Tuesday, March 26, 2013

Adik Beradik Dajjal


 Iblis ketika enggan sujud pada nabi adam dan dilaknat turun ke bumi, dia masih memanggil Allah sebagai tuhannya dengan berkata, wahai tuhanku, jika demikian berilah tempoh padaku hingga hari kiamat.. Iblis tidak bermusuh dengan Allah sebaliknya cemburu dengan adam yang mendapat tempat disisi Allah.. Syaitan itu ada dikalangan jin dan manusia.. maka tersebutlah al kisah membiaknya syaitan dari kalangan manusia yang namanya UMNO BN.. tahu akan perintah2 Allah sebagai tuhannya tetapi enggan menurut perintah Allah.. yang dia bermusuh hanyalah Anwar Ibrahim..

Friday, December 21, 2012

2012: Pembukaan Era Baru



Kaum maya telah menjelaskan bahawa tarikh hari ini bukan akhir zaman tetapi pembukaan era baru.. ada benarnya juga kerana dari sudut politik semua kerajaan di dunia tewas dengan pembangkang.. lepas ni Malaysia pulak dgn pemerintahan yang baru.. maka fitnah dari puak pembangkang UMNO akan lebih dasyat dari hari ini lepas hilang kuasa.. zaman ketibaan dajjal bakal bermula.. telah ditulis dalam blog saya pada november 2011 Pertengahan Permulaan

KDC : Yang aku tulis pada november 2011 tu, Pakatan Rakyat tak akan menang.. mungkin menang dan mungkin kalah.. tapi ini bukan isunya, isunya ialah pembukaan era baru iaitu zaman ribut di seluruh negara..

Friday, December 7, 2012

UMNO Menyuburkan Politik Samseng



Belum jatuh lagi dah nak tikam orang.. betapa sayang dan taksubnya kepada parti UMNO Barisan Nasional.. Kerajaan BN tidak akan sanggup melepaskan kuasa dengan begitu mudah sekali.. Amaran bekas ketua polis negara ada benarnya juga.. Tunggulah pilihanraya nanti kerajaan akan digulingkan dengan cara yang sama.. Kejahatan dibalas dengan kejahatan!

KDC : Selepas diisytiharkan bahawa kerajaa Pakatan Rakyat menang besar dan sudah cukup mengambil alih kerajaan pusat, maka secara automatik Parti BN akan berkumpul beramai-beramai sepeerti sama keadaaanya dengan apa yang dilakukan pembangkang sebelum ini.. bezanya perhimpunan ini bukan perhimpunan biasa.. tapi peperangan! episod seterusnya luncur...

Wednesday, November 28, 2012

Membasmi Korupsi Demi Kebajikan Terhadap Rakyat



Dalam PKR pun ada jugak korup.. BN terlebih-lebih korup.. Nak pilih calon UMNO yang bebas rasuah atau pilih calon PKR yang terlibat dengan rasuah? Gambar di atas adalah cadangan dari salah seorang aktivis PR yang merasa sedih dengan pemimpin-pemimpin di dalam PKR yang tidak boleh ditegur sekiranya didapati bersalah..

KDC : Idea yang baik.. Demi menjaga nama parti dan kebajikan terhadap rakyat.. 

Saturday, November 24, 2012

Konspirasi Israel di Gaza Gagal


 Dajjal Al-Masikh akan dibunuh oleh Nabi Isa di pintu pemisah antara Palestin dan Israel.. Perang Palestin Israel sekarang adalah suratan takdir bagi membuka pintu gerbang kedatangan dajjal.. Manakala dajjal akan muncul apabila manusia tak nampak tanda-tandanya.. diberitakan kiamat bulan depan sekalipun manusia tetap sama je kerana ditimpa penyakit wahan iaitu cintakan dunia dan lupa akhirat..

Firman Allah apabila maksiat sudah berleluasa maka tunggulah kehancuran negeri itu.. Malaysia bebas gempa bumi tetap tidak terlepas dari malapetaka.. Peperangan juga adalah bala dan malaysia tidak terlepas dari peperangan.. Peperangan di seluruh dunia adalah penghapusan senjata moden dan diganti dengan senjata lama oleh tentera berkuda pemegang panji hitam.. Yahudi tidak lagi menggunakan perisai sebaliknya berlindung di sebalik pohon Gharqad yang sudah sedia di tanam di Israel..

Israel mengemis gencatan senjata setelah terkejut dengan kemampuan militer Palestin yang menyerang di sepanjang sempadan.. Rakyat Palestin merayakan kemenangan dengan laungkan Allahu Akhbar dan melambai-lambai tangan pada bendera Hamas.. Konspirasi Israel di Gaza gagal..

KDC : Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak akan redha sehinggalah kamu mengikut jalan hidup mereka. - Surah A-Baqarah ayat 120

Monday, October 8, 2012

UMNO Syaitan!



Mahathir kata UMNO adalah syaitan!

Abu Dzar berkata, "Wahai Rasulullah, apakah dikalangan manusia ada syaitan?" Baginda menjawab, "Ya."

Firman Allah, Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunan (syaitan) sebagai pemimpin selain-Ku sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. - Al-Kahfi ayat 50

KDC : Undi UMNO membawa padah! 

Monday, June 4, 2012

Xpresi Anak Muda ke Putrajaya

Lebih 50,000 yang hadir ke Stadium Darul Aman, Kedauntuk menyaksikan amanat pemimpin-pemimpin Pas semalam dalam himpunan hijau yang berlangsung pada pukul 4.30 petang hingga 12 malam Jumaat lalu. Turut Hadir penceramah jemputan Ustaz Azhar Idrus dengan sedikit tazkirah dan menjawab soalan-soalan berkaitan agama. Perhimpunan ini secara langsung telah mengalahkan perhimpunan UMNO baru-baru ini dan memberikan cetusan semangat kepada pemimpin-pemimpin Pas untuk terus berjuang menjelajah ke seluruh tanah air.


KDC : Kehadiran yang sangat memuaskan. Teruskan menjelah di seluruh negeri supaya Najib demam panas dan terpaksa menangguhkan lagi pilihanraya..

Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0 : Provokasi Angkara Siapa?



Bersih 3.0 sekali lagi membuktikan kezaliman FRU dalam menangani situasi.. Walaupun gagal melepasi Dataran Merdeka tapi himpunan ini berjaya.. Ramai mengatakan provokasi yang telah dirancang yang mana terdapat ramai SB yang menjadi agen untuk memburukkan Bersih.. Polis bukan untuk mengawal keselamatan tapi nak membunuh.. Aktivis dan pemimpin dibelasah sesuka hati.. Gas pemedih mata terus menerus ditembak walaupun sudah berundur..

Maklumat dalam facebook mengatakan yang menyerang balik polis itu adalah SB.. Gambar yang dipaparkan seorang lelaki memakai baju hitam dan dilengannya ada tag kuning.. Tapi rakaman video saya di atas menujukkan salah seorang peserta Bersih memakai baju serba hitam dan memakai serban.. Adakah beliau ini juga SB? kalau rakyat biasa, gua salute sama lu bro.. Terbaik!

KDC : Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah [9] : 41)

Saturday, March 3, 2012

Lynas : Najib Tak Faham


Najib semalam mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas akan ditempatkan berjauhan dari penduduk.. aik? takut hilang undi ke? Meskipun bukti saintis antarabangsa mengatakan projek nuklear ini selamat tetapi kalau dah rakyat taknak tu, taknak la jugak.. Tak payah susah-susah pindah tempat lain tetapi tutup saja kilang tu..

Judi kita akan benarkan kepada orang yang bukan Islam.. arak juga tidak akan dijual pada orang Islam.. Tapi yang buat mari masuk jugak tu apa kebendanya lagi? Kita tak sokong keruntuhan moral.. tapi pusat hiburan berlambak-lambak.. Kerajaan BN adalah bebas dari rasuah dan penyelewengan.. Sharizat Jalil bila nak letak jawatan? UMNO tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.. Kapal dagang Israel masuk tu untuk apa? melancong ke?

Jadi yang namanya manipulasi sekarang ni bukan pembangkang.. Tapi UMNO yang duk manipulasi cerita.. ini soal kehendak rakyat.. Kalau pun Lynas dipindah jauh-jauh belum tentu rakyat bersetuju.. Pencemaran alam dan sebgainya... tapi kita masih tak faham-faham dulu, kini dan selamanya..

KDC : Tapi betul jugak slogan Najib sekarang ni.. Rakyat didahulukan, kita jaga hati rakyat dengan pindahkan saja projek Lynas di tempat yang jauh.. Pencapaian diutamakan.. Jauh-jauh pun projek mesti jalan punya.. kiki ~

Sunday, February 19, 2012

2 Hati, 1 Bangsa


Ini lah statement yang paling popular hasil dari perdebatan di antara Lim Guan Eng (DAP) dengan bintang porNO Malaysia Chua Soi Lek (MCA) semalam. Ada perkara yang positif dan negatif mengikut sudut pandang Islam melalui kedua-dua pihak ini.

Jelaslah yang kita tahu bahawa siapa yang menggadaikan agama Islam, siapa yang menjadi kuda tunggangan orang kafir dan siapa yang racist sebenarnya. Bekerjasama dengan orang kafir yang menentang hukum Islam adalah haram. Silap hari bulan kita yang Islam pun boleh jatuh kepada kekufuran kerana membiarkan, mengiyakan, dan mengikut telunjuk orang kafir.

KDC : Dimana PERKASA? Dimana Panglima Perang? adakah mereka berjuang hanya menjadi pengampu kepada Melayu UMNO sahaja? Takkan Melayu hilang di dunia.. Islam hancur di bawah Barisan Nasional!