dapat membunuh Jebat selepas Jebat memberikan keris taming sari kepada Hang Tuah. Makanya kekuatan Hang Tuah letaknya pada taming sari. Kekuatan UMNO letaknya pada keris apabila menteri pandai bermain keris. Jadi lambang UMNO adalah Hang Tuah. Lambang Pakatan Rakyat adalah Hang Jebat, raja adil raja disanjung, raja zalim raja disanggah. Terdapat juga taming sari (kekuatan Hang Tuah) yang dibina lebih tinggi dari eye on Malaysia dan terdapat juga muzium UMNO. Yah makanya Melaka merupakan kubu UMNO iaitu bandar memperingati Hang Tuah. Walaupun begitu, takkan Melayu lupakan Jebat!