Saturday, December 26, 2009

PAS Akui Blog Sebagai Kuasa Baru

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan blog adalah satu bentuk kewartawanan pantas, berpengaruh dan berkuasa yang boleh membaiki atau memporakperandakan.

Kata beliau, kalau tersilap menyebarkannya (maklumat) boleh jadi bohong dan fitnah. "Kekuasaan blog dapat dilihat di sesetengah negara maju di mana sedikit kesilapan boleh menjatuhkan kerajaan."

Manakala dari sudut Islam pula, Presiden PAS itu berkata, sekiranya (menulis blog) bertujuan melaksanakan amar makrud nahi mungkar ia bermakna jihad akhbar kerana berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.

Wednesday, December 2, 2009

Anwar Mungkin Akan Dipenjarakan Sekali Lagi

Inilah drama kali kedua yang melibatkan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) setelah beliau dipenjarakan 1998 atas kes meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar. Kali ini pulak pendakwa yang bernama Saiful Bukhari dengan hujah yang kuat ''Bahawa kamu (Anwar Ibrahim) telah meliwat bekas pembantu kamu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada tarikh 26 Jun 2008, bertempat di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur; di antara masa 3.01 petang dan 4.30 petang'.

Pembangkang
Keputusan yang pastinya bakal mengundang berbagai spekulasi dan tanggapan negatif oleh masyarakat dunia. Ini kerana, belum ada kes seperti ini yang dibicarakan tanpa anda bukti kejadian "penestrasi" atau"tusukan kemasukan kemaluan" berlaku antara kedua belah pihak. Ini telah dibuktikan oleh laporan perubatan tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang dari Hospital Pusrawi.

vs

Kerajaan
Anwar hanya berhujah menggunakan dokumen daripada Hospital Pusrawi, sedangkan Dr Mohamad Osman (daripada Hospital Pusrawi) sendiri menjadi saksi kepada pihak pendakwa, bukannya pihak Anwar. Anwar hanya berpegang kepada 'dokumen' Dr Mohamad Osman, sedangkan doktor itu sendiri berpihak kepada pihak pendakwa.

Hujah Anwar
Mahkamah tinggi hari ini juga memutuskan punyai kuasa untuk membatalkan satu pendakwaan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa mahkamah: "safeguard an accused from abuse." Dihadapkan dengan bukti yng jelas sebegini pun mahkamah memilih untuk berpihak kepada pendakwa.

vs

Hujah Saiful
Perjuangan masih belum selesai, masih banyak lagi halangan dan cabaran yang menanti dihadapan. Saya berharap agar tiada lagi mana-mana pihak membuat apa-apa helah untuk menghalang perbicaraan ini daripada diteruskan. Insyaallah, walau apapun yang bakal terjadi, saya akan terus Istiqamah dan Bersabar, TIDAK SESEKALI saya akan menyerah kalah!

Ulasan saya
Saiful nampaknya begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan perbicaraan dengan terus bersabar 6 bulan menanti permohonan tertuduh digugurkan. Anwar pulak kelihatan ketandusan idea dengan membatalkan pertuduhan liwat ke atasnya. Saiful semakin berjaya. Kemungkinan besar Anwar akan dimasukkan semula ke penjara. Ujian DNA semakin tidak relevan. Apa yang penting jika tertuduh dipenjarakan, ia adalah satu penganiyaan buat Anwar. Bahang kehangatan reformasi akan bermula. Kebenaran akan muncul. Sama-sama kita nantikan adegan seterusnya.

Wednesday, November 25, 2009

Raya Pulak Dah

Selamat Hari Raya Eidil Adha aBE Qim ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini yang mengenali mahupun tidak semoga di hari yang mulia ini dapatlah kita makan daging kurban bersama rakan-rakan dan sanak saudara. Cuti sekolah pun dah bermula. Mek nenek sibuk duk buat ketupat rendang untuk anak cucu. Di sebalik kegembiraan kita menyambut hari raya haji ni janganlah kita lupa kepada umat Islam seluruh dunia khususnya di bumi tanah arab sana yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis dan juga mangsa gempa bumi di padang. Tangisan mereka masih belum reda.

Al Fatihah buat mereka..

Friday, November 20, 2009

Kempen Tutup Aurat

Hari-hari
dipinggir jalanraya kota ini
aku menemui
ramai gadis bangsaku
yang mendedahkan aurat
tanpa malu

hari-hari
di kaki lima shopping kompleks ini
aku menemui
ramai pemuda bangsaku
yang cuma duduk berlagak
dengan aksi tanpa wang disaku
menatap perempuan lalu
lepas satu-satu

hari-hari
di jantung ibu kota
aku melihat
pasangan muda mudi Melayu lah saja
yang tak jemu berfoyan dan bercumbu
membuang masa tanpa faedah apa satu

"tidakkah dari seorang perempuan yang melepaskan tudungnya di tempat yang lain dari rumah suaminya, melainkan pastilah terbuka tirai yang ada di antaranya dan antara tuhannya"

Monday, October 26, 2009

Warkah Untuk Diana Danielle

Hari ni 26/10/2009 genap la jugak umur aku 18 tahun. Tibalah masanya untuk aku memulakan perkara baru dengan lebih matang untuk melalui liku-liku kehidupan di muka bumi ini. Selamat tinggal zaman kanak-kanak. Aku sekarang sudah bebas untuk melakukan apa sahaja. 18SG, 18SX pun dah tak apa kih kih kih..

Diana, sejak wajahmu mula bermain di kaca tv, hatiku mula berdegup. Kali pertama aku melihat kau semasa dalam drama sembilu jika tidak silap, hatiku mula bersinar. Wajahmu ayu suaramu menyentuh jiwaku. Di dalam hatiku mula tertanya-tanya, siapakah engkau? Wajahmu mula tersebar luas di internet dan kaca telvisyen. Kita adalah sebaya Diana, kau SPM, aku SPM, kau masuk PLKN, aku pun masuk PLKN. Tapi takdir tidak bersama selamanya. Aku di medan peperangan, kau di medan seni.

Anggaplah ini semua suratan takdir. Selamat Hari Lahir yang ke-18!

Friday, October 2, 2009

Penyebar Berita Fitnah Menjelang Pilihan Raya

Pejuang-pejuang reformasi memang sudah masak dengan agenda politik dari UMNO yang terus menerus mempergunakan media untuk kepentingan politik. Media mula berperanan memperdayakan rakyat menjelang pilihanraya Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

Malam tadi berita jam 12, fitnah kepada Anwar berulang lagi. Perkara seperti ini sudah dijangka akan berlaku yang kononnya Anwar mula dipersoal oleh media barat yang dianggap sebagai sesumpah kerana seorang yang sangat licik. Anwar juga dikatakan beraya bersama Al Gore kerana ingin mendapatkan pengaruh barat dan meminta wang daripada yahudi untuk menampung pakatan itu kerana wang banyak habis akibat ketidakcekapan mentadbir kerajaan itu.

UMNO telah merujuk cerita itu daripada laman blog Anwar Ibrahim Dot Com (AIDC) yang merupakan blog anti Anwar. Mereka masih belum sedar bahawa taktik mempergunakan media adalah cara lama untuk meraih sokongan rakyat. Dengan cara kotor inilah yang sebenarnya UMNO diambang kejatuhan yang mana kekalahannya dalam beberapa pilihanraya sebelum ini masih tidak belajar dari kesilapan. RTM, Berita Harian, TV3, Utusan penyebar fitnah menjelang pilihanraya. Waspadalah!

Wednesday, September 30, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah


Selepas kenduri kahwin abang saya yang sulung, keesokan harinya saya berangkat ke Melaka pada petang hari untuk merisik bagi abang saya yang ke-3. Dari Kelantan ke Melaka beberapa buah negeri kami tempuhi untuk hajat besar ini. Berangkat selepas maghrib dan tiba keesokan hari selepas subuh. Kelihatan Melaka merupakan kubu kuat UMNO. Solat subuh disana dan sempat berbual dengan beberapa orang tok siak yang melewati masjid itu. Sempat juga la menceritakan keadaan di Kelantan dan terselit juga nama Tok Guru Nik Aziz, tetapi nampaknya mereka itu tidak berminat. Rupa tok guru tapi tolak tok guru, macam mana ini. Tiba di rumah bakal kakak ipar tidurlah kami dengan nyenyak kerana sepanjang malam tidak tidur.
Solat Jumaat disana orangnya bagus-bagus dan peramah bersalaman setiap orang yang ada di masjid itu. Imam dan orang penting masjid itu juga gaya mukanya ganas-ganas dengan memakai jubah hitam dan mereka ini punyai hujah-hujah tertentu menolak Pas. Bagus juga ustaz-ustaz kawasan UMNO ni. Patutlah kelihatan bakal kakak ipar juga seorang yang pro kerajaan. Selepas solat Jumaat, tibalah masa untuk merisik. Rupanya budaya orang Melaka merisik ialah bertunang berbeza dengan budaya Kelantan merisik dahulu, kemudian bertunang, akad nikah dan bersanding. Di samping bertujuan merisik, kami mengambil kesempatan melancong ke tempat-tempat bersejarah seperti perigi Hang Tuah, Kota A Famosa, istana Melaka dan banyak lagi.
Jika kita imbas kembali sejarah pergelutan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Tuah dapat membunuh Jebat selepas Jebat memberikan keris taming sari kepada Hang Tuah. Makanya kekuatan Hang Tuah letaknya pada taming sari. Kekuatan UMNO letaknya pada keris apabila menteri pandai bermain keris. Jadi lambang UMNO adalah Hang Tuah. Lambang Pakatan Rakyat adalah Hang Jebat, raja adil raja disanjung, raja zalim raja disanggah. Terdapat juga taming sari (kekuatan Hang Tuah) yang dibina lebih tinggi dari eye on Malaysia dan terdapat juga muzium UMNO. Yah makanya Melaka merupakan kubu UMNO iaitu bandar memperingati Hang Tuah. Walaupun begitu, takkan Melayu lupakan Jebat!

Menghayati Khutbah Hari Raya


Selain daripada penerangan mengenai Hari Raya Aidilfitri setiap tahun, terselit juga beberapa perkara lain yang disentuh oleh khatib. Antaranya maksiat semakin berleluasa. Apa yang dipersalahkan ialah pemimpin kita yang menggunakan dasar sekular. Mereka tidak mengikut syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.." Al-Quran, Al-Hujarat (49:6)

Sebenarnya perkara ini sudah lama dipertikaikan oleh pejuang-pejuang Islam, para ulama tetapi sehingga kini masih ada lagi yang membangkitkan isu ini kerana kerajaan UMNO bebal tidak pernah dan tidak ingin mengambil peduli tentang hukum hudud dan melaksanakan syariat Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w menjadi pemerintah di Madinah.

Baru-baru ini menteri penerangan membenarkan konsert Beyonce diadakan di Malaysia padahal ramai yang menentang konsert itu kerana boleh menjatuhkan moral masyarakat kita. Sepatutnya menteri itu bersetuju dengan pandangan orang ramai kerana berapa ratus ribu remaja masa kini yang tidak ada moral senang-senang you kata boleh ada konsert itu sekiranya dia (Beyonce) mengikuti peraturan dengan baik. Dia memang baik, yang tidak baiknya masyarakat kita sendiri, melalak, minum arak, pergaulan bebas dan ini harus dicegah dengan tidak diadakan konsert-konsert seperti ini.

Masa bulan Ramadan Alhamdulillah banyak stesen TV yang menyiarkan rancangan berbentuk Islamic seperti Jejak Rasul, Ar-Risalah, dan drama-drama yang menginsafkan. Tetapi sebaiknya Syawal menjelang, banyak cerita-cerita yang mengarut. Ada satu cerita masa habis ada lagu dia lagu rap KL Drift yang memekak suasana, saya punya bapa marah, apa ini menteri melayu tidak sekat cerita macam ini, (walaupun belum tengok ceritanya lagi). Kita berusaha menghalang jangan mudah terpengaruh dengan budaya barat, tetapi ini muzik Hip Hop datang dari negara barat (walaupun saya penggemar muzik Hip Hop) tidak boleh disiarkan.

Kalau rakyat cerdik, dia akan undi Pas pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 ini. Insya Allah kita akan menang lagi walaupun akhbar-akhbar UMNO masih tetap yakin dan bersemangat akan menang pada pilihanraya kali ini setelah tewas dengan cakap kosong pada beberapa pilihanraya sebelum ini. Rakyat yang cerdik dia mahukan perubahan dan Islam sebenar dan pemimpin yang jahil dia tidak tahu yang rakyat sebenarnya menolak propoganda keduniaan mereka.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Yang Ke-18

Di hari yang mulia ini genaplah jugok kito berpuasa sebulan. Adik kakak puasa penuh ker? Adik-adik kena puasa tau. Kalau tak puasa mana boleh raya. Duduk diam-diam dalam bilik deh. Di kesempatan ini aBE Qim nak mengucapkan jugoklah kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama menyambut ketibaan Syawal 2 3 4 hari lagi ni. Jale raya pun mulo membanjiri lebuh raya masing-masing pakat balik klate. Sahabat-sahabat handai pun sudah balik dari kampus. Cuti skoloh pun doh bermulo. Kuih muih pelbagai aneka sama ada beli mahupun tidak beli, sama ado buat mahupun tidak buat pakat-pakat doh ado setengah tu tak beli pun ado lagi. Pelbagai juadah lemang rendang, hujan panas, pulut kuning sudoh tersedia ke belum? Kalu makan kuih jangan lupo kat aBE Qim di sini. Makan kuih ingat abe makan tupat ingat nenek di kampung duk buat gapo sore hidup sore senyawo. Kito ore klate hidup bermuafakat jangan lupa raya umah abe. Tak raya tak dapat duit raya. Adik-adik nak ke taknak? Mari mari mari.

Di kesempatan ini adapun hari baik bulan baik abe ingin memohon kemaafan kepada saudara sesama bangsa sesama manusia tidak kira yang mengenali di udara mahupun rakan-rakan sekampung Tanah Merah, Gua Musang, Raub, sekiranya ada kekasaran bahasa, perbuatan yang menyentuh jiwa kalbu sama ada sengaja atau tidak harap dimaafi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kito ore Islam sesama agama sesama bangsa harus bersatu larangan Allah kita tinggal suruhan Allah kita buat. Jangan lupo sembahyang raya yang penuh sentiasa saf walaupun sunat tidak seperti sunat tarawih bersamo rakan-rakan PLKN di Benum Hill. Adik-adik kakak-kakak hadirin masih tidak terlambat menghantar kad raya pado aBE Qim mengucapkan salam Aidilfitri yang penuh makna tidak salah tidak apa barang molek kena buat dari melalak tak kenal dunia tak kenal akhirat.

Sahabat sejati dia hantar, sahabat prihatin dia mesej, sahabat malu dia diam sudah lamo tak bersua muka tak bersua rupo. Tidak paksa tidak cekik yang ikhlas dari duk sajo molek sangat guno cara lamo lebih mendalam isinya dari teknologi masakini yang entah bilo berakhir. Adik-adik mek kak lebih baik pergi tolong kemas rumoh buat kuih dari dok main bunga api warna warni putus jari takdak pasal-pasal raya dalam wad. Adapun dalam wad masih bersyukur lagi jangan raya dalam kubur duk menangis sesak kemalangan sana eksiden berlanggar sini. Yang molek kito ambik yang keruh kito buang moga hari-hari kita ini diberkati Allah tidak kira maso tidak kira ketika dimana saja kita berada. Meskipun pesanan abang ini supaya kita menjadikan bulan baik ini sebagai bulan menghapuskan dosa-dosa lama yang berkarat atau pun yang beku sesama bangsa sesama agama. Jangan lupo cium tangan mak ayah minta maaf adik kakak sanak saudara beraya rumah waris waroh. Pese tok guru jange lupo!

Wassalam.

Wednesday, September 16, 2009

Charlie The Power!

Memang aktiviti disini kami tidak buat sepenuhnya oleh sebab masalah-masalah tertentu. Tempur Tanpa Senjata (TTS) hanya buat separuh sahaja. Ketua jurulatih mengatakan masih banyak yang perlu dipelajari tetapi akibat perasaan beliau terguris dan tidak keluar beberapa minggu makanya aktiviti itu tidak berjalan. Aktiviti berkayak juga tidak ada oleh sebab air sungai yang tidak dapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. Senam seni yang begitu menyeronokkan setiap hari Khamis sahaja pun sempat dibuat beberapa kali kerana masalah teknikal dan gangguan daripada aktiviti lain. Tarian yang popular iaitu poco-poco juga sempat dibuat sekali kerana masa yang terbatas. Tetapi tidak mengapa kerana yang sedia ada ini pun sudah meletihkan dan sesuai dengan masa yang tidak sampai 3 bulan kerana bulan Ramadan.

Kompeni Charlie sangat mendapat perhatian di kalangan kompeni lain dan juga jurulatih. Maklumlah penghulu pun adalah dari kumpulan kami. Tetapi kami kalah dengan kerjasama. Memang kompeni kami tidak ada kerjasama. Semangat kami bertambah marak dengan kehadiran cikgu baru (Cikgu Harul). Beliau la yang selalu memberi motivasi. Lagu kompeni Charlie:

Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu,

Tepuk ramai-ramai Charlie nombor 1,

Charlie the best, oi-oi (x2)

Charlie the best, Charlie the winner, kebabom!

Charlie the power, Charlie-Charlie,

Charlie the power, power-power,

G double OD JOB, (good job x3)

G double OD JOB, (good job x3).

Terima kasih kepada cikgu-cikgu Charlie Cikgu Yok (ketua kompeni), Cikgu Nizam (JL MS), Cikgu Linda (JL MS), Cikgu Liza (JL MS), Cikgu Zakaria (JL Fiz) dan Cikgu Harul (JL Fiz). Tidak lupa juga rakan seperjuangan Arif (penghulu), Zuni (3 bar), Fizz (2 bar), Aman (1 bar) serta rakan-rakan yang lain. Ingatan dari kompeni Charlie Kumpulan 3 Siri 6, 2009 buat rakan-rakan, staff-staff, cikgu-cikgu dan Kem Benum Hill Resort. Berakhirlah...